Friday, March 6, 2015

Tips Berhenti Merokok 12M

Kempen berhenti merokok bukanlah suatu  benda baru. Sejak zaman tok nenek lagi, kempen berhenti merokok nie dah dibuat. tapi berapa kerat je yang berjaya berhenti hisap rokok. Walaupun kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dah lakukan macam2 kempem untuk memberi kesedaran kepada perokok-perokok tegar nie tapi hasilnya???..anda sendiri tahu jawapannya kan..

Dah tahu merokok nie membahayakan kesihatan bukan sahaja diri sendiri malah orang sekeliling dan satu dunia pun tapi masih jugak nak hisap benda alah tu kan...

Ikuti pengalaman Saudara Uzir yang mula merokok sejak umur 14 tahun. Macam2 cara yang pernah beliau cuba untuk berhenti merokok tapi GAGAL sehinggalah beliau cuba dot dot dot.....Alhamdulillah..dah setahun tak merokok :))




Bagaimana hendak berhenti merokok?

Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

1) Tetapkan tarikh untuk berhenti.
2) Yakin diri.
3) Buatkan nota peringatan.
4) Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
5) Sentiasa berfikiran positif.
6) Dapatkan sokongan.
7) Gunakan terapi pengganti nikotin.
8) Amalkan 12M untuk berhenti merokok.

Tips Berhenti Merokok 12M:

1) Melengah-lengahkan : Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
2) Menarik nafas panjang: tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
3) Minum air: Terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein.
4) Menyibukkan diri: Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
5) Menjauhkan diri: daripada orang yang merokok.
6) Mengelakkan diri: daripda suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.
7) Mengunyah sesuatu: Seperti gam dan buah-buahan. elakkan yang manis.
8) Membasuh tangan selalu.
9) Mandi dengan kerap.
10) Meregangkan otot: lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
11) Meditasi.
12) Memohon doa: berdoa agar dikuatkan azam dan ditingkatkan usaha.

Sumber: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/tips%20berhenti%20merokok.php

Semoga dipermudahkan usaha2 perokok tegar untuk berhenti merokok. Berhenti kerana Allah dan ingatlah orang tersayang.


Sedikit kira2 untuk tatapan semua:


Sekotak rokok ~RM13

Sehari sekotak: RM390 Sebulan
Sehari 2 kotak: RM780 Sebulan.


Klik untuk Order : Vivix Shaklee

Sebotol Vivix 150mL RM 475. 
Untuk penggunaan sebulan (5mL sekali sehari)
(Join ahli : harga sama dengan kos sebulan hisap rokok sekotak sehari) 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Cara Keluarkan Kahak Bayi

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, kanak2-kanak mahupun orang dewasa senang untuk mendapat demam, batuk dan selsema. Keluarga saya pun tak terkecuali. Bermula dengan Athirah (anak sulong), lepas tu zulfa (anak ke2), kemudian suami saya. Dan akhirnya Alya pun kena sekali. Nie la yang paling saya risau..Alya kecik lagi. baru 3 bulan.

Masa Athirah batuk pun saya dah rasa teruk sangat. Asyik muntah je. taknak makan..taknak minum..Risau dibuatnya. Zulfa ok sikit. Walaupun batuk dia masih minum susu dan  makan. Omegaguard pun tak payah offer, mesti dia mintak sendiri nak makan. Tu yang saya tak risau sangat. Athirah nie cerewet sikit. Liat sangat nak makan ubat. Yang paling senang nak bagi die makan Nutriferon la. Tapi masalahnya Nutriferon 1 Malaysia takde stok..camne tu..pening kepala mak taw..huhu..

Awalnya, saya malas nak bawak Athirah pergi Klinik, tapi bila batuk dia makin teruk, macam berkahak je bunyi dia, saya ajak suami pergi klinik. Macam biasa la, dapat ubat batuk dengan antibiotik. Kompem2 la Athirah tak makan kan. Saya pun malas nak paksa. Kalau Zulfa, selambe je bukak mulut nak makan ubat...beza..memang berbeza:)).

Ibu mane yang tak risau kan bila anak sakit. Macam biasa la zaman di hujung jari nie..Saya google ape yang patut. Cari petua semulajadi untuk hilangkan batuk dan selsema.

Macam2 petua yang saya jumpa..dan ini yang saya buat;

1. Hirisan bawang merah : Letak dalam bekas kecik kemudian letakkan dalam ruang2 rumah untuk serap toksin2 dalam udara.

2. Garlic oil

Bakar bawang putih yang masih berkulit. Lepas tu tumbuk sikit, kemudian campurkan dengan minyak kelapa dara. Sapukan pada tapak kaki, dada, belakang dan betis. Sambil2 sapu tu bacalah selawat syifa'...yang nie tiap2 pagi lepas mandi dan malam sebelum tidur saya buat...Sangat2 membantu..Amazing:))


3. Steaming dan percusion untuk Alya:

Steaming :

Letak air panas yang baru mendidih dalam besen kecik. Pastu letak bawang putih mentah yang ditumbuk, kadang2 saya letak minyak Habbatus sauda atau apa2 je yang bersifat antibakteria atau antivirus .



Kemudian baringkan anak atas riba dan halakan muka anak dalam besen yang berisi air panas (Saya peganga anak dalam posisi meniarap). Jarak antara anak dan besen berisi air panas tu agak2 la..jangan terlalu dekat sangat takut nanti wap panas tu terkena muka bayi pulak. 

Dalam masa yang sama selimutkan anak dengan kain lampin untuk perangkap wap air daripada terbebas keluar. Steaming bertujuan untuk menyalurkan antibakteria dan antivirus supaya sampai ke peparu. Semasa proses steaming, saluran pernafasan termasuk peparu akan terbuka. Jadi masa ini lah paling sesuai untuk buat percussion untuk keluarkan kahak.

Teknik percussion: 

Rapatkan semua jari dan melengkungkan sedikit (macam nak tadah air dengan tangan).




Lepas tu tepuk belakang dada anak. Selang seli kedua2 belah. Jangan tepuk pada tulang belakang. Beri tepukan yang perlahan sahaja. Kalau anak menangis, biarkan je sebab lagi senang kahak nak keluar..teruskan tepukan.

Buat lebih kurang 15-20 minit setiap sesi. Sebaik-baiknya buat 2 kali sehari, pagi dan malam.

Berkat kesabaran dan kerajinan saya buat petua di atas, Alhamdulillah anak sembuh daripada batuk..Masa mula2 batuk tu Zulfa ada makan ubat hospital, tapi bila saya dah mula buat petua di atas saya hentikansemua ubat hospital. 

Alya pulak , saya memang tak kasi ubat langsung. Saya kerapkan menyusu, sapu garlic oil, steaming dan percussion. Untuk saya sendiri, saya tambahkan dos Vita C SR setiap 5 jam sebiji dan konsisten ambil Omegaguard. Dengan harapan apa yang saya makan dapat disalurkan pada Alya melalui susu ibu.

Alhamdulillah..anak2 saya beransur sihat. Walaupun petua2 nie mengambil masa untuk menunjukkan kesan, tapi setiap hari saya boleh nampak perubahan positif...Alhamdulillah.

Semoga membantu ibu2:))


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Thursday, March 5, 2015

Cara Penyimpanan Susu Ibu Yang Betul


Susu ibu yang telah diperah perlu disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Ibu-ibu perlu mengetahui cara terbaik untuk menyimpan susu perahan untuk si manja.

1) Susu perahan segar boleh disimpan pada suhu bilik. Bagi suhu bilik di antara 27-32 darjah celsius, ia boleh bertahan selama 3-4 jam.

2) Susu  perahan segar selamat pada suhu < 15 darjah celsius untuk tempoh 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria yang terkandung dalam sampel kajian. Walau bagaimanapun, terdapat pek ais yang digunakan mampu menyimpan susu perahan segar pada suhu seperti di dalam peti ais iaitu 4 darjah Clecius. Oleh itu, pastikan pek ais yang digunakan berkualiti.

3) Kajian  pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah ia masih selamat selepas 4-8 hari didinginkan (chiller: 2-4 darjah celcius).

4) Membekukan susu perahan (-4 hingga -20 darjah celsius) adalah selamat untuk digunakan dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan. Vitamin A, E dab b, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobin, lysozyma dan laktoferin biasanya kekal apabila dibekukan. Susu perahan beku perlu disimpan dibahagian belakang peti sejuk untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua bekas penyimpan susu perahan perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.

5) Selepas bekas penyimpanan diisi dengan susu perahan, sedikit ruang perlu ditinggalkan dibahagian atas bekas penyimpanan untuk membenarkan ia mengembang ketika dibekukan. Semua bekas penyimpan susu perahan perlu dilabel terutamanya jika anda perlu membekalkan kepada pengasuh yang perlu memberi susu perahan kepada ramai bayi lain.. Biasanya bayi memerlukan 60-120ml setiap sesi penyusuan ketika berada dirumah pengasuh, Jadi, simpan susu perahan dalam stok 60-120ml setiap satu untuk mengelakkan pembaziran.

6) Elakkan menambah susu perahan yang masih suam (baru diperah) ke dalam susu perah sejuk (chiller). Ini bagi mengelakkn pemanasan semula susu perahan yang telah disejukkan. Adalah lebih baik jikaanda menyejukkan terlebih dahulu susu perahan tersebut sebelum dicampurkan dengan stok susu perahan sedia ada.

Susu ibu yang disimpan mungkin berubah bau dan rasa asalnya kerana aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang mebantu proses penghadaman bayi). Ia tidak mendatangkan mudarat walaupun ada sesetengah bayi mungkin menolak susu berkenaan.
Klik Untuk Order: Set Menyusu lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Wednesday, March 4, 2015

Petua Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Cepat


Ikuti pengalaman Puan Nur Hidayah yang kene chicken pox semasa dewasa. Muka penuh dengan parut chicken pox. dah tak boleh nak jadi Miss Universe untuk suami sendiri..huhu

OPPSSS..tidak semudah itu ye isteri2 solehah..muka yang penuh dengan parut chicken pox tu, kini kembali bebas parut, licin &  berseri2 dalam masa sebulan sahaja..

RAHSIANYA??

Energizing Soy Protein (ESP)
✔ protein yang membina blok-blok asas sel-sel badan untuk menghasilkan sel kulit baru dan memelihara agar kulit, otot kuku dan rambut menjadi sihat, dan cantik. 


Sustained Release Vitamin C
✔ Membantu merangsang pembentukan kolagen dan merawat kedutan. Mencantikkan kulit dan melambatkan penuaan.

Vitamin E Complex
✔ Membantu menghilangkan parut, bintik hitam dimuka, mengurangkan garis halus dan melambatkan penuaan.

Vitamin B Complex
✔ Membantu pembinaan sel-sel baru. Mengurangkan tekanan dan menyahkan toksin didalam badan.

GLA Complex

✔ Untuk kesimbangan hormon untuk menyerlahkan lagi seri wajah.

Klik Untuk Order: Set Lengkap Chicken Pox

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 



ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Tuesday, March 3, 2015

Cara-cara Memindahkan Stok EBM



Hari nie nak berkongsi pulak cara-cara memindahkan stok EBM (susu beku atau susu di bahagian chiller). 

Maklumat ini bukan sahaja penting untuk memindahkan stok dari sesuatu tempat tetapi juga penting untuk mengendalikan stok EBM semasa elektrik terputus. 

Perlu diingat, susu beku yang dah mencair perlu dihabiskan dalam maa 24 jam. Oleh itu, langkah2 untuk memastikan susu kekal beku adalah amat penting.

Apa yang diperlukan:
1. Cooler box (kotak polistren pun boleh)
2. Garam kasar (banyak)
3. Tuala/ kain lembap
4. Ketulan ais yang banyak

Cara-caranya:
1. Lapiskan ketulan ais pada dasar cooler box.
2. Kemudian taburkan garam kasar (untuk melambatkan ais mencair dengan munurunkan takat beku ais, seterusnya dapat mengekal suhu stok EBM))
3. Masukkan stok EBM pada lapaisan ais yang pertama.
4. Lapiskan dengan tuala/kain lembap.
5. Ulang langkah 1 hingga 4.

Jika susu yang ingin dipindahkan banyak, gunakan cooler box yang besar lebih besar.

Peringatan: Kurangkan kekerapan membuka penutup cooler box supaya suhu di dalamnya kekal lebih lama.
Klik Untuk Order : Set Lengkap Ibu Menyusu

~Sebarkan Kebaikan Susu Ibu ~


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Friday, February 27, 2015

Kurma Banyakkan Susu Badan

Malam tadi dapat PM dari rakan FB bertanyakan tips untuk banyakkan susu badan. Macam biasa la saya akan bagi tips yang sama jugak.. Boleh rujuk disini Petua Mudah Banyakkan Susu Ibu.
Gambar Hiasan

Cume tambahan daripada tips di atas, saya kongsikan resepi MILKBOOSTER POWER saya:

Bahan-bahan:

3 biji kurma diremdam dalam sedikit air suam sampai lembut.
1-3 scoop ESP
5 biji Alfalfa Complex direndam dalam sedikit air suam sampai hancur.
Air Oren Sunquick yang dah disejukkan dalam peti ais

Caranya:

Campurkan semua bahan di atas dan blend...Siap untuk dinikmati :)

Selamat Mencuba!!!

Ikuti juga perkongsian daripada Puan farah wahida bagaimana beliau tambah susu badan  dari 2 oz --> 7-10 oz untuk 1 sesi mengepam dalam tempoh 2 minggu sahaja..



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Alang2 dah dapat resepi smoothie kurma nie, eloklah kiranye kita ambil tahu sedikit sebanyak tentang buah kurma nie..ye tak?:)

Khasiat Kurma.

1. Pembekal tenaga segera : Kurma mengandungi 50-57% glukosa.  Glukosa diserap oleh  tubuh serta merta tanpa perlu dipecahkan oleh enzim.

2. Bagus untuk sistem penghadaman: Makan kurma tanpa membuang kulitnya yang mengandungi 2-4% serat. 

3. Mengandungi Zat kalian terutamanya Potassium. Penting untuk sistem saraf, saluran darah dan jantung.

4. Juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, vitamin A dan C dan juga niacin.

5. Dalam setiap 100g kurma kering terkandung vitamin A 50iu, thiamine 0.09mg, riboflavin 0.10mg, niacin 2.20mg serta kalium 666mg. Nutrient2 ini berfungsi dalam penghasilan tenaga, kesihatan kulit dan saraf serta bagus untuk jantung.

Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/7478-kurma-dan-khasiatnya.html.

Apa yang saya kongsikan lebih kepada kandungan nutrisinya sahaja tanpa memasukkan secara terperinci tentang khasiatnya dalam pelbagai masalah kesihatan. Kalau saudara saudari google khasiat kurma mesti banyak yang bakal saudara saudari jumpa..

Apapun saya percaya, kurma sangat2 bagus untuk kesihatan disebabkan oleh nutrisi yang terkandung di dalamnya. Dan seharusnya ia dijadikan makanan wajib yang perlu ada di setiap rumah.

~Sebarkan Kebaikan Susu Ibu~
Klik Untuk Order : Set Lengkap Ibu Menyusu

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Tuesday, February 24, 2015

Resepi Cheesecake Mudah.

Gambar Hiasan

Hujung minggu lepas cube buat cheesecake.  Nie pertama kali saya cuba. Terfikir nak buat pun bile ade kawan kat FB shared video step mudah untuk buat cheesecake..memang sangat2 la mudah. Bahan2 pun senaang nak cari.. 

Pagi tu suami pergi keluar ke pasar borong Selayang nak beli barang basah. Lepas tu singgah kedai jap tapau makanan untuk sarapan pagi..mase duk tunggu roti canai siap, dia scroll FB, pastu nampak saya shared video cheesecake  tu..pastu die pun terus gie beli bahan2 kat speedmart..Suami pun cakap senang giler bahan2 die..tu yang die terus gie beli tanpa disuruh..memahami betul kan:))

Tapi nak buat tu mencabar jugak la sebab ditemani oleh anak2 dara nie..nasib baik abah diorang ade untuk jaga si kecik yang baru nak masuk 3 bulan tu..huhu..riuh rendah kat dapur..dua2 berebut nak tolong..nak pegang mixer, nak carik-carikkan cheese..adoiila..tp seronok jugak..dah namenye anak dara kan..mesti kena tolong ummi kat dapur:)

Resepi nie saya ringkaskan dari video tu:

Resepi cheesecake mudah giler:
Bahan A 
Campurkan 300ml susu segar, 100g butter dan 6 keping keju cheddar yang dicarik-carikan. Panaskan di atas api yang perlahan. Dan sebati padamkan api. Kemudian sediakan bahan lain.
6biji telur gred A yang diasingkan kuning dan putih.
Bahan B 
Pukul putih telur hingga kembang. Pukul sampai kalau tonggeng pun bekas tu, putih telur tu tak jatuh/tumpah pun. Kemudian masukkan 125g gula (~ 1/2cawan).
Bahan C 
Pukul kuning telur hingga sebati.

Kemudian masukkan Bahan A ke dalam Bahan C. Masukkan sikit2 sebab Bahan A tu panas lagi. Kemudian baru tambah Bahan B (step nie saya ubah sikit sebab Bahan B ade dalam bekas paling besar..jadi saya tuangkan adunan A + C ke dalam Bahan B) . Untuk langkah yang nie, saya putarkan mixer pada level paling rendah. Adun gitu2 je..sebab nak pastikan Bahan B tadi tu maintain gebu je..Selepas tu, baru tambah 100g tepung (~1cawan) sedikit demi sedikit. Kemudian tuang dalam dulang pembakar.
Bakar dalam bekas berisi air panas pada suhu 170°c untuk 20minit pertama kemudian 140°c untuk 40minit berikutnya.


Untuk dulang pembakar tu saya ganti dengan loyang bulat biasa sebab dulang pembakar boleh ditanggalkan tu tak muat nak masuk dalam bekas satu lagi yang nak isi air panas tu..Jadi saya alaskan loyang dengan kertas minyak, bawah dan tepi sekali supaya senang nak keluarkan bile dah masak.

Hasilnya cheesecake yg bukan sahaja gebu tapi moist je..anak asyik mintak je..

Gambar tak snap pun..takut kene complain ngn suami...kalau saya buat lagi saya curi2 snap gambar ea:))

Kalau ada pape yang tak faham boleh tanye ea:)

Selamat mencuba..anak2 mesti suke:))

AddThis