Daripada anak seorang sampai anak 3, dah banyak kali tegur suami tentang cara2 dia buat susu anak. Tapi dia masih berdegil..nak jugak bancuh susu dengan cara dia sendiri.. Alasannya...senang, cepat, puting pun tak kotor.. Takpela..yang penting dia rajin bancuh susu anak kan:))
Apa kesalahan suami saya semasa membancuh susu?
1) Tuang air panas terus ke dalam susu.
Salah ke?
Perlu diingat, komponen utama susu adalah protein dan protein akan mengalami denaturasi (denatured) pada suhu lebih 60°C. Kalau dituang terus air panas ke dalam botol susu yang mengandungi susu tepung, rosaklah protein susu tu.
Betul tak? Ada bangkangan ke?
Hari nie saya nak kongsikan bagaimana cara membancuh susu anak dengan betul.
1) Pastikan botol susu anak dibasuh dengan pencuci botol susu bebas bahan kimia dan dikeringkan terlebih dahulu. Untuk anak2, saya cuci botol susu diorang dengan Hand Dishwash Conc. Shaklee. Sebotol tahan paling kurang 6bulan.
2) Masukkan sedikit air panas ke dalam botol. Kemudian tambahkan air sejuk (pada suhu bilik) secukupnya.
3) Pastikan suhu air suam sebelum ditambah susu formula.
4) Tambahkan susu formula ke dalam botol berisi air suam mengikut kadar yang betul. Untuk anak2, saya tambahkan 1-3sudu kecil mealshakes sebagai serbuk multivitamin untuk topup mana2 nutrisi yang kurang. Anak sulong saya, agak susah nak makan. Selalu leka bermain sampai lupa nak makan, sebab itulah multivitamin nie wajib untuk dia.
5) Goncang sampai larut.
6) Sedia untuk diminum. Pastikan suhu susu suam sebelum diberi minum kepada anak.
7) Pastikan susu yang dibancuh dihabiskan dalam masa 4 jam selepas dibancuh.
Cara bancuhan kita menentukan apa yang masuk ke dalam perut anak kita. Pastikan susu yang berkhasiat bukan susu 'kosong' yang kita berikan kepada anak kita.
Semoga bermanfaat untuk semua.
No comments:
Post a Comment