Saturday, July 4, 2015

Rawat PCOS Dengan Shaklee Dan Berpeluang Untuk Hamil

Sumber: Polycystic ovarian syndrome in infertility,Sri Lanka Journal of Obstetrics and Gynaecology 2012; 34: 112-119

Polycystic ovarian syndrome (PCOS) adalah keadaan dimana seseoarang wanita tidak mengalami ovulasi (proses penghasilan telur) yang disebabkan oleh paras androgen (hormon lelaki) yang tinggi. 

PCOS dicirikan dengan:
1) Saiz ovari (kilang telur) yang membesar.
2) Terdapat banyak folikel2 kecil (>10mm) di dalam ovari.
3) Biasanya pesakit yang mengalami masalah PCOS akan mengalami gangguan haid seperti oligomenorrhoea (kekerapan haid yang kurang @ kitar haid yang panjang) dan amenorrhoea (tiada haid), obesiti dan hirsuitism (pertumbuhan bulu yang tidak normal pada muka dan badan)

Dalam kebanyakkan kes PCOS, pesakit biasanya mengalami masalah kerintangan insulin (insulin resistance). Kesan utama insulin terhadap ovari bukan sahaja meningkatkan penghasilan androgen , tetapi juga menyebabkan keabnormalan dalam kawal atur androgen, estrone, LH dan FSH (hormon yang terlibat dalam kawal atur haid yang normal dan proses ovulasi). Gangguan pada kawal atur ini akan menghalang ovulasi daripada berlaku.

Jadi pendekatan wajar yang boleh diambil adalah dengan cara memperbaiki metabolisma karbohidrat dan ini akan mengurangkan penghasilan insulin berlebihan dalam badan.

Dalam kebanyakan kes PCOS, rawatan yang biasa diberikan adalah Tab. Metformin kerana ia berkesan dalam memperbaiki metabolisma glukosa.

Sasaran utama dalam rawatan PCOS:
1) Mencegah endometrial hyperplasia, atypia/cancer.
2) Mengembalikan ovulasi normal/ kesuburan.
3) Mengembalikan haid.
4) Mengatasi Hirsuitism.

Antara pilihan rawatan PCOS adalah:
1) PCOS dan haid tidak teratur: Pengambilan oral contraceptive pills (pil perancang keluarga)
2) PCOS dan Hirsutism : Disampaing cosmetic therapy (cukur) yang memberi kesan yang cepat, antiandrogenic drugs juga boleh digunakan.
3) PCOS dan kesuburan: Clomiphene citrate (CC)
4) PCOS dan BMI >25 kg/m2: Insulin sensitizing agents iaitu Metformin.

Metformin akan meningkatkan sensitviti insulin pada tisu periferal dengan menurunkan paras insulin yang berada dalam peredaran darah.  Insulin yang lebih sensitif berkait rapat dengan kadar ovulasi yang makin baik dan tindakan glukosa yang lebih effisien. Dengan kata lain Metformin menggalakkan ovulasi dan peratusan untuk hamil.

6) PCOS dan obesiti: Penurunan berat badan.

Obesiti menyumbang kepada kejadian PCOS. Kajian menunjukkan penurunan berat badan memberi kesan spontan iaitu haid kembali normal. Hal ini mungkin terjadi kerana penurunan LH, testosterone bebas dan paras insulin dalam darah. Dan ini akan meningkatkan kadar ovulasi dan peratusan untuk hamil.

ALERT: Semua rawatan yang memerlukan penggunaaan ubat/drugs memerlukan khidmat nasihat doktor.

Apa yang Shaklee boleh bantu anda?

Dalam kes PCOS, saya lebih suka fokus kepada penurunan berat badan, meningkatkan sensiviti insulin dan kembalikan kitaran haid yang normal.

Turun berat badan.

Ramai pengidap PCOS yang mengadu, walaupun mereka makan sedikit tapi berat badan masih naik.

Apa puncanya?

Metabolisma badan yang rendah akan menyebabkan peningkatan berat badan kerana bahan yang dimakan tidak diproses dengan betul oleh badan. Metabolisma badan yang rendah pula disebabkan oleh sel2 badan kekurangan nutrisi dan ini menghalang sel2 badan untuk berfungsi dengan cara sepatutnya. Pengambilan Multivitamin amat membantu dalam hal ini disamping pengambilan B Complex yang terlibat dalam banyak proses termasuk penukaran makanan kepada tenaga.
Klik untuk baca lanjut: B complex untuk penghasilan tenaga.

Ini adalah supplement asas yang diperlukan untuk meningkatkan metabolisma badan.

Untuk lebih spesifik, pengidap PCOS biasanya akan mengalami kerintangan insulin. Disini Zinc Complex memainkan peranan dalam meningkat sensitviti insulin dalam badan.

Selain itu juga, untuk menurunkan berat badan, saya cadangkan pengambilan:
1) Detox agent seperiti Alfalfa Complex atau Herblax untuk memcuci usus. 
2) Pemecah lemak seperti Lecithin atau Omegaguard untuk membantu membakar lemak2 degil dan menurunkan paras kolestrol dalam darah.
3) Protein: Penting untuk pembinaan sel2 baru. Protein akan meningkatkan metabolisma badan dengan membantu badan membakar lebih banyak lemak. Protein yang saya cadangkan adalah Energizing Soy protein (ESP) atau Cinch Shake Mix yang diperkaya dengan Leucine. Klik untuk bacaan lanjut.

Pengambilan air kosong 2-3liter sehari adalah perlu untuk memastikan supplement bertindak dengan berkesan.

Kembalikan kitaran haid yang normal.

Haid tidak teratur adalah disebabkan paras hormon yang tidak seimbang. Disini saya suka untuk mencadangkan pengambilan GLA Complex yang membantu mengembalikan paras hormon yang normal dalam badan dan ini seterusnya akan mengembalikan kitar haid yang normal. 
GLA adalah omega 6 baik yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.:

1) GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbanding EPO. 

2) Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Selain itu juga, supplement tambahan yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst  adalah:

1. Lipotrophic factor seperti Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - CoQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc.

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4. Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - antioksidan yang kuat.

Klik untuk baca lanjut: Cadangan pemakanan untuk PCOS.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis