Friday, July 24, 2015

Tips Tambah Susu Badan Dengan Cepat Selepas Sebulan Berpuasa

Alhamdulillah..

Selesai sudah menjalani ibadat puasa selama sebulan dibulan Ramadhan walaupun menyusukan anak secara eksklusif.

Saya tahu bukan mudah untuk berpuasa penuh disaat kita berjuang untuk menyusukan anak disiang hari atau pam secara konsisten disiang hari di tempat kerja. Ini adalah kali ke2 saya berpuasa sambil menyusukan anak. Alhamdulillah..semuanya dipermudahkan.

Saya pasti ramai ibu2 perasan susu mula merundum sepanjang bulan puasa kan? Saya pun tak terkecuali. Ditambah lagi anak yang refuse frozen EBM. Risau sangat susu tak cukup untuk anak. Tapi nasib baik anak dah 8 bulan, boleh topup dengan puri buatan tangan sendiri.

Selepas seminggu cuti raya, beberapa hari lagi dah nak masuk kerja. Jadi, nak tak nak kena boost up production susu badan secepat mungkin. 

Harini saya nak kongsikan tips tambah susu badan dengan cepat selepas sebulan berpuasa:

1) powerpumping setiap 3jam.

Kalau sebut power pumping mestilah pam selama satu jam setiap sesi ye. Dah tahu kan macam mane nak buat power pumping? Kalau tak tahu boleh klik disini (Tips Elak Susu Drop Di Bulan Puasa).

Bila boleh nampak kesannya?

Ada sesetengah ibu hanya mengambil masa 3 hari untuk menggandakan penghasilan susu ibu. Yang penting konsisten dengan power pumping setiap 3 jam siang dan malam selama 3 hari berturut2. InsyaAllah..akan nampak kesan yang cepat.

2) Makan makanan berkhasiat, tinggi protein dan kalsium.
3) Banyakkan minum air kosong. Minimum 3 liter sehari.
4) Banyakkan makan makanan seperti oat, horlick, susu, keju, kurma dll yang dipercayai boleh membantu dalam penghasilan susu ibu sejak turun temurun.

5) Ambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai sumber protein yang saya jamin akan boost up dan pekatkan susu ibu SERTA MERTA.

Kalau sebelum nie, ambil ESP pun bercatu, setin tahan berbulan2, asyik fikir nak jimat sebab nak beli setin pun mahal, mahal ke??RM150  je setin cik kak oiii..

Sekarang WAJIB ambil ESP 1-3sudu besar setiap kali lepas power pumping. Sebab kita nak hasilkan lagi banyak susu daripada biasa. Nak standby stok susu segar banyak2 sebelum masuk kerja. Tinggal 2-3hari lagi masa nak kumpul stok susu segar kan. Susu frozen memang dah berlambak dalam deep freezer tu. Tapi anak taknak susu frozen. Jadi, jangan catu2 ESP ye ibu2..takut nanti anak pulak kelaparan tak cukup susu masa kat nursery nanti.

6) Wajib telan 4 biji ostematrix sebelum tidur sebagai sumber kalsium. Susu ibu pun terdiri daripada kalsium kan.. Jadi pastikan ambil kalsium secukupnya.

7) WAJIB ikut tips asas penyusuan (4 Petua Mudah Banyakkan Susu Ibu).

Okeh..rasenya dah cukup untuk tips kali nie..semoga penghasilan susu ibu dapat digandakan secepat mungkin. Jom sama2 berusaha demi yang terbaik untuk anak tersayang.

Semoga bermanfaat.
Selamat mencuba ibu2.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis