Thursday, November 5, 2015

GILA MEROYAN LEPAS BERSALIN: APA YANG ANDA PATUT AMBIL TAHU

Baru2 ini kecoh di fb insiden ibu dalam pantang 10hari bunuh diri sebab "gagal breastfed anak". Ada yang menyalahkan ibu2 yang duk promote kebaikan susu ibu dan share breastfeeding journey masing di wall fb sehingga memberi tekanan kepada ibu2 lain yang "gagal" memberi susu ibu kepada anak sendiri.

Macam biasalah tipikal rakyat malaysia suka share tanpa usul periksa atau lebih senang cakap "tekan butan share tanpa ilmu didada".

Betul ke breastfeeding puncanya?

Sejujurnya saya tak rasa ibu tersebut bunuh diri disebabkan oleh gagal breastfed anak. 

Kenapa breastfeeding yang dipersalahkan? 

Ramai yang cakap, susu ibu cukup atau tidak untuk anak adalah rezeki masing2. Tak boleh dibandingkan dengan orang lain. 

Yup..betul. Tapi ibu2 kena ingat rezeki boleh dicari dan diusahakan. 

Betul tak? 

Sejauh mana ibu2 yang cakap "takde rezeki anak" telah berusaha sedaya upaya untuk berikan susu ibu kepada anak sendiri?

Kita lupakan pasal breastfeeding dulu..

Ibu2 pernah dengar gila meroyan?
@ postpartum depression?

GILA MEROYAN LEPAS BERSALIN: APA YANG ANDA PATUT AMBIL TAHU

Ada 3 ‘fenomena’ psikiatri yang boleh berlaku terhadap wanita yang baru melahirkan anak (post-partum period).

POST-PARTUM BLUES

Simptom: mudah menangis, emosi berubah-ubah
Biasa terjadi pada hari ke 3-5 selepas bersalin, bersifat sementara. Di alami oleh 50-80% wanita. Dikaitkan dengan perubahan hormon secara mendadak selepas kelahiran bayi. Tidak berbahaya, Cuma ibu memerlukan sokongan yang baik pada fasa ini. Sekiranya tidak mendapat sokongan yang baik, berkemungkinan berlarutan menjadi kemurungan.

POST-PARTUM DEPRESSION (kemurungan)

Simptom: Sedih berpanjangan, mudah terasa, mudah marah, gangguan tidur, hilang selera, hilang focus, rasa tidak sempurna dan bukan ibu yang baik, lintasan fikiran mahu membahayakan bayi.
Biasa berlaku dalam 4 minggu pertama kelahiran, kemuncak pada bulan 3-6 kelahiran. Ada kajian yang menunjukkan 10% ibu mengalaminya. Berkait rapat dengan sejarah gangguan mental dan kecelaruan persekitaran (penceraian, masalah kewangan dan sebagainya).
Perlu rawatan segera, kerana kesan penyakit ini boleh mengakibatkan gangguan ‘bonding’ antara ibu dan anak, risiko penyakit mental terhadap bayi, gangguan hubungan suami isteri, risiko bunuh diri dan kecederaan pada bayi.

POST-PARTUM PSYCHOSIS

Simptom: kecelaruan fikiran, gelisah, emosi tidak menentu, mengalami halusinasi (mendengar suara yang tidak wujud) dan boleh bersikap agresif.
1 dalam 1000 wanita mengalaminya. Penghidap berisiko menghadapi masalah psikiatri pada masa akan datang, contohnya bipolar disorder.
Memerlukan rawatan segera.

SEBAB-SEBAB LAIN

Ada juga gangguan fikiran dan emosi berlaku akibat penyakit fizikal. Fenomena ini dipanggil ‘delirium’.
Antara penyakit yang biasa terjadi – jangkitan kuman dalam darah, kekurangan darah, darah beku dan komplikasi bersalin yang lain.

APA BOLEH ANDA LAKUKAN?

1. Sebarang perubahan terhadap ibu yang bersalin perlu diberi perhatian serius, dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera.
2. Fasa selepas bersalin adalah kritikal kepada seorang ibu dan bayi. Pastikan keduanya mendapat perlindungan dari segi fizikal dan emosi.
3. Sokongan, bantuan dan perhatian benar-benar bermakna bagi mereka. Bantu dalam apa jua bentuk.
4. ibu yang berisiko perlu diberi perhatian lebih
5. Pastikan ibu ada rehat yang mencukupi, ada ruang sendiri, ada masa memanjakan diri dan ruang untuk pulih.
6. Walaupun tidak boleh menjalankan ibadah tertentu sewaktu berpantang, ibadah umum lain seperti berzikir, berdoa, beristighfar dan mendengar ayat al Quran masih boleh dilakukan dan digalakkan.
7. tahu limit anda. minta bantuan jika rasa tak tertampung.

Sumber: Dr Rozanizam

Alhamdulillah, setakat ini saya belum pernah lalui tahap post-partum depression. Paling teruk pun post-partum blues: Emosi mudah terganggu, tiba2 rasa nak nangis tanpa sebab. 

Paling teruk masa anak pertama. 

Athirah asyik menangis, asyik nak menyusu seolah2 tak kenyang2. Oleh kerana terlalu penat mendodoi dan menyusu Athirah, saya jadi macam 'hilang akal'. Saya marah2 kat Athirah yang baru umur beberapa hari tu. Saya begitu stress sehingga saya sanggup 'mencampak' Athirah ke atas katil sebab asyik nangis je. Suami saya terus angkat Athirah dan terus keluar dari bilik. Suami tutup pintu dan biarkan saya sorang2 di bilik. 

Adakah ini post-partum blues @ post-partum depression? 

Alhamdulillah. Keadaan ini tak berlarutan. Mungkin sebab kurang ilmu dan persediaan untuk menerima orang baru dalam hidup memberi tekanan kepada saya sebagai ibu baru. 

Untuk anak ke2 dan ke3, proses dalam pantang saya bertambah baik walaupun berpantang sendiri tanpa bantuan orang tua. Malah saya makin seronok apabila anak saya asyik nak berkepit dan menyusu dengan saya. 

Alhamdulillah, dengan ilmu penyusuan yang saya kumpulkan sejak daripada hamil lagi membantu saya untuk lebih positif dan melihat suatu cabaran yang berlaku sebagai peluang untuk saya lebih rapat dengan anak2 dan sebagai salah satu cara untuk memberi 'arahan' @ rangsangan kepada otak supaya menghasilkan lebih banyak susu dek kerana bayi yang kerap menyusu (rangsangan kepada puting payudara akan merangsang lebih banyak prolaktin dan oksitosin)

Logiknya pun, anak yang baru lahir, setelah 9 bulan berada dalam rahim ibu yang seakan2 dipeluk, kini telah keluar ke dunia baru yang sudah pastinya akan mengambil masa untuk sesuaikan diri. Menangis tak semestinya lapar. Dada ibu dirasakan tempat yang paling selamat dan selesa untuk bayi.
Selain rehat dan tidur yang cukup, ibu2 dalam pantang boleh mengamalkan supplement asas untuk kesihatan badan.

Antara supplement asas yang ibu2 boleh cuba adalah:
1) B Complex: bertindak sebagai antistress dan menenangkan. Juga berfungsi untuk membantu menukarkan makanan kepada tenaga.
2) Ostematrix: Membantu hilangkan sakit2 badan dan membantu ibu untuk tidur lena dan berkualiti walaupun hanyya tidur beberapa jam sahaja diwaktu malam.
3) Vitalea: Multivitamin dan mineral membantu melengkapkan nutrisi harian ibu berpantang.

Klik untuk order: Set Menyusu @ Set berpantang

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis