Sunday, August 17, 2014

Haid Tidak Teratur


Dysfunctional Uterine Bleeding (DUB) atau dalam bahasa mudahnya saya istilahkan sebagai haid yang tidak teratur. DUB boleh dikategorikan kepada beberapa jenis:

1) Menorrhagia : Haid yang terlalau banyak atau berpanjangan.
2) Hypomenorrhagiahaid yang terlalu sedikit atau 'spotting'
3) Metrorrhagiapendarahan tidak normal di antara haid (spotting atau pendarahan yang banyak).
4) Polymenorrhea:  Haid yang terlalu kerap.
5) Oligomenorrhea: haid yang jarang (3-6 kitar haid setahun)
6) Amenorrhea: Tiada haid untuk 3 atau lebih bulan pada wanita yang sebelum ini mengalami haid.

Faktor yang mungkin menyebabkan DUB:

1) Endometriosis.
2) Polycytic Ovary Syndrome
3) Thyroid Dysfunction
4) Uterine fibroid
5) Endometrial polyps
6) IUD
7) Pil Perancang

* Boleh rujuk pakar sakit puan untuk pengesahan masalah kesihatan anda.


Pendekatan Secara Pengambilan Makanan Tambahan.

Vitamin B6

1)      Penting untuk penghasilan hemoglobinn dalam sel darah merah.
2)      Meningkatkan kadar perlekatan oksigen pada sel darah merah.
3)      Kekurangan akan menyebabkan anemia.
4)      Cofactor yang diperlukan untuk penghasilan GLA daripada LA
5)      merangsang sel membran untuk membantu pergerakkan  Magnesium ke dalam sel yang berperanan dalam pengenduran otot.

Supplement Shaklee yang dicadangkan : Vita-LEA

Vitamin A & E

1)      Mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan tisu-tisu peranakan dan membantu dalam mengekalkan tisu permukaan  dan tisu perembesan  yang sihat yang berkait dengan faraj, rahim, serviks, dan dinding rahim.
2)      Perkembangan folikel ovary adalah bergantung kepada vitamin A. Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan Amenorrhea. Amenorrhea bermaksud haid yang tidak hadir untuk 3 bulan yang lepas atau lebih bagi wanita yang sebelum ini mempunyai haid.
3)      Sifat antiokda Vitamin A membantu dalam mengekalkan integriti tisu dan menghalang tisu daripada berkembang secara tidak normal. Keadaan ini adalah penting untuk mengekalkan kestabilan persekitaran yang mengalami pembebesan hormon yang tidak menentu..
4)      Vitamin E membantu dalam mengawal penggunaan dan simpanan Vitamin A dan melindunginya daripada teroksida dalam usu, hati dan organ lain.

            Supplement Shaklee yang dicadangkan : Carotomax (prekursor Vitamin A) & Vita E.

Magnesium (klik)

Supplement Shaklee yang dicadangkan : Vita-LEA

Phytoestrogens

1)      kajian menunjukkan wanita boleh menghasilkan kesan yang positif pada paras hormon dalam badan dengan memasukkan soya protein dan phytoestrogen yang lain dalam diet harian mereka.

Supplement Shaklee yang dicadangkan: ESP (energizing Soy Protein)


Supplement Shaklee yang dicadangkan: GLA Complex

Vitamin C.

1)      diperlukan dalam penghasilan kolagen, steroid dan hormon peptide dan ia melindungi tisu-tisu daripada kerosakan oksidatif.
2)      Terdapat banyak ascorbic acid dalam ovari yang mana bertepatan dengan peranannya dalam penghasilan hormon dan bertindak bersama-sama neurotransmitter untuk merangsang perembesan hormon.
3)      Vitamin C dan bioflavonoid memainkan peranan dalam memperbaiki kapilari dan integriti salur darah yang mana penting dalam kawalan aliran darah.
4)      Vitamin C melalui tindakannya dalam perkembangan kalogen membantu dalam menguatkan arteri dan salur darah.
5)      Vitamin C dan Bioflavonoid memainkan peranan sebagai pelindung yang mengekalkan integriti kapilari dengan berfungsi sebagai antioksidan.
6)      Apabila diambil secara oral,Vitamin C akan menggalakkan penyerapan zat besi sebanyak 600% dengan melindunginya daripada teroksida dalam saluran pencernaan.
7)      Vitamin C juga akan membentuk gabungan dengan zat besi untuk memudahkannya masuk melalui dinding usus.
8)      Penghasilan asid hempedu adalah bergantung kepada Vitamin C. Asid hempedu diperlukan untuk penyerapan Vitamin larut lemak A, D, E, and K, beta-carotene dan EFA yang mana memainkan peranan penting dalam kitar haid yang teratur dan hormon yang seimbang.

Supplement Shaklee yang dicadangkan: Vitamin C SR


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Thursday, August 14, 2014

Vitamin Untuk Kesuburan Lelaki

Kepentingan folate, zinc dan antioksidan dalam pathogenesis (bagaimana masalah berlaku) dan pencegahan kemandulan.

Folate 

(1) Memainkan peranan penting dalam penghasilan sperma (lelaki)
(2) Penting untuk penghasilan telur yang berkualiti, proses kematangan telur, perlekatan pada dinding rahim dan perkembangan organ.

Zinc    

(1) Memberi kesan pada perkembangan testis, proses kematangan sperma dan penghasilan testoterone(lelaki).
(2) Penting dalam perkembangan seksual wanita, proses penghasilan telur dan kitar haid.

Folate & zinc

(1) Mempunyai sifat antioksida yang akan menghalang tindakan Reactive Oxygen Spesies (ROS).

Glutathione

(1) Mengimbangi paras ROS yang dihasilkan oleh sperma dan mepengaruhi kestabilan dan pergerakan sperma. Selepas persenyawaan, glutathione penting untuk penghasilan nukleus sperma.

Folate,zinc, ROS dan thiols mempengaruhi apoptosis yangmana penting untuk pembebasan sperma dan penanggalan dinding rahim.

Peranan Terapi Antioksida dalam rawatan kemandulan lelaki.

Tekanan oksidatif (oxidative stress) menyumbang kepada kecacatan dalam penghasilan sperma yang menjurus kepada kemandulan lelaki.

Carnitines dan Vitamin C & E secara jelas menunjukkan sangat berkesan sebagai rawatan utama dalam kemandulan lelaki.

Kajian menunjukkan keberkesanan antioksida seperti glutathione, selenium & coenzyme Q10 dalam rawatan kemandulan lelaki yang mana boleh dijadikan pilihan rawatan yang kedua.

Apa yang Shaklee boleh bantu anda?

(1) Vitamin C SR 500mg
(2) Vita E Complex 400iu (Vitamin E + Selenium) (Lebih Lanjut tentang set kesuburan Lelaki)
(3) CoQ Health (Vitamin E + CoQ10) (Baca lebih lajut)



Hubungi saya untuk maklumat lanjut :

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe


Monday, August 11, 2014

GLA Complex Boleh Atasi Senggugut



Salah satu cadangan supplement tambahan untuk merawat Dysmenorrhea (Painful Menstruation) @PMS adalah Essential Fatty acid seperti asid linolenik (LA) dan gamma-linolenic acid (GLA).



LA--> GLA--> DGLA



LA & GLA adalah perantara yang diperlukan untuk menghasilkan DGLA (anti-inflammatory Prostaglandin) yangmana akan mengurangkan simptom PMS.

Kajian menunjukkan pengambilan supplemen yang kaya dengan GLA seperti EPO dan borage seed oil adalah berkesan untuk mengurangkan dysmenorrhea.

Shaklee GLA Complex bukan hanya terdiri daripada GLA semata-mata tetapi hasil kombinasi dari minyak borage sebagai bahan utama yang mengandungi gamma-linolenic acid (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan juga vitamin E. 

Pilihan ditangan anda:)

Promosi Sepanjang Ogos: Beli 6 Percuma 1 (RM547.50)
Kalau sebotol 60 biji : RM91.25

Klik Untuk order: GLA Untuk Senggugut


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sunday, August 10, 2014

Cantik Dengan Shaklee Collagen Powder



Ada 7 ramuan utama:

Ekstrak biji Camelia japonica
 terdiri daripada asid oleik(pelembap kulit) dan isoflavon (antioksidan)

Kolagen ikan
sisik ikan merah, sumber kolagen premium dengan kadar penyerapan yang tinggi.

Ekstrak kekerang
mengandungi glucosamine yang penting untuk penghasilan cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi dan melegakan ketidakselesaan mata.

Ekstrak Pfaffia
membantu pembentukan kolagen dan asid hyaluronic. Menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

Lactobacillus acidophidus
 mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Vitamin C & Vitamin B
 menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas

Elastin dari kolagen ikan
 memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang untuk kulit anjal dan elastik

Tampil Lebih Muda..Rasa Lebih Muda Dengan Shaklee Collagen Powder.


sekotak 15 sachet : RM 298

Klik Untuk order : Cantik dengan SCP

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Saturday, August 9, 2014

6 Kelebihan Vitamin E Complex Shaklee


Apa kelebihan Vita E Complex Shaklee ni?

1) Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamjn E, kemudian diekstrak d-alpha tocopheryl,d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta,gamma,delta).
2) Vitamin E paling lengkap dipasaran.
3) mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel,sel darah merah dan tisu-tisu otot.
4)Penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa,kadmium
5) mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.
6) Manfaat utama: melindungi jantung, mempertingkatkan kemampuan reproduktif, anti penuaan,antioksidan yang kuat, memperbaiki arthritis, menghalang keguguran dan memudarkan parut.

Untuk 120 biji RM 149 jerrr:)




Klik untuk order: Vita E Shaklee


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Friday, August 8, 2014

Ubat Sakit sendi: AJHT Shaklee

Advanced Joint Health Complex mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan didalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangkamasa seawal 5 hari. Hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka!

Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal:

1) Menggalakkan mobiliti
2) Meningkatkan fleksibiliti
3) Meningkatkan fungsi sendi
4) Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang.

Juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas: zinc, kuprum, manganase dan vitamin C. Setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal dalam menghasilkan kolagen penghubung dan rawan yang baik.

Tidak seperti kebanyakan supplemen kesihatan sendi, New Advanced Joint Health  Complex adalah 100% bebas kekerang dan 100% vegetarian, tiada langsung mengandungi sumber haiwan.

Apakah perbezaan diantara sendi yang sihat dan sendi yang stress?

Ciri-ciri sendi Yang Stress:

1) Rawan menjadi lemah dan rapuh
2) Tisu penghubung sekeliling terurai.
3) Geseran berlaku diantara tulang-tulang yang memgeluarkan kimia yang menyerang rawan menyebabkan ketidakselesaan dan pergerakan terhad.

New Advanced Joint Helath Complex membantu sendi sihat dalam 3 cara:

1) Meningkatkan cushioning: Glukosamin membantu memelihara rawan. Cushioning adalah perlindungan antara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas.
2) Memelihara tisu penghubung yang sihat: Zinc, kuprum, manganase dan vitamin c membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi.
3) Meningkatkan keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia pantas membantutkan mekanisma tindakbalas tekanan tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi. 
Kandungan utama AJHT adalah Estrak Boswellia. Selain itu ia juga mengandungi ekstrak jagung yang membekalkan glukosamin, vitamin C, zink, kuprum dan manganase.

Ekstrak Boswellia :

Mengandungi asid boswellik yang menghalang pembentukan leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. Ekstrak proprietary Boswellia yang digunakan dalam New Advanced Joint Health Complex mengandungi kepekatan yang tinggi AKBA (3-acetyl-11-keto-beta-boswellic acid), satu asid boswellik dan lain-lain komponen Boswellia yang digabung untuk menghasilkan bioaktiviti yang lebih unggul dari hanya AKBA.

Dalam kajian klinikal terbaru, responden yang mengambil ekstrak Boswellia dalam  New Advanced Joint Health Complex melaporkan keselesaan sendi yang lebih baik, pergerakkan yang lebih mudah dan kemampuan yang lebih untuk melakukan aktiviti harian, berbanding denagn mereka yang mengambil jenis ekstrak Boswellia yang mengandungi tahap AKBA yang lebih tinggi.

Ekstrak Jagung membekalkan sumber glukosamin yang pekat:

Glukosamin adalah sejenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans, komponen struktur rawan dan cecair diantara tulang yang membekalkan pelinciran.

Banyak kajian yang telah diterbitkan menunjukkan supplemen glukosamin membantu meningkatkan pelbagai gerak, mobility dan fleksibiliti.

New Advanced Joint Health Complex menampilkan glukosamin hidroklirid, sumber yang paling tinggi kepekatannya. Ianya diperolehi dari sumber sayuran berbanding dengan kebanyakkan glukosamin yang diperolehi dari sumber kekerang.

Vitamin C:  

New Advanced Joint Health Complex membekalkan 100% daily value 9nilai harian) vitamin C, satu nutrien yang diperlukan bagi sintesis kolagen.

 Zink, kuprum dan manganase:

Mineral surih ini diperlukan untuk membina tisu penghubung.

Ciri-ciri lain:

1) 100% bebeas kekerang
2) 100% vegetarian
3) 100% bebas kondritin untuk penyerapan glukosamin yang baik
4) Hanya 2 tablet sehari
5) Tablet mudah ditelan.
6) Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet.
7) Bebas gluten.

Klik untuk order: AJHT dan Sakit Sendi

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Thursday, August 7, 2014

GLA Complex Melegakan PMS

Pre-menstrual Syndrome (PMS) atau sindrom pra-haid sering dikaitkan dengan kesakitan atau lebih dikenali dengan senggugut oleh masyarakat kita. 

Berdasarkan kajian, antara cadangan pemakanan untuk merawat PMS adalah:


1) Essential fatty acid (EFA) (asid lemak perlu) : linoleic acid (LA) dan Gamma-linolenic acid (GLA).
2) Magnesium : terlibat dalam kawalan hormon LH, FSH dan ovari, mengawal pengecutan dan pengenduran tisu-tisu uterus.
3) Vitamin B6(pyridoxine): cofaktor dalam penghasilan anti-inflammatory Prostaglandin (DGLA).

Apa yang berlaku dalam badan kita? LA dan GLA merupakan facktor yang diperlukan untuk menghasilkan  DGLA yang merupakan anti-inflammatory Prostaglandins yang bertindak dalam mengurangkan simptom PMS

LA-->GLA--> DGLA (anti-inflammatory Prostaglandin)

Berdasarkan kajian juga,  nutrient yang dikenalpasti dapat meningkatkan  penghasilan anti-inflammatory PG (Perantara yang mengurangkan simptom PMS) melalui EFAs adalah:

1) magnesium
2) Boitamin B6
3) Zinc
4) Niacin (B3)
5) Vitamin C



Jadi, pengambilan makanan yang kaya dengan nutrient diatas boleh mengurangkan PMS. Kalau nak senang, boleh telan je Vitalea Shaklee. Dalam VITALEA Shaklee ade semua nutrient ni:).

Secara umumnya, terdapat hanya sedikit GLA atau DGLA dalam diet harian kita. Kekurangan ini mungkin disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak mencukupi atau kegagalan dalam proses pertukaran EFAs kepada DGLA.

Oleh itu, kajian menunjukkan pengambilan supplemen yang kaya dengan GLA seperti EPO dan borage seed oil adalah berkesan untuk mengurangkan kesakitan semasa haid.


Shaklee GLA Complex bukan hanya terdiri daripada GLA semata-mata tetapi hasil kombinasi dari minyak borage sebagai bahan utama yang mengandungi gamma-linolenic acid (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan juga vitamin E. 

Pilihan Ditangan Anda :)


Sumber: A healthy Menstrual Cycle oleh L. Mayo, MD. Facog (1997)

Klik untuk order : GLA & PMS


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

AddThis