Tuesday, October 13, 2015

Sebab Utama Anak Degil Dan Cara-cara Mengatasinya.

Sejak akhir2 ini, anak2 makin buat perangai. Ada je perkara yang diorang buat yang membangkitkan kemarahan kami suami isteri. Saya cuba tenangkan hati. Istighfar mohon  keampunan Allah. Mungkin anak saya degil sebab saya degil dengan Allah. Mungkin saya ada sakitkan hati suami..Astaghfirullah..Ya Allah, aku mohon keampunan-MU.

Kalau nak anak baik, kita kena "baik"kan diri kita dulu kan. Cakap memang mudah, tapi tiada jalan pintas untuk hasilkan anak yang solehah kan. Masih belum terlambat untuk kita sama2 usaha menyiapkan anak solehah sebagai bekalan untuk akhirat kita nanti.

Merawat mestilah dari puncanya kan. Sedikit panduan untuk ibu bapa mengatasi masalah anak degil:

PUNCA ANAK KITA DEGIL - USTAZ MOHD KAZIM ELIAS AL-HAFIZ

Antara punca anak jadi degil adalah disebabkan oleh dosa-
dosa lampau yang pernah d ilakukan oleh ibu bapa itu sendiri. Contohnya :
1) meninggalkan solat
2) pernah melawan/bercakap kasar dengan ibu bapa pada zaman remaja.
3) ponteng sekolah dan merokok.
4) mencuri duit/barang/buah dari dusun orang (walaupun
nilaiannya hanya beberapa ringgit)
5) mengurat/mengacau anak dara orang.
6) mencuri masa bekerja di pejabat dengan melakukan kerja-kerja peribadi.
7) mengambil harta pejabat untuk kegunaan peribadi.
8) menipu dalam urusan jual beli.
9) menipu ibu bapa memberitahu balik lewat sebab tuisyen
padahal bersosial dengan kawan lelaki dan perempuan.
10) duduk berdua-duaan, berjalan berpimpin tangan dengan
kekasih hati yang bukan mahram.
11) mendedahkan aurat kepada bukan mahram.
12) suka melihat video atau gambar lucah.

Ini adalah sebahagian kecil fenomena penipuan dan dosa- dosa yang mungkin pernah kita lakukan suatu ketika dahulu mahupun yang sedang berlaku. Tanpa disedari keadaan ini telah membawa kesan negatif dalam kehidupan berumah tangga terutama dalam membesarkan anak-anak. Ada duit gaji sudah bercampur dengan unsur syubhah yang diberi makan kepada keluarga.

Jadi, kita atasi puncanya dahulu. Bertaubat dari dosa2 lalu dan banyakkan Istighfar mohon keampunan Allah. Itu adalah langkah utama yang perlu kita ambil sebelum ke langkah seterusnya iaitu mengamalkan doa dan zikir2 tertentu. Kalau tidak bertaubat dan tidak mendapat keampunan daripada Allah, bagaimana Allah akan makbulkan doa kita melalui doa dan zikir yang diajarkan kan?


Doa untuk menangani anak nakal oleh Ustaz Kazim "Tanyalah Ustaz"
1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.
2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.
3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.
4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.
5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. 

Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. 

Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau
anak masih menyusu,hembus pada susu.

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As- Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar.
8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud "Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan:

1) Supaya anak-anak pandai belajar: baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
2) Sewaktu anak-anak bergaduh: baca surah Al-Baqarah ayat 102 
3) Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran: baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24.
4) Anak-anak malas ke sekolah: baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
5) Anak-anak yang suka keluar malam: baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Mari kita sama2 amalkan supaya dapat membentuk anak yang soleh dan solehah yang mendapat kejayaan hidup didunia dan diakhirat.

Semoga bermanfaat.




Sunday, October 11, 2015

Demam Denggi: Perangi Aedes habis-habisan!!!

Analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa kes denggi di seluruh negara untuk minggu lepas (iaitu minggu ke-38, dari 20 hingga 26 September 2015) menunjukkan tren penurunan kes. Pada minggu ke-38, sebanyak 1,934 kes denggi dilaporkan berbanding 2,322 kes pada minggu sebelumnya.

Jumlah kumulatif kes demam denggi di seluruh negara dari Januari sehingga 26 September 2015 adalah 89,744 kes, berbanding 74,335 kes bagi tempoh yang sama pada 2014, iaitu peningkatan sebanyak 20.7% (15,409 kes).


Manakala untuk kematian denggi, sebanyak tiga (3) kematian dilaporkan pada minggu lepas. Jumlah kumulatif kematian Denggi dari Januari sehingga 26 September 2015 adalah sebanyak 244 kematian, berbanding 143 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2014, iaitu meningkat sebanyak 101 kematian (70.6%).
Demam denggi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi. Ia berjangkit melalui gigitan nyamuk aedes dan tiada ubat khusus untuk merawatnya.

Tanda-tanda demam denggi:
1) kerap muntah
2) sakit perut
3) pening atau berasa gelisah.
4) pucat atau berasa sehjuk bila kulit disentuh.
5) sesak nafas

6) pendarahan; bontik atau tompok merah pada kulit, pendarahan pada hidung atau gusi, muntah darah, najis berwarna hitam, haid yang banyak atau pendarahan pada faraj.

Gempur Aedes semudah 1,2,3.

Kitaran hidup nyamuk aedes dari telur menjadi nyamuk dewasa hanya mengambil masa selama 7 hari.

Anda boleh memutuskan kitaran hidup nyamuk aedes dengan mengahpuskan tempat2 pembiakan jentik-jentik di dalam dan diluar premis. Sekiranya terdapat pembiakan nyamuk aedes didalam dan/atau di luar rumah, anda boleh didenda sehingga RM50000 mengikut akta Pemusnahan Serangga pembawa Penyakit (pindan 2000).

Langkah 1: lakukan SATU kali setiap minggu
Langkah 2: Lakukan di DUA tempat iaitu dalam dan luar premis/
Langkah 3: lakukan TIGA tindakan iaitu periksa, cari dan musnahkan bekas2 nyamuk aedes.

Tempat Pembiakan Jentik-jentik dan tindakan anda.

Di dalam rumah.
1) Kolah air.
-berus dan cuci satu kali setiap minggu atau
-letakkan bahan pembunuh jentik-jentik.
2) Bekas Jambangan Bunga.
-berus dan salin airnya satu kali setiap minggu atau
-letakkan bahan pembunuh jentik-jentik atau
-gunakan gel sebagai pengganti air.
3) Pam tandas
-jika rosak baiki segera atau
-tutup dengan rapat atau
-bubuh pembunuh jentik-jentik.

Di luar rumah
1) Bakas makanan polisterin
-buang dalam tong sampah yang bertutup.
2) Botol dan tin
-kumpul dan hapuskan dengan sempurna atau
-letakkan ditempat yang terlindung daripada hujan.
3) Tayar
-letak ditempat yang terlindung daripada hujan atau
-letakkan bahan pembunuh jentik-jentik atau
-susun dan tutup rapat di bahagian atas.

Panduan pemantauan dan penjagaan pesakit di rumah.

Apa yang anda perlu lakukan:
1) Berehat secukupnya
2) Banyakkan minum cecair seperti susu, jus buah-buahhan, minuman isotonik dan air barli (minum melebihi 5 gelas). Minum air kosong sahaja tidak mencukupi.
-makan ubat demam seperti paracetamol mengikut nasihat doktor.
sponging atau lap badan dengan kain basah untuk menurunkan suhu badan.
3) Sembur racun serangga (aerosol) atau gunakan kelambu untuk mengelakkan gigitan nyamuk.
4) Cari dan hapus tempat-tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes di dalam dan di luar rumah.
5) Beri kerjasama kepada anggota kesihatan semasa aktiviti semburan (fogging/ULV dengan:
-buka semua tingkap dan pintu
-berada diluar rumah dan bawa bersama binatang peliharaan.

Baca lanjut: Cara Rawat Demam Denggi.

Apa yang perlu dielakkan:
1) Jangan ambil ubat tahan sakit seperti aspirin, mefenamic asid (ponstan) atau steroid.
2) Tidak perlu mengambil antibiotik.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com



Friday, October 9, 2015

Seminggu Tanpa Vitalea...Huru Hara Jadinya!!!

Walaupun hanya seminggu tanpa Vitalea, sangat terasa kesannya. 

Ke psikologi je? 

Vitalea hanya multivitamin tapi kesannya hanya orang yang konsisten memakannya sahaja yang tahu.

Sepanjang minggu nie, badan rasa tak larat sangat. Mana taknya. Kerja 8-5ptg. pukul 7malam baru sampai rumah. Di pejabat masih konsisten mengepam 3x. Balik rumah layan anak2 syurga yang terlebih aktif. Pukul 9.30malam dah flat. Terus masuk bilik untuk tidur. Alya pulak macam ada alarm sendiri,  bangun malam setiap 2 jam untuk menyusu. keesokkannya bersambung lagi rutin harian ibu menyusu yang bekerja. 

Semua ini bukan benda mudah. Semua ini memerlukan badan yang sihat dan bertenaga untuk menjalani rutin harian sebagai ibu menyusu bekerjaya yang mempunyai jadual harian yang padat. 

Ditambah lagi, dipejabat hanya "makan ala kadar" kerana berkejar2 untuk memastikan rutin mengepam dapat dilaksanakan pada masa yang sepatutnya. Kalau hanya bergantung kepada "makan ala kadar" dan nasi bungkus untuk makan malam, agak2 cukup ke nutrisi harian kita. Ditambah dengan status ibu menyusu yang bekerjaya. Saya jamin, nutrisi harian kita pasti tidak mencukupi. Sebab itu, saya sangat2 terasa kesannya bila stok vitalea habis. Petang Sabtu lepas, baru suami sempat pergi restock kat branch Shaklee di Sri Rampai, KL.

Nampak simple kan? 

Ketiadaan  vitalea mampu membuatkan hidup ibu menyusu bekerjaya ini huru hara. Suami pun nampak perubahan yang saya alami.

Sebelum nie, tiap2 hari makan Vitalea ok je rasa. Walaupun bangun seawal 5pagi dan tidur sekitar jam 11 malam setiap hari bekerja, saya masih bertenaga. Sejak seminggu tanpa Vitalea nie, nak bangun pagi pun susah sangat. Dah sampai pejabat pun mata mengantuk lagi. Ramai yang tegur, "ieda macam tak larat je..tak sihat ke?".. huhu..sampai macam tu sekali. Sebelum nie sampai ke petang maintain senyum kat kaunter farmasi. Berbeza sangat..

Dan satu lagi yang saya perasan sejak seminggu kehabisan stok, alergi dibibir kembali menyerang. Bibir terasa kering dan menggelupas walaupun dah minum air lebih 3liter sehari.

Dulu2 alergi bibir saya teruk sangat sampai keluar cecair dari tepi bibir. Saya ada minta nasihat daripada doktor Dermatology. Doktor cadangkan untuk sapu krim steroid dan antibiotik. Saya cuba sapu ubat yang dicadangkan tapi tiada perubahan. Akhirnya saya ambil keputusan untuk biarkan sahaja alergi tu sembuh sendiri..

Tapi lama-kelamaan alergi tu hilang dengan sendirinya. Saya pernah terfikir,alergi hilang mungkin disebabkan saya konsisten makan supplement Shaklee. Tak tahu supplement yang mana satu membantu. Tapi saya amalkan set menyusu lengkap Shaklee ketika itu. Pernah terfikir, mungkin sebab Alfalfa kerana Alfalfa bagus untuk alergi. Tapi bila difikirkan balik, saya tak konsisten pun ambil Alfalfa sebab kesan "panas"nya. 

Tapi kalau Vitalea, B Complex dan Vita C SR, saya memang konsisten sebab saya pengidap anemia dan mempunyai masalah hemoglobin rendah. Sebab tu saya terfikir Vitalea yang membantu dalam masalah alergi saya sebab baru seminggu tak makan, alergi datang balik.

Logik tak?
Atau tu semua psikologi?
Tapi tak mustahil kan.

Vitalea membekalkan multivitamin dan mineral yang membantu melengkapkan nutrisi harian kita. Bila badan mendapat nutrisi lengkap, baru badan dapat berfungsi dengan baik dan sentiasa bertenaga. Sel2 badan yang sihat juga dapat membaikpulih sel2 yang rosak dan bermasalah. Sebab tu, vitalea adalah supplement asas yang perlu dalam semua set kesihatan yang shaklee tawarkan.

Masih ragu2?
Cuba dulu baru tahu.

Klik untuk order: Vitalea

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Wednesday, October 7, 2015

Adakah Penyusuan Badan Menjejaskan Keinginan Seks?


Ibu2 menyusu pasti pernah mengalami masalah ini kan?

Kenapa ini berlaku?

Punca yang paling jelas ialah keletihan yang biasanya dialami oleh kebanyakan ibu menyusu. Mana taknya, si ibu harus menyusukan bayi setiap 2 jam (tidak termasuk mendodoi, menukar lampin dan mendukungnya) dan ini mungkin membuatkan anda rasa tidak mahu disentuh. Sentuhan suami mungkin terasa seperti satu lagi permintaan yang harus dipenuhi oleh badan anda yang letih dan masa anda yang berharga.

Selain itu juga, hormon susu iaitu hormon prolaktin boleh mengurangkan perembesan hormon testostrone (progestrone) iaitu hormon lelaki yang penting untuk meningkatkan keinginan seks (libido) wanita.

Sepanjang tempoh penyusuan, tubuh kita akan menghasilkan hormon prolaktin yang tinggi kesan tindakbalas rangsangan terhadap puting payudara melalui hisapan bayi atau mengepam. Hormon prolaktin yang tinggi ini telah menyebabkan keinginan seks berkurangan kerana ia akan memberi signal kepada otak untuk mengurangkan penghasilan hormon estrogen dan progesterone.

Saya pasti ibu2 pernah dengar bahawa penyusuan badan secara eksklusif boleh membantu "menjarakkan" anak secara semulajadi kan? 

Ini adalah kerana hormon prolaktin yang tinggi dalam ibu menyusu akan merencatkan penghasilan hormon yang diperlukan untuk proses penghasilan ovum (hormon LH dan FSH), dan ini seterusnya akn menurunkan paras hormon estrogen dan juga progesterone. 

Walau bagaimanapun, proses ini hanya berlaku pada beberapa bulan pertama selepas bersalin sahaja. Ada sesetangah ibu tidak mengalami haid sehingga setahun sepanjang tempoh penyusuan badan, tapi ada sesetangah ibu sudah mengalami haid seawal 3 bulan selepas bersalin walaupun menyusu secara eksklusif. Ia bergantung kepada tindakbalas badan kepada perubahan hormon. Ketiadaan haid menunjukkan tiada ovum yang dihasilkan.

Selain itu, hormon estrogen yang berada pada paras yang sangat rendah dalam tubuh ibu menyusu turut menyebabkan libido ibu menyusu menurun. Apabila hormon estrogen rendah dalam badan, proses ovulasi boleh terhalang, vagina menjadi kering dan keinginan seks berkurangan.

Jadi, para suami tidak boleh menyalahkan isteri 100% dalam hal ini. Masih ada jalan untuk membantu meningkatkan keinginan seks isteri.

Disini saya ada cadangkan supplement yang dapat membantu meningkatkan libido wanita dan juga lelaki. Antaranya :
Digelarkan sebagai "vitamin cinta" suami isteri. Vitamin E dikatakan dapat meningkatkan keinginan seks, meningkatkan paras testosterone dalam badan dan mencegah sexual dysfunction yang berpunca dari ketidakstabilan hormon.

Selenium

Vita E Complex juga dilengkapi dengan Selenium membantu mengeluarkan lendir ketika bersama sekaligus membantu pergerakan sperma agar lebih bertenaga. Ia juga bersifat antioksidan untuk menghapus radikal bebas.

Alfafa berfungsi seperti "kacip fatimah" yang  membantu dalam hubungan suami isteri dengan meningkatkan pelincir semulajadi wanita, membantu masalah kedinginan selepas bersalin dan merapatkan vagina.

Gla Complex membantu menstabilkan hormon dan membetulkan kitaran haid. Juga mengandungi vitamin E yang membantu menghasilkan cecair serviks.

B complex membantu dalam hubungan seksual dengan membekalkan tenaga dan memperbaiki mood ketika bersama kerana ia bertindak sebagai anti-stress.

*Klik pada link untuk proceed order.

Credit to: www.babycenter.com.my & FB Farhana Md Shah

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Monday, October 5, 2015

Memang Susah Suami Nak Support Isteri Yang Breastfeed

Baru2 nie terbaca satu post yang diviralkan di fb berkaitan seorang suami yang sangat menyokong penyusuan susu ibu. Beliau kongsikan apa yang beliau buat untuk membantu isterinya setiap hari sepanjang tempoh menyusu. 

Penyusuan susu ibu bukanlah satu perkara yang mudah. Kadang2 saya sendiri rasa nak give up sebab terlalu penat. Penat sebab terpaksa konsisten dengan jadual mengepam di pejabat (3x ), sampai rumah dah jam 7malam, unpack semua barang2 anak kat nursery, nak kena basuh botol2 susu anak dan botol stok EBM, peralatan mengepam, packing barang anak ke nursery untuk keesokkan harinya. Tu tak termasuk kerja rumah yang lain lagi. Jam 10 malam semua wajib masuk bilik. 

Anak pulak nak direct feeding, nak kena suapkan makan pulak sebab dah mula makan solid food. Semua kena disiapkan dalam masa 3 jam sebelum tidur. Terkejar2 dibuatnya. Kalau nak dilistkan satu per satu, rasa banyaknyeee..Kalau suami dapat listkan sendiri mesti suami akan lebih sayangkan isteri kerana pengorbanan seorang isteri dalam mengeruskan rumah tangan dan membantu suami dari segi ekonomi sangat2 besar.

Kalau suami-suami dapat buat macam yang Saudara Hazim buat, mesti ibu-ibu akan rasa lebih bersemangat untuk teruskan penyusuan sehingga 2 tahun. Suami saya sangat menyokong penyusuan susu ibu. Tetapi sokongannya taklah sampai ke tahap seperti apa yang Saudara Hazim lakukan untuk isteri beliau. Teringin jugak nak suami buat macam tu kan:)).

-copy & paste-

Ni beberapa pesanan/tips kepada bapa2 sekalian untuk sama2 menjayakan penyusuan 2 tahun.

Antara rutin harian setiap malam bekerja adalah cuci botol dan pam susu. Mula2 dulu pakai yang manual je. Alasannya nak jimat. Tapi kesian betul kat isteri. Sape yg pernah guna manual pumping pasti merasainya. Lalu tukar kepada elektrik brand medela. Alhamdulillah tahan sampai sekarang beberapa tahun.

Tugas saya biasanya bermula selepas siap urus borang2 klien yang nak gandakan duit di Public Mutual. Kalau ada jumpa klien malam tu maka lewat sedikit saya cuci. Anak sulong dulu memang banyak botol kena cuci sebab stok ebm simpan dlm botol. Anak kedua guna plastic bag dan simpan dalam deep freezer. Tinggal botol2 yg bawa ke rumah pengasuh je lah.

Mencuci botol dan pam ni mudah je. Isteri pun boleh buat sendiri. Tapi sebagai suami maka tunjukkan kesungguhan untuk membantu isteri. Masa ni isteri boleh berehat sebab tengah malam nak bangun lagi. Saya pula bila dah tidur nyenyak sampai ke pagi. Keesokan paginya disiapkan pula beg pam utk dibawa ke tempat kerja.

Lagi satu kena ingat isteri menyusu badan akan sentiasa lapar. Maksudnya lapar lepas menyusu bukannya 24 jam lapar. Walaupun kita dah kenyang kena cari atau masak makanan bagi isteri kenyang juga. Kalau suami tak pandai masak beli je dan cari yg berkhasiat. Macam saya sudah sedia siap2 samada balik kerja atau waktu malam.

Seterusnya, saya memandaikan diri untuk menguruskan stok susu samada yang fresh atau ebm. Jika isteri keluar ada hal kena tinggal si kecil maka mudahlah untuk bagi susu ibu guna botol dan berapa suhu kena panaskan. Yang ni sangat penting untuk jaga nutrien dalam susu ibu.

Dan paling penting sekali adalah emosi ibu sewaktu menyusu direct atau semasa pumping. Sebagaimana semua orang tahu, hormon penenang sangat membantu dalam proses ini. Kadang2 saya hantar gambar anak tengah sengih2 kerana ia boleh menenangkan ibu terutama ketika waktu kerja.

Yalah kadang2 suami pun ada emosi juga terutama ketika penat tapi pandai2 lah cover dan ikut kesesuaian family itu sendiri.

Sekarang ni sudah ramai yg ada kesedaran untuk menyusu badan dan ia sudah tidak asing lagi termasuk di pasaraya juga sudah ada bilik menyusu. Pakaian sudah dijahit mesra breastfeed termasuk baju kurung.

Apapun semuanya bermula dari ilmu pengetahuan. Dari ilmu ini muncullah kesedaran dan tindakan akan datang kemudian. Tindakan2 ini pun berdasarkan ilmu. Rajinkan diri kita sebagai bapa dan suami untuk tambah ilmu penyusuan.

Kepada bapak2 dan suami2 marilah sama2 untuk membantu isteri di samping kedua-dua suami isteri mempunyai fikiran yang positif untuk menyusukan anak sehingga dua tahun. Suami bantu isteri pun senang hatilah dan bertambah-tambah sayang. Tidak rugi suami bersusah payah untuk bagi yang terbaik kepada anak2. 2 tahun sekejap je.

Credit To: FB Wan Hazim

Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, October 3, 2015

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah..masih dipanjangkan umur untuk bertemu hari Jumaat  (semalam) penghulu segala hari. Kebiasaannya di hari Jumaat, kita akan nampak banyak post2 yang positif dan mengajak kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Setidak-tidaknya, bila scroll fb, terbuka pintu hati kita untuk beristighfar, berselawat, mengingati yang mati itu pasti dan kiamat itu pasti tiba. Mengingatkan orang lain kepada Allah juga boleh dapat pahala kan. Semoga Allah merahmati mereka2 yang amar makruf nahi mungkar.

Salah satu post yang  saya baca dan mungkin semua orang dah tahu tapi boleh dijadikan sebagai peringatan untuk kita yang selalu leka dengan dunia yang sementara ini:

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW Sebelum Wafat:

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, Tahun 10 Hijriyyah, Di Lembah Uranah, Gunung Arafah

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.”

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah, sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.”

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka, berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.”

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan, dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.”

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah, setiap muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama. Tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.”

“Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.”

“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Qur’an dan sunnahku.”

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

Credit to : FB Prof Dr Muhaya

Semoga Bermanfaat.

Friday, October 2, 2015

13 Sebab Kenapa Saya Memilih SHAKLEE

1) Shaklee membayar RM26 billion kepada pengedar-pengedarnya kerana berkongsi segala kebaikan berkaitan produk Shaklee.
2) Shaklee Malaysia telah berkembang 1000% sejak 6 tahun yang lepas.
3) Syarikat nutrisi semulajadi No 1 di Amerika Syarikat.
4) Perbezzan Shaklee kerana sentiasa menitikberatkan SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN DAN SENTIASA SEMULAJADI ketika menghasilkan produknya.
5) Landmark Study - Shaklee telah menjalankan kajian ke atas mereka yang mengambil suplemen Shaklee dengan mereka yang mengambil suplemen dari jenama lain serta mereka yang tidak pernah mengambil suplemen. Ternyata dalam kajian tersebut mendapati, mereka yang mengambil suplemen Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik.
6) Malaysia ialah antara 9 negara yang telah menjangkau separuh daripada penduduk dunia.
7) Diberi pengiktirafan daripada BrandLaurete pada 2014/2015 sebagai BEST MLM jenama nutrisi.
8) Jenama yang memberi sokongan pemakanan sampingan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
9) Bisnes yang boleh diwariskan legasinya kepada anak cucu bila kita telah tiada.
10) Syarikat pertama yang mendapat sijil Climate Neutral dan offsets emisi CO2.
11) SHAKLEE menjadi salah sebuah syarikat Fortune 500.
12) SHAKLEE membangunkan dan membekalkan NASA dengan minuman penghidratan semula mengikut keperluan para angkasawan angkasa lepas yang digelar AstroAde dan ianya masih digunakan hingga ke hari ini
13) SHAKLEE menerima anugerah Environmental Protection Agency's Climate Protection.

Credit to: Norhalimatul Nazura (Master Zura Betty)

Masih ragu2 untuk sertai kami?

AddThis