Monday, October 5, 2015

Memang Susah Suami Nak Support Isteri Yang Breastfeed

Baru2 nie terbaca satu post yang diviralkan di fb berkaitan seorang suami yang sangat menyokong penyusuan susu ibu. Beliau kongsikan apa yang beliau buat untuk membantu isterinya setiap hari sepanjang tempoh menyusu. 

Penyusuan susu ibu bukanlah satu perkara yang mudah. Kadang2 saya sendiri rasa nak give up sebab terlalu penat. Penat sebab terpaksa konsisten dengan jadual mengepam di pejabat (3x ), sampai rumah dah jam 7malam, unpack semua barang2 anak kat nursery, nak kena basuh botol2 susu anak dan botol stok EBM, peralatan mengepam, packing barang anak ke nursery untuk keesokkan harinya. Tu tak termasuk kerja rumah yang lain lagi. Jam 10 malam semua wajib masuk bilik. 

Anak pulak nak direct feeding, nak kena suapkan makan pulak sebab dah mula makan solid food. Semua kena disiapkan dalam masa 3 jam sebelum tidur. Terkejar2 dibuatnya. Kalau nak dilistkan satu per satu, rasa banyaknyeee..Kalau suami dapat listkan sendiri mesti suami akan lebih sayangkan isteri kerana pengorbanan seorang isteri dalam mengeruskan rumah tangan dan membantu suami dari segi ekonomi sangat2 besar.

Kalau suami-suami dapat buat macam yang Saudara Hazim buat, mesti ibu-ibu akan rasa lebih bersemangat untuk teruskan penyusuan sehingga 2 tahun. Suami saya sangat menyokong penyusuan susu ibu. Tetapi sokongannya taklah sampai ke tahap seperti apa yang Saudara Hazim lakukan untuk isteri beliau. Teringin jugak nak suami buat macam tu kan:)).

-copy & paste-

Ni beberapa pesanan/tips kepada bapa2 sekalian untuk sama2 menjayakan penyusuan 2 tahun.

Antara rutin harian setiap malam bekerja adalah cuci botol dan pam susu. Mula2 dulu pakai yang manual je. Alasannya nak jimat. Tapi kesian betul kat isteri. Sape yg pernah guna manual pumping pasti merasainya. Lalu tukar kepada elektrik brand medela. Alhamdulillah tahan sampai sekarang beberapa tahun.

Tugas saya biasanya bermula selepas siap urus borang2 klien yang nak gandakan duit di Public Mutual. Kalau ada jumpa klien malam tu maka lewat sedikit saya cuci. Anak sulong dulu memang banyak botol kena cuci sebab stok ebm simpan dlm botol. Anak kedua guna plastic bag dan simpan dalam deep freezer. Tinggal botol2 yg bawa ke rumah pengasuh je lah.

Mencuci botol dan pam ni mudah je. Isteri pun boleh buat sendiri. Tapi sebagai suami maka tunjukkan kesungguhan untuk membantu isteri. Masa ni isteri boleh berehat sebab tengah malam nak bangun lagi. Saya pula bila dah tidur nyenyak sampai ke pagi. Keesokan paginya disiapkan pula beg pam utk dibawa ke tempat kerja.

Lagi satu kena ingat isteri menyusu badan akan sentiasa lapar. Maksudnya lapar lepas menyusu bukannya 24 jam lapar. Walaupun kita dah kenyang kena cari atau masak makanan bagi isteri kenyang juga. Kalau suami tak pandai masak beli je dan cari yg berkhasiat. Macam saya sudah sedia siap2 samada balik kerja atau waktu malam.

Seterusnya, saya memandaikan diri untuk menguruskan stok susu samada yang fresh atau ebm. Jika isteri keluar ada hal kena tinggal si kecil maka mudahlah untuk bagi susu ibu guna botol dan berapa suhu kena panaskan. Yang ni sangat penting untuk jaga nutrien dalam susu ibu.

Dan paling penting sekali adalah emosi ibu sewaktu menyusu direct atau semasa pumping. Sebagaimana semua orang tahu, hormon penenang sangat membantu dalam proses ini. Kadang2 saya hantar gambar anak tengah sengih2 kerana ia boleh menenangkan ibu terutama ketika waktu kerja.

Yalah kadang2 suami pun ada emosi juga terutama ketika penat tapi pandai2 lah cover dan ikut kesesuaian family itu sendiri.

Sekarang ni sudah ramai yg ada kesedaran untuk menyusu badan dan ia sudah tidak asing lagi termasuk di pasaraya juga sudah ada bilik menyusu. Pakaian sudah dijahit mesra breastfeed termasuk baju kurung.

Apapun semuanya bermula dari ilmu pengetahuan. Dari ilmu ini muncullah kesedaran dan tindakan akan datang kemudian. Tindakan2 ini pun berdasarkan ilmu. Rajinkan diri kita sebagai bapa dan suami untuk tambah ilmu penyusuan.

Kepada bapak2 dan suami2 marilah sama2 untuk membantu isteri di samping kedua-dua suami isteri mempunyai fikiran yang positif untuk menyusukan anak sehingga dua tahun. Suami bantu isteri pun senang hatilah dan bertambah-tambah sayang. Tidak rugi suami bersusah payah untuk bagi yang terbaik kepada anak2. 2 tahun sekejap je.

Credit To: FB Wan Hazim

Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

2 comments:

  1. baru sahaja beberapa hari lepas ada terbaca artikel tentang pekerja MAS yang bantu setupkan tempat untuk breastfeed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ramai yang semakin sedar akan kebaikan susu ibu. Suami banyak memainkan peranan dalam hal ini. Breastfed bukan benda mudah. sebab tu, si isteri perlukan sokongan penuh daripada suami. Lagipun, tugas suami untuk menyediakan makan/minum anak kan..jadi, tanggungjawab menyusu sebenarnya tanggungjawab si ayah. tak boleh dibiarkan si ibu sahaja bersusah payah.

      Delete

AddThis