Alhamdulillah..selepas 4hari, Alya sembuh dari demam. Kemuncak demam alya adalah pada hari ke3 suhu naik sehingga 39.1°c. Panik juga saya dan suami. Risau sangat2. Biasanya borderline untuk saya risau adalah 38.5°c. Kalau dah sampai borderline baru start bagi ubat demam Syr paracetamol atau ibuprofen(most preferred). Ketika suhu 39.1°c terus bagi Supp Voren dan sponging giler2. Mase tu jam 2-3pagi kot. Lepas suhu dah turun <38.5°c baru kitorang letak kepala untuk tidur. Selagi suhu tak turun memang tak tidur la jawabnya.
Keesokkan pagi, badan Alya dah tak berapa panas dah, jadi saya memang tak bagi ubat langsung. Bila malam dalam pukul 8mlm baru bagi ubat sebab saya kena kerja night shift. Bimbang suhu Alya makin naik nanti malam. Kesian abah dia kena jaga sorang2.
Tiba2 kul 6pagi suami wassap mesej cakap suhu Alya pagi tu 47.4°c. Menggeletar lutut mase tengah berdiri kat kaunter dispensing tu. Rase nak gugur jantung. Saya terkejut. Saya cakap kat suami, termometer rosak kot. Saya jadi tak tentu arah dah. Tibe suami mesej.."eh silap..typo la..37.4°c". Lega rasenye..boleh pulak typo kan;)).
Suami cakap dia tak bagi apa2 ubat sepanjang saya kerja malam tu. Keesokkanya pun badan Alya dah tak panas sampailah petang tu, mase nak mandikan Alya, bila bukak baju die baru nampak bintik2 merah timbul kat badan dia. Makin lama makin banyak naik ke leher dan sekeliling mulut. Saya cakap kat suami, nie mesti chicken pox berjangkit dengan nazhan (anak buah suami). Nasib baik anak2 yang lain dah kena chicken pox mase kecik. Kalau tak penat jugak nak jage 3orang sekali kan:).
Sebut pasal chicken pox nie, terus teringat 1 post yang viral kt fb tentang ubat Ibuprofen (kalau tak silap la) yang diberi kepada bayi yang dijangkiti chicken pox telah memberi kesan sampingan teruk kepada kulit. Sampai berlubang2 tempat blister timbul. Bile saya confirmkan dengan kawan pharmacist yang lain, Ibuprofen memang ada risiko untuk skin reaction (rare cases) kalau diberi semasa dijangkiti chicken pox.
Kali nie, saya nak kongsikan Dos and Donts semasa anak dijangkiti chicken pox:
Dos
1) Ambil langkah pencegahan untuk mengelakkan penyebaran jangkitan. Kebiasaanya Simptom akan mula timbul 8 -21 hari selepas terdedah dengan orang yang dijangkiti. Orang yang dijangkiti dengan virus chicken pox ini boleh menyebarkan virus seawal 3 hari sebelum rashes timbul dan sehingga bintik terakhir itu kering.
2) Beri keselesaan kepada anak. Mandi air suam 2-3x sehari. Mandian boleh dicampur dengan baking soda atau oatmeal untuk mengurangkan kegatalan. Atau ibu2 boleh campurkan mandian dengan beberapa titik Basic H Shaklee.
Klik untuk order: Basic H
3) Bersedia untuk bersabar melayan kerenah anak yang tidak selesa dengan keadaan dirinya disebabkan kegatalan kulit yang dialami.
4) Cuba untuk tenangkan anak supaya mereka tidak melakukan aktiviti yang menggalakkan pengeluaran peluh yang akan membuatkan mereka makin tidak selesa
5) Sapukan calamine lotion atau Herbal blend shaklee (multipurpose cream) untuk memberi kesan sejuk dan mendamaikan pada kulit gatal.
Klik untuk order: Herbal Blend
6) Hubungi doktor jika chicken pox semakin teruk dan menyebabkan anak anda kurang makan dan minum atau demam yang sangat tinggi suhunya.
Donts
1) Jangan menggaru. Menggaru akan meninggalkan parut.
2) Jangan habiskan masa dengan orang2 tua kerana orang tua lebih senang dijangkiti bila bersentuhan dengan orang yang dijangkiti chicken pox.
3) Jangan beri anak produk berasaskan aspirin (sejenis NSIADs tapi lain sikit) dan NSAIDs (nonsteroidal antiimflammatory drugs) seperti Ibuprofen kerana ia boleh menyebabkan komplikasi lain.
Semoga bermanfaat.
Baca lanjut: Petua hilangkan parut chicken pox dengan cepat.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
No comments:
Post a Comment