Menjadi rutin setiap pagi Ahad selepas solat subuh, saya akan mula mengepam untuk sediakan bekalan susu segar untuk Alya di nursery nanti. Alya kurang minum susu beku. Jadi saya akan bekalkan susu segar sahaja untuk dia.
Hari sabtu saya takkan mengepam. Hanya direct feeding sepanjang berada dirumah. Semasa mengepam baru saya perasan pam sebelah kanan macam takde suction je.
Breastpump Rosak ke?
Bunyi macam pam angin je. Sebelah lagi elok je..menitik-nitik susu jatuh dalam botol. Ini bukanlah kali pertama jadi macam nie. Motor pam berada dalam keadaan baik sebab suction yang keluar daripada tiub masih kuat terasa dikulit. Masalahnya timbul apabila suction tidak terasa pada breast.

Apa yang perlu diperiksa jika ini berlaku:
1) Periksa tiub penyambung antara motor dan corong pam disambung dengan baik. Jika ok,
2) Pastikan corong pam melekap pada breast dengan betul dan tertutup sempurna. Jika ok,
3) Periksa membrane pada valve tertutup sempurna atau tidak. Apabila membrane valve tidak tertutup sempurna, walaupun motor berfungsi dengan baik, kita tidak akan merasa suction pada breast. Ini berlaku kerana suction hanya akan berlaku dalam close system. Membrane valve sepatutnya terbuka sedikit hanya untuk mengalirkan susu ke dalam botol.
Apa punca membrane atau valve tidak tertutup rapat?

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ia berpunca daripada valve yang terkoyak semasa mencuci atau proses mencuci tidak dilakukan dengan baik sehingga meninggalkan sisa lemak susu di membrane yang menghalangnya untuk tertutup rapat.
Membrane valve tidak tertutup rapat adalah faktor utama dalam kebanyakan kes "tiada suction". Jika ini berlaku, ibu2 perlu menggantikan membrane valve yang baru. Kebiasaannya, kedai menjual pam atau alatan penyusuan juga menjual aksesori penyusuan seperti membrane valve.
Staf Pumponthego meminta suami menelefon saya supaya memeriksa keadaan valve terlebih dahulu. Ternyata, valve Spectra M1 dah koyak dan tak boleh tertutup rapat. So, tak jadi hantar servis. Hanya perlu beli valve baru sahaja. Logiknya pun takkan valve tu boleh pakai sampai anak lengkap menyusu sehingga 2 tahun kan. Mestilah kena tukar ganti jugak:)).
Berdasarkan pengalaman menyusu kali nie, membrane valve Malish Ilaria perlu ditukar setiap 3-4bulan. Berdasarkan survey sebelum membeli, pumpothego menawarkan harga membrane valve paling murah iaitu RM22/4pieces. Kalau nak beli boleh singgah www.pumpothego.com. Atau boleh PM di Fb pumponthego untuk maklumat lanjut.
Belajar daripada pengalaman.
Semoga bermanfaat.
Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
Assalam tq utk blog ni... sy pon tgh mngalami msalah sama, spectra M1.. balik ni nk check :)
ReplyDeletesalam..sy pn mengalami mslh suction x kuat pd sebelah spectra m1 sy..dh tukar membrane pn sama jgk..so skrg kalu kt tmpt keje,sblh guna manual,sblh lg elektrik..
ReplyDeletealhamdulillah,mslh dh selesai..tukar valve..
Deletetq krn buat post ni..
Alhamdulillah..terima kasih atas post...huhu...nasib baik tak payah beli pam baru.
ReplyDeleteThank you so much! Problem solved. Much appreciate.
ReplyDeletetq sis kerana berkongsi ilmu.. info yg sgt2 bernilai...
ReplyDeleteSalam.sis.saya ada pam bliss autumnz..motor ada api,ada bunyi..tapi takde suction.boleh tahu apa masalahnya..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Sy baru beli pam jenis chager tak smpai sebulan agin dia x keluar.. Getah dia hanya menyedut dan kecut.. Motor berbunyu dgn baik..
ReplyDelete