Tuesday, October 27, 2015

Syukur Malaysia Masih Aman

Tak silap saya ini merupakan minggu ke4 kami satu keluarga ber'wiken' dirumah. 2minggu pertama jerebu teruk. Jadi malas nak dedahkan anak kepada udara tidak sihat. Minggu ke3 saya kena kerja night shift. Biasanya kalau kerja night shift semasa wiken, saya takkan keluar jalan2, hanya habiskan masa untuk berehat dirumah. Minggu ke4, saya tak kerja night shift pun. Jerebu pun dah beransur pulih tapi saya memilih untuk berada dirumah.

Kalau sebelum nie, pantang wiken mesti ajak suami pergi shopping mall. Kalau takde duit nak shopping pun, dapat window shopping pun lega rase..hilang stress kan:))

Tapi sejak kebelakangan nie, makin banyak jenayah2 yang berlaku di malaysia nie terutamanya kes penculikan kanak2. Depan mata kita pun orang boleh bawak lari..sape tak kecut perut kan. Target utama adalah ibu2 yang bersendiriam dengan anak kecik. Dalam shopping mall pun diorang boleh buat operasi culik budak...ngerinyeee..

Semua ini buat saya tawar hati nak keluar rumah terutamanya untuk bawak anak2 bersama2.

Ya Allah..Malaysia masih aman???

Mungkin betul.

Aman dalam ertikata tiada pencerobohan kuasa luar, tiada peperangan, tiada puak syiah yang tanpa rasa bersalah membunuh orang Islam sunni termasuk anak kecil yang tak berdosa, takde kepungan ketat sehingga kematian akibat kebuluran, tiada jet2 pejuang yang berlegar diruang angkasa untuk mensasarkan bom untuk membunuh orang awam, tidak perlu meninggalkan negara tercinta dibawah pemimpin yang kejam sehingga sanggup mengorbankan nyawa untuk selamatkan nyawa.

Ya Allah..Malaysia masih aman???

Dimana letaknya belas kasihan manusia yang sanggup menculik anak2 kecil untuk diseludup ke luar negara?

Mungkin mereka tidak punyai hati perasaan?
Atau mungkin mereka takde adik, atau anak seperti kanak2 malang itu?
Atau mereka tak pernah jadi budak kecil yang tak tahu apa2?
Atau mereka hidup keseorangan tanpa kasih sayang?

Sedih bila melihat penjenayah adalah seorang melayu Islam. Adakah mereka Islam hanya pada nama?

Mereka lupa mereka juga akan mati. 
Mereka lupa dunia ini hanyalah tempat persinggahan.
Mereka lupa diakhirat nanti mereka akan diadili seadil2nya.

Apa punca semua ini?

Mungkin ini bala Allah kepada kita yang selalu kufur nikmatNya. Maksiat merata2 dan Islam tidak dijadikan cara hidup kita sepenuhnya.

Ya Allah..ampuni kami Ya Allah..rahmati kami Ya Allah.. Lindungilah kami daripada perbuatan jahat manusia yang berniat jahat kepada kami.

No comments:

Post a Comment

AddThis