Sunday, October 11, 2015

Demam Denggi: Perangi Aedes habis-habisan!!!

Analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa kes denggi di seluruh negara untuk minggu lepas (iaitu minggu ke-38, dari 20 hingga 26 September 2015) menunjukkan tren penurunan kes. Pada minggu ke-38, sebanyak 1,934 kes denggi dilaporkan berbanding 2,322 kes pada minggu sebelumnya.

Jumlah kumulatif kes demam denggi di seluruh negara dari Januari sehingga 26 September 2015 adalah 89,744 kes, berbanding 74,335 kes bagi tempoh yang sama pada 2014, iaitu peningkatan sebanyak 20.7% (15,409 kes).


Manakala untuk kematian denggi, sebanyak tiga (3) kematian dilaporkan pada minggu lepas. Jumlah kumulatif kematian Denggi dari Januari sehingga 26 September 2015 adalah sebanyak 244 kematian, berbanding 143 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2014, iaitu meningkat sebanyak 101 kematian (70.6%).
Demam denggi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi. Ia berjangkit melalui gigitan nyamuk aedes dan tiada ubat khusus untuk merawatnya.

Tanda-tanda demam denggi:
1) kerap muntah
2) sakit perut
3) pening atau berasa gelisah.
4) pucat atau berasa sehjuk bila kulit disentuh.
5) sesak nafas

6) pendarahan; bontik atau tompok merah pada kulit, pendarahan pada hidung atau gusi, muntah darah, najis berwarna hitam, haid yang banyak atau pendarahan pada faraj.

Gempur Aedes semudah 1,2,3.

Kitaran hidup nyamuk aedes dari telur menjadi nyamuk dewasa hanya mengambil masa selama 7 hari.

Anda boleh memutuskan kitaran hidup nyamuk aedes dengan mengahpuskan tempat2 pembiakan jentik-jentik di dalam dan diluar premis. Sekiranya terdapat pembiakan nyamuk aedes didalam dan/atau di luar rumah, anda boleh didenda sehingga RM50000 mengikut akta Pemusnahan Serangga pembawa Penyakit (pindan 2000).

Langkah 1: lakukan SATU kali setiap minggu
Langkah 2: Lakukan di DUA tempat iaitu dalam dan luar premis/
Langkah 3: lakukan TIGA tindakan iaitu periksa, cari dan musnahkan bekas2 nyamuk aedes.

Tempat Pembiakan Jentik-jentik dan tindakan anda.

Di dalam rumah.
1) Kolah air.
-berus dan cuci satu kali setiap minggu atau
-letakkan bahan pembunuh jentik-jentik.
2) Bekas Jambangan Bunga.
-berus dan salin airnya satu kali setiap minggu atau
-letakkan bahan pembunuh jentik-jentik atau
-gunakan gel sebagai pengganti air.
3) Pam tandas
-jika rosak baiki segera atau
-tutup dengan rapat atau
-bubuh pembunuh jentik-jentik.

Di luar rumah
1) Bakas makanan polisterin
-buang dalam tong sampah yang bertutup.
2) Botol dan tin
-kumpul dan hapuskan dengan sempurna atau
-letakkan ditempat yang terlindung daripada hujan.
3) Tayar
-letak ditempat yang terlindung daripada hujan atau
-letakkan bahan pembunuh jentik-jentik atau
-susun dan tutup rapat di bahagian atas.

Panduan pemantauan dan penjagaan pesakit di rumah.

Apa yang anda perlu lakukan:
1) Berehat secukupnya
2) Banyakkan minum cecair seperti susu, jus buah-buahhan, minuman isotonik dan air barli (minum melebihi 5 gelas). Minum air kosong sahaja tidak mencukupi.
-makan ubat demam seperti paracetamol mengikut nasihat doktor.
sponging atau lap badan dengan kain basah untuk menurunkan suhu badan.
3) Sembur racun serangga (aerosol) atau gunakan kelambu untuk mengelakkan gigitan nyamuk.
4) Cari dan hapus tempat-tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes di dalam dan di luar rumah.
5) Beri kerjasama kepada anggota kesihatan semasa aktiviti semburan (fogging/ULV dengan:
-buka semua tingkap dan pintu
-berada diluar rumah dan bawa bersama binatang peliharaan.

Baca lanjut: Cara Rawat Demam Denggi.

Apa yang perlu dielakkan:
1) Jangan ambil ubat tahan sakit seperti aspirin, mefenamic asid (ponstan) atau steroid.
2) Tidak perlu mengambil antibiotik.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com



No comments:

Post a Comment

AddThis