Saturday, September 20, 2014

Anak Batuk Dan Selsema Sebab Jerebu


Sekarang musim budak2 demam selsema kan...sebab jerebu ke?

Risau athirah dgn zulfa pun terkena jugak..pasni kena konsisten kasi Omegaguard la..Omegaguard ni terdiri daripada minyak ikan yang kaya dengan DHA & EPA yang bagus untuk meningkatkan sistem imun.

Biasanya saya picit omegaguard campur dalam bubur nasi diorang je..diorang suke makan bubur nasi ikan...rasa macam bubur lambuk je..cume takde pucuk midin je:)..Adakalanya saya campur je dalam susu diorang..


Selain omegaguard, supplement lain yang boleh kuatkan sistem imun adalah Nutriferon. Tapi buat masa ni stok limited sangat2..nak order pun  takde stok lagi..terpaksela korbankan beberapa sachet yang tinggal kat umah ni..semua demi anak2:)

Jom kita ambil tahu fakta berkaitan jerebu.

Sumber http://www.infosihat.gov.my/

Apakah jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel yang kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan tearpung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan  jarak pandangan mata kasar.

Punca2:

1) Pembakaran secara terbuka.
2) Asap dari kilang
3) Asap dari kenderaan

Tanda dan gejala kesan jerebu kepada kesihatan:

1) Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
2) Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
3) Mata terasa pedih dan berair
4) Hidung berair dan kerap bersin
5) Kulit badan terasa gatal-gatal
6) Terasa sakit dada

Golongan berisiko tinggi untuk dapat kesan buruk daripada Jerebu:
1) Kanak-kanak
2) Orang tua
3) Mereka yang mengalami penyakit asma, bromkitis, radangparu-paru, jantung dan alahan.
4) Perokok
5) Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat dan rumah

Pencegahan yang boleh diambil:
1) Pakai penutup hidung terutamanya penunggang motosikal dan mereka yang nekerja di luar bangunan atau tempat-tempat berhabuk.
2) Jangan merokok di dalam rumah (Berhenti merokok adalah lebih baik)
3) Tinggal dalam rumah atau bangunan.
4) Kurangkan aktiviti luar.
5) Sentiasa membasuh muka dan kulit yang terdedah kepada jerebu.
6) Gunakan kenderaan berhawa dingin.
7) Minum banyak air.
8) Mereka yang berisikop tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan jerebu.

Cegah Lagi Baik Dari Merawat.

Klik Untuk Order: Omegaguard & Nutriferon


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis