Monday, September 15, 2014

Lecithin Atasi Bengkak Susu


Saluran susu tersumbat (Bengkak Susu)

Saluran susu tersumbat didalam payudara akan mengakibatkan kehadiran  'lump' yang lembut dan rasa sakit. Jika dibiarkan tidak dirawat ia akan bertukar menjadi mastitis (keradangan pada kelenjar susu yang biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria).

Sumber 1: Mastitis--Plugged Ducts and Breast Infections. Bonnie, T.P. & Pennsylvania. USA. LEAVEN, Vol. 29 No. 2, March-April 1993, pp. 19-21, 26.

Hasil kajian menunjukkan wanita yang mengalami masalah saluran susu tersumbat (bengkak susu) yang kronik perlu mengubah cara pemakanan mereka. Sebilangan wanita yang mengurangkan pengambilan atau tidak mengambil langsung lemak tepu dalam diet harian mereka kurang mengalami saluran susu tersumbat. Pengkaji mencadangkan penambahan 1 sudu besar lecithin sehari dalam diet harian mereka untuk membantu wanita mengurangkan masalah saluran susu tersumbat. 








Sumber 2: BREAST FEEDING MANAGEMENT FOR TERM AND PRETERM INFANTS. PERINATAL SERVICE LINE. NEONATAL DEPARTMENT. KAISER PERMANENTE – VALLEJO. Effective Date: 8/98. Revision Date: 8/04, 11/05 



Dalam SOP ni macam2 maklumat yang ada berkaitan breastfeeding. Tapi hari ni saya nak kongsikan maklumat berkaitan "plugged Ducts" atau saluran susu tersumbat (bengkak susu) sahaja. Kalau diberi kesempatan saya kongsikan yang lain.

Apa yang perlu dilakukan jika berlaku bengkak susu:

1) Tuam panas beberapa kali sehari terutamanya sebelum menyusu akan melegakan saluran susu tersumbat.

2) Tuam panas boleh dibuat menggunakan kain kecil yang direndam dalam air panas, diperah dan dituam pada tempat berkenaan. Cara lain untuk membekalkan haba yang berterusan pada payudara adalah dengan berendam  dalam bathtub.

3) Menyusu secara kerap atau pam setiap 2 jam sehingga simptom hilang.



4) Urut secara lembut sebelum dan semasa menyusu boleh membantu mengosongkan saluran susu yang tersumbat.


5) Menyusu dalam posisi dagu dan hidung bayi terarah kepada saluran susu yang tersumbat atau tempat berkenaan akan membantu hisapan yang kuat dimana ia akan membantu mengosongkan saluran susu tersumbat.


6) Proses mengepam dan mengeluarkan susu akan melegakan saluran susu tersumbat atau memastikan payudara kekal penuh tanpa rasa sakit. Perahan tangan atau menggunakan pam bergred hospital adalah cara yang paling berkesan.


7) Penggunaan ubat tahan sakit adalah disyorkan sekiranya perlu. 'plug' dihujung puting boleh jadi lebih menyakitkan.


8) Minum banyak air. Kekurangan air akan memanjangkan kehadiran 'plug'.


9) Elakkan pakai bra yang berdawai.


10) Rehat yang cukup. Saluran susu tersumbat biasanya terjadi jika ibu kepenatan.

11) Saluran susu tersumbat yang kronik: Boleh amalkan pengambilan Lecithin 1 sudu besar sehari atau seperti yang dicadangkan pada label  pembungkusan. 



Klik untuk order: Lecithin


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID : 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis