Sunday, September 14, 2014

Hebatnya Susu Ibu: Susu Awal Dan Susu Akhir


Foremilk dan Hindmilk?



Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu susu awal (foremilk ) dan susu akhir (hindmilk ).

Apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair (mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yang berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi. Manakala di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk ) dan lemak yang tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yang tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.

Kedua-dua komponen ni sangat penting untuk bayi. Jadi, kalau kita sering bertukar-tukar payudara pada masa sekejap bayi cuma akan dapat susu cair dan tak dapat khasiat sepenuhnya. Supaya bayi dapat khasiat sepenuhnya, susukan bayi sekurang-kurangnya 15-20 minit untuk sebelah payudara. Kalau bayi boleh minum sampai payudara betul-betul kosong lebih baik. Kemudian baru beri sebelah lagi kalau bayi masih lapar. Jika bayi sudah kenyang, yang sebelah bolehlah diperah untuk dijadikan stok supaya payudara tidak bengkak sebelah.

Allah telah jadikan susu ibu sangat istimewa. Komponen susu ibu dijadikan berbeza mengikut cuaca, umur malah bayi itu sendiri. Semasa cuaca panas susu awal akan lebih banyak dan membolehkan bayi menghilangkan dahaga. Manakala, masa sejuk susu pekat lebih banyak untuk menambah lemak.

Susu seorang ibu dengan ibu yang lain pun ada berbeza sedikit apatah lagi kalau diberi susu formula. Oleh itu susu yang paling baik adalah susu dari ibu bayi sendiri. Paling baik secara direct breastfeeding, kemudian susu perahan fresh, diikuti susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan. Kemudian barulah susu ibu dari ibu yang lain.

Credit to : https://www.facebook.com/Breastpumpevelove

Semoga bermanfaat.



No comments:

Post a Comment

AddThis