Teknik Power Pumping ini adalah satu teknik dimana kita cuba ‘meniru’ keadaan seolah-olah anak kita sedang mengalami 'growth spurt'. Biasanya waktu bayi sedang mengalami growth spurt, bayi akan menyusu dengan lebih kerap dan lebih lama. Ini akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak susu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu.
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu – akibat daripada perubahan hormon, datang haid , kurang mengepam etc.
Ingat konsep ‘supply and demand‘?
Teknik Power Pumping ini menggunakan konsep tersebut di mana payu dara akan dikosongkan dengan kerap supaya ianya diisi dengan lebih kerap.
Bagaimana Cara Buat Power Pumping?
Walaupun teknik ini bunyinya menarik, ia bukanlah satu teknik yang perlu diamalkan secara konsisten bagi menggantikan sesi penyusuan yang biasa. Anda hanya perlu gunakan teknik ini apabila ingin 'boost' kembali penghasilan susu badan.
Teknik ini memerlukan masa selama satu jam dan perlu dibuat selama 3-7 hari (bergantung kepada individu). Disarankan buat power pumping ini hanya sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni. Boleh juga cuba fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang hujung minggu, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays).
Caranya:
1. Pam selama 20 minit & rehat selama 10 minit
2. Pam selama 10 minit & rehat selama 10 minit
3. Pam selama 10 minit
Secara keseluruhan, anda perlu mengepam selama 40 minit dalam masa satu jam.
Berapa Lama Saya Perlu Tunggu Untuk Nampak Hasil?
Berapa cepat nampak hasil bergantung kepada orang. Ada yang boleh dapat hasil sepantas 48 jam. Ada yang perlu tunggu 3-4 hari. Dan ada yang perlu bersabar selama seminggu. Yang penting, si ibu tidak boleh mudah putus asa dan perlu konsisten melakukan teknik ini sehingga nampak hasilnya.
Tips Untuk Menjayakan Teknik Power Pumping
1. Jangan stress dan sedih kalau masa anda mula-mula pam, anda hanya pam angin. Anda perlu konsisten dan teruskan usaha.
2. Elakkan melihat jumlah susu yang terkumpul semasa anda pam. Ingat, tujuan teknik ini adalah untuk merangsang badan menghasilkan lebih banyak susu.
3. Gunakan breastpump yang berkualiti akan lebih memudahkan Power Pumping anda.
4. Pastikan emosi anda sewaktu melakukan Power Pumping adalah ceria dan 'stress-free' supaya hormon prolaktin mudah terhasil. Boleh cuba dengar lagu-lagu yang mendamaikan ataupun tengok gambar / video anak anda.
5. Lakukan teknik Power Pumping di tempat yang selesa sebab anda memerlukan masa selama 1 jam.
Boleh sediakan bahan bacaan supaya anda tak kebosanan dan juga air untuk memastikan anda tak haus.
6. Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45 minit ke 1 jam selepas pengambilannya.
7. Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, ia akan membantu rangsangan.
Bagi yang Muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain mengepam, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan Power Pumping. Ketenangan hati dan minda akan membuahkan hasil yang lebih.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment