Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hari ini saya nak kongsikan 2 jurnal yang saya jumpa berkaitan asid lemak omega 3, wanita hamil dan kelahiran pra-matang.
Sumber 1: Women and Omega-3 Fatty Acids. Saldeen, Saldeen & Tom. Obstetrical & Gynecological Survey: October 2004 - Volume 59 - Issue 10 - pp 722-730
Asid lemak Omega 3 adalah salah satu bahan dalam semua sel membran dalam badan dan merupakan prekursor untuk penghasilan hormon eicosanoids yang mana penting untuk mencegah dan merawat banyak penyakit terutamanya pada wanita. Asid lemak omega 3 menjadi faktor tumpuan dalam kebanyakan masalah kesihatan pada wanita. salah satu mekanisma yang terlibat dalam dysmenorrhea adalah gangguan dalam keseimbangan antara anti-inflamasi, asid lemak omega 3 politaktepu yang menghasilkan eicosanoid Vasodilator dan pro-inflamasi.
Peningkatan dalam pengambilan asid lemak omega 3 akan membantu memudahkan proses mengandung bagi wanita yang ada masalah kesuburan dengan meningkatkan pengaliran darah pada rahim.
Sumber 2: Primary, secondary, and tertiary interventions to reduce the morbidity and mortality of preterm birth. Jay, D.I,.Roberto R., Jennifer F.C. & Robert L.G. Lancet 2008; 371: 164–75.
Kajian percubaan yang melibatkan Supplement asid lemak omega 3 poli-tak tepu telah dijalan untuk membuktikan kadar kelahiran pra-matang yang rendah dikalangan populasi yang mengambil diet yang tinggi dengan asid lemak omega 3 poli-tak tepu.
Mekanisma yang dijangkakan adalah asid lemak omega 3 poli-tak tepu mengurangkan kepekatan pro-inflamasi cytokines. Supplement diet dengan asid lemak omega 3 politaktepu berkait rapat dengan pengurangan penghasilan perantara inflamasi, dan kajian rawak supplement omega 3 yang diambil oleh wanita yang berisiko untuk melahirkan bayi pra-matang menunjukkan 50% penurunan dalam kadar kelahuiran pra-matang.
Kajian rawak seterusnya yang melibatkan minyak ikan menunjukkan penurunan dalam kejadian kelahiran pra-matang kali kedua.
Klik untuk order:Omegaguard Shaklee
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
No comments:
Post a Comment