Sunday, September 13, 2015

Cegah Penyakit Dengan Makanan Dalam Diet Harian

Baru2 ini saya ada baca artikel di internet berkaitan pencegahan penyakit dengan makanan dalam diet harian. Disini saya kongsikan info yang saya dapat.

Soya bagus untuk turunkan paras kolestrol. 

Betul ke?

Kajian menunjukkan soya sangat efektif dalam menurunkan kolestrol dalam darah. Diet yang betul boleh menurunkan kolestrol sama seperti yang dilakukan oleh ubat anti-kolestrol. 

Berdasarkan kajian yang dilaporkan pada July 2003 dalam The Journal of the American Medical Association, kajian yang mengambil masa selama 4 minggu itu mendapati diet yang terdiri daripada fiber soya, protein daripada oats dan barli, badam dan marjerin daripada sterol tumbuhan boleh menurunkan kolestrol sebanyak yang diturunkan oleh statins (statins adalah anti-kolestrol yang banyak digunakan di hospital pada masa kini). Kacang soya sendiri membekalkan protein yang berkualiti tinggi, rendah lemak tepu dan tiada kolestrol menjadikan soya sebagai makanan sihat yang bagus untuk pesakit jantung. Untuk menurunkan kolestrol, American Heart Association mencadangkan pengambilan 3 atau lebih hidangan soya protein sehari (10 gram soya protein setiap hidangan).
ESP Shaklee dihasil daripada soya Non-GMO Soya Protein. Setiap hidangan ESP membekalkan 14gram protein, 8 gram karbohidrat dan 500 gram Kalsium. ESP juga mempunyai indeks glisemik yang rendah yang memberi perubahan yang kecil kepada paras glukosa dalam darah dan meberi rasa kenyang lebih lama.

Lindungi sel dan jantung dengan "Superfoods" yang tinggi antioksidan.

Bila sebut "superfood", mesti ramai yang dah terbayangkan makanan yang berwarna.  Contohnya makanan 'superfood' adalah makanan yang berwarna biru gelap, unggu, merah, hiajua dan oren. Carotenoids dan anthocyanins yang memberi warna kepada makanan ini mengandungi nutrient yang menggalakkan kesihatan yang baik (health-enhancing nutrients) yang melindungi kita daripada penyakit jantung dan kanser. 
Antara "superfood" yang boleh anda cuba adalah:

1) Hijau gelap: Alfalfa (bersifat alkali), brokoli membantu dalam mencegah kanser, bayam dan 'kale' sebagai sumber kalsium yang bagus. 
2) Merah: tomato merah, terutamanya yang dah masak menjadi sumber yang bagus untuk lycopeine yang membantu mencegah kanser prostat dan serviks. 
3) Oren/kuning: Lobak merah, keledek dan keladi yang bagus untuk kesihatan peparu dan menolong melawan kanser kulit. 
4) Biru gelap/ungu: terung, plum, blueberi, blackberi (strawberi, raspberi dan ceri) menurunkan risiko penyakit jantung dengan membantu hati menyerap lebihan kolestrol dan juga memperbaiki fungsi otak.

Nak senang boleh minum 1 sudu kecil vivix setiap hari. Kaya dengan polifenol dan Resveratrol yang tinggi antioksida. 

Vivix bertindak dalam 4 mekanisma utama:
1) Membaiki DNA.
2) Mengurangkan keradangan.
3) Meningkatkan penghasilan tenaga.
4) Mencegah penghasilan AGE protein.
Semakin meningkat usia, jumlah mineral dalam tulang akan merosot. Pengambilan kalsium yang rendah akan meningkat risiko osteoporosis dan boleh menyebabkan tulang rapuh/patah .

Produk tenusu adalah sumber terbaik kalsium. Pilih skim milk, yougurt rendah lemak dan keju rendah lemak untuk mengelakkan lemka tepu. Satu hidangan boleh membekalkan anda dengan 20% daripada 1200mg  kalsium yang anda perlukan sehari. Anda juga boleh menambah kalsium dalam diet harian dengan mengambil bjirin yang diperkaya dengan kalsium dan jus oren. Sayuran yang berwarna hijau gelap, kekacang, ikan sardin juga mengandungi kalsium.

Nak senang boleh telan Ostematrix je:)). Ostemetrix bukan sekadar kalsium.

Air untuk tenaga dan kulit.

Kita memerlukan air untuk membuang semua toksin (detox), memastikan tisu2 badan kekal hidrat dan bertenaga. Air juga penting apabila kita mengambil makanan yang tinggi fiber untuk memastikan fiber bertindak sebaiknya.

Kalau tak suka minum air kosong, boleh tambahkan hirisan lemon, limau nipis atau oren atau boleh tambahkan daun pudina untuk rasa lebih segar.
Senang tak nak amalkan semua ni? Kalau setakat minum air 2-3 liter sehari apalah sangat kan..tak susah pun..Kalau malas nak makan 'superfood', boleh ambil supplement yang kaya antioksidan seperti Vivix. Selain itu juga, anda boleh amalkan Alfalfa complex, Carotomax, Vita C SR dan Vita E Complex. Semua supplement tu tinggi kandungan antioksidan. 

Apalah nilai duit nak dibandingkan dengan kesihatan kita. Sekali nikmat sihat ditarik balik, duit dah takde nilainya. Mencegah itu jauh lebih mudah dan murah berbanding kos perubatan bila dah sakit.

Masih berkira2?


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Friday, September 11, 2015

Diabetes (Kencing Manis): Panduan Dan Tips Kesihatan

Baru2 ini , rakan fb kongsikan kisah seorang pesakit Diabetes Kencing manis yang pada awalnya mempunyai HbA1c 13.6% (sasaran normal < 6.5%), akhirnya sembuh daripada Diabetes dengan HbA1c  5.5% selepas 6 bulan tidak mengambil sebarang ubat yang dipreskrib oleh doktor.

Menarik kan?

Dalam kebanyakkan kes, biasanya penyakit Diabetes tidak akan sembuh dan pesakit terpaksa makan ubat atau cucuk insulin sehingga ke ahir hayat. 

Tapi, tiada yang mustahil kan. Allah pun sudah janjikan, setiap penyakit, jika kena dengan ubatnya, maka sembuhlah ia..

Kronologi kisah pesakit tersebut:

29 Jan 2015: Dikesan ada Diabetes, HbA1c 13.6%.

Ubat yang dipreskrib oleh doktor:
1) Metformin 500mg x 2 biji x 2 kali sehari
2) Simvastatin 40mg 1/2 biji x 1 kali sehari
3) Insuman Comb 30 100 UI/ml (insulin) 14 unit x 2 kali sehari

27 hb Februari 2015: Berhenti ambil semua ubat yang dipreskrib oleh doktor  . Ujian darah dilakukan sendiri setiap hari dan meneruskan temujanji di klinik seperti biasa. 

Selepas 6 bulan tau lebih tidak makan ubat hospital dan mengamalkan diet yang strict: HbA1c  5.5%, penglihatan dan 'Erectile dysfunction' kembali normal.

* Diabetes tidak terkawal akan membawa kepada komplikasi melibatkan kerosakan saraf mata, mengganggu fungsi seksual dan yang semua orang tahu kerosakan buah pinggang sehingga perlu menjalani dialisis.

Diet strict yang diamalkan oleh pesakit ini adalah:

1) Elakkan tiga unsur ini secara TOTAL - Gula, Beras biasa dan Gandum biasa.

Pesakit memang mengelak unsur-unsur ini secara TOTAL, pada tahap yang sangat extreme. Pesakit tidak mengambil gula walaupun sebutir. Bukan itu sahaja, segala makanan yang ada gula di dalamnya juga ditolak. Walaupun penggunaan gula di dalam makanan itu amat sedikit, memang pesakit tidak akan memakannya. Begitu juga makanan yang ada unsur tepung beras dan gandum.

Ringkasnya, jika masuk pasaraya mencari produk-produk makanan yang boleh dimakan, memang tidak jumpa. Hampir kesemua produk-produk makanan yang ada mesti ada unsur gula, beras atau tepung. Ini termasuklah juga sebarang jenis sos seperti sos tomato, sos cili, sos tiram, sos black pepper, kicap  dan sebagainya mesti ada gula di dalamnya.

Begitu juga jika masuk ke kedai makan, memang tiada makanan yang boleh di makan pun...

Maka, pesakit hanya makan makanan yang dimasak di rumah sendiri. Langsung tidak makan di sebarang kedai atau restoran kerana pesakit tidak yakin tukang masak meletakkan gula atau tidak di dalam masakan mereka. 

Selain dari 3 unsur di atas, pesakit juga berhenti makan sebarang perisa makanan seperti ajinomoto. 

Badan kita perlukan tenaga dalam bentuk gula ringkas (glukosa dan lain-lain). Tapi tidak semestinya daripada gula putih. Semua makanan yang berkarbohidrat juga akan ditukarkan kepada gula (glukosa). Pesakit tidak pantang semua jenis buah-buahan, maka sumber gula pesakit datang daripada buah-buahan.

2) Hanya makan nasi beras perang organik dan beras ponni/basmathi organik.

Nasi beras perang memang tidak sedap. Tetapi apabila dicampur dengan beras ponni/basmati 50-50, insyaAllah lama-lama sudah biasa, akan rasa sedap. Diet pesakit hanya beras ini sahaja. Orang melayu mana boleh tidak makan beras langsungkan. Tetapi beras biasa memang saya tidak sentuh walaupun sebiji.

https://www.facebook.com/notes/halim-bede/diet-melawan-kencing-manis-tanpa-ubat/1139914986038533?pnref=story

Kesimpulannya, sebagai ikhtiar menyembuhkan Diabetes tanpa ubat, boleh amalkan diet seperti dibawah:

1. Tidak mengambil sebarang gula mahupun gula alternatif.
2. Tidak mengambil sebarang makanan terproses yang mengandungi gula.
3. Bertukar kepada beras perang.
4. Tidak mengambil sebarang makanan daripada tepung gandum (gluten free).


Semoga bermanfaat.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No Id:1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Wednesday, September 9, 2015

Cuti Menyusu Dilanjutkan Bergaji Penuh Atau Separuh Gaji: Wajarkah?

Ibu2 masih ingat tema Minggu Penyusuan tahun nie?

Baru2 nie terbaca satu post dekat fb berkaitan cuti menyusu bergaji penuh atau separuh gaji.

Cuti menyusu bergaji penuh atau separuh gaji: Wajarkah?

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan berkhidmat dalam sektor kerajaan dan diberi kelayakan untuk menikmati cuti bersalin sehingga 3bulan bergaji penuh (10 bulan sepanjang perkhidmatan). Kerajaan juga amat memahami keadaan ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif sehingga 6 bulan dengan membenarkan ibu2 untuk menyambung cuti menjaga anak (tanpa gaji) sehingga anak berumur enam bulan atau maksimum sehingga anak berumur 5tahun. 

Ada segelintir ibu2 menyokong jika pihak kerajaan memberi cuti bergaji penuh atau separuh  gaji untuk 3 bulan tambahan. Saya terdiam. Terfikir sendiri. 

Cuti menyusu bergaji penuh atau separuh gaji: Wajarkah?

Kenapa pihak kerajaan perlu membayar kita untuk menyusukan anak sendiri? 
Tidak cukupkah keistimewaan yang kerajaan bagi untuk ibu2? 
Tidak cukupkah pelepasan yang pihak kerajan beri unutk melanjutkan cuti menyusu tanpa gaji sehingga anak berumur 6 bulan? 
Kalau nak lanjutkan lagi sehingga 5 tahun pun boleh, tapi TANPA GAJI. Itu pun masih belum cukupkah?

SAYA BUKAN PENYOKONG KERAJAAN. Tapi...

Duit gaji kita dibayar dengan menggunakan duit rakyat yang membayar cukai. Takkan nak menyusukan anak sendiri pun rakyat perlu 'bayar' untuk kita? Besar sangat ke jasa kita kepada rakyat?

Saya bersyukur dengan apa yang pihak kerajaan telah beri kepada ibu2 bersalin dan menyusu. Bersyukur diberi kebenaran untuk menggunakan waktu pejabat untuk mengepam. Saya hanya berkesempatan mengepam di pejabat 2 kali sehari sahaja. Sesi pertama, jam 10 pagi. Saya gunakan masa kerja saya selama 30minit (set up, pam , cuci) sehari untuk mengepam. Untuk sesi ke2, saya pam semasa waktu makan tengahari. 

Tak cukup lagikah 30minit sehari tu?
Kalau rakyat Malaysia nak minta ibu2 bayar untuk '30minit' masa yang digunakan untuk mengepam tu, mampukah kita untuk bayar balik 'masa' tu?

Pendek cakap, nak berjaya dalam penyusuan susu ibu bukan sahaja perlukan "pelepasan" atau keistimewaan daripada pihak kerajaan semata-mata tetapi banyak bergantung kepada diri kita sendiri. Perlukan pengorbanan daripada diri kita sendiri.

Walaupun bekerja, ibu2 masih boleh mematuhi konsep demand and supply. Boleh pam secara konsisten setiap 2-3jam   Dengan syarat tidak mengganggu waktu kerja.

Bagi yang bekerja dimeja sendiri, ibu2 boleh mengepam dimeja sambil membuat kerja. Pelbagai jenis pam yang ada dipasaran sekarang yang bunyi motornya sangat perlahan sehinggakan rakan sebelah tak perasan pun kita sedang mengepam. 
Nursing cover pelbagai corak dan bentuk juga boleh didapati dengan mudah untuk menutup aurat ibu2 ketika mengepam. Kalau dah pakai baju longgar dan bertudung labuh tak perlu la nak pakai nursing cover.

Nak seribu daya kan? 

Tak perlu nak tunggu kerajaan bagi cuti menyusu bergaji penuh atau separuh gaji baru nak berjaya susukan anak sendiri secara eksklusif.

Bagi ibu2 macam saya yang bekerja dikaunter, boleh pam menggunakan freemie yang terus dipasang pada breast tanpa perlu kita pegang dengan tangan. Sambil ber'freemie' sambil buat dispensing kan:).

Alhamdulillah, stok susu saya semasa dalam cuti bersalin melimpah ruah sampai penuh deep freezer. Terpaksa bagi kat anak susuan untuk clearkan stok beku yang lama untuk digantikan dengan stok yang baru. Semasa saya masuk kerja selepas 4bulan saya cuti bersalin, stok beku tak terusik pun. 

Jadi, ibu2 jangan jeles kalau saya hanya pam 2 kali je kat pejabat. Walaupun hanya pam 2 kali di pejabat, saya masih mampu membekalkan susu segar kepada anak daya dinursery. Kalau tak cukup pun, saya boleh topup dengan susu beku walaupun tak sampai hati sebenarnya :((

Masa awal2 mula kerja dulu, saya pam 5kali sehari  iaitu sebelum subuh-10am-lunch hour-5.30pm-sebelum tidur. Tapi akhirnya kecundang sebab tak larat. Ditambah lagi stok susu saya banyak lagi. Saya pun malas nak bekukan susu lagi sebab freezer dah penuh. Mungkin kalau lepas ni stok beku saya dah nak habis, saya akan kembali pada jadual mengepam seperti awal2 dulu.

Pokok pangkalnya kena usaha. Jangan harapkan orang lain. Konsep demand and supply wajib dipatuhi disesuaikan mengikut kerja masing2.Usaha sehabis daya. Bukan mengharap "keistimewaan" daripada pihak kerajaan.

Ingat ibu2..

1 titis susu ibu mengandungi lebih kurang 1 juta sel darah putih yang dikenali sebagai macrophage (big eaters), yang berfungsi memerangkap kuman dalam badan bayi kita. Bayangkan perlindungan yang dapat diberikan oleh susu ibu kepada bayi dalam kuantiti yang lebih banyak. 

Hence, breastfeeding is not all or nothing. 

Berapa pun jumlah susu ibu yang diberikan kepada bayi, ia sangat bernilai dan berfungsi untuk melindungi maksimum kepada bayi kita.
Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Monday, September 7, 2015

Multivitamin Terbaik dan Tertua Di Dunia.

Multivitamin percuma!!!

Vitalea Shaklee adalah multivitamin tertua didunia dan pada tahun ini Vitalea menyambut ulang tahun yang ke 100. 

Wooww.. kalau tak bagus takkan Vitalea masih bertahan kan???

Vitalea merupakan supplement asas yang semua individu patut ambil.

Nak sihat, nak cantik, nak kurus, nak gemuk, nak hamil, nak menyusu..semuanya perlu bermula dengan langkah pertama iaitu memberikan nutrisi lengkap kepada sel2 badan. 

Pengambilan multivitamin boleh membantu melengkapkan nutrisi untuk sel2 badan. Apabila sel2 badan sihat, barulah badan dapat berfungsi dengan baik. 

Apa yang berlaku apabila sistem badan berfungsi dengan baik?:

> Metabolisma akan kembali normal. 
> Enzim dalam tubuh dapat diaktifkan dengan baik.
Makanan dapat ditukarkan kepada tenaga dengan baik tanpa ada pengumpulan lemak2 degil.
> Kawal atur hormon kembali normal.
> Toksin disingkirkan daripada badan melalui proses yang betul.
> dan lain2 lagi..

Dengan itu, barulah badan kita sihat dabn bertenaga, kulit makin cantik, hormon kembali normal dan semua fungsi badan kembali normal.

Logiknya begitu kan?

Badan yang sihat bermula daripada asasnya (sel badan) yang sihat. Jika sel badan dapat nutrisi secukupnya, insyaAllah satu badan akan sihat.


Macam mana nak dapatkan Vitalea yang bernilai RM88.75 (120biji) secara percuma???

Langkah 1:

Daftar ahli sekarang sehingga Oktober 2015 RM80 (seumur hidup) dan beli sebarang produk Shaklee akan dapat PERCUMA VITALEA 1 BOTOL.

Langkah 2: 

Beli YES PACK PRENATAL @ POSTNATAL akan dapat 5%  disc dan dapat PERCUMA VITALEA 1 BOTOL. Dalam pack prenatal dan postnatal memang dah ada sebotol Vitalea. Jadi, anda akan dapat 2 botol Vitalea.

Langkah 3:

Ambil langkah 1 & 2, akan dapat PERCUMA 2 BOTOL VITALEA. Yang nie memang langkah penjimatan ekstrem!!!.

Dapat beli YES PACK dengan harga ahli (jimat~ RM116) dan percuma 2botol Vitalea bernilai (RM88.75 x 2).  

Jumlah penjimatan RM290. Selepas tolak keahlian seumur hidup RM80, jumlah penjimatan RM210.

Jimat kan???
YES PACK Prenatal
RM586 (Harga Pasaran)
RM495 (Harga Ahli) 

YES PACK Postnatal
RM586 (Harga Pasaran)
RM495 (Harga Ahli)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No Id:1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, September 5, 2015

Manfaat Labu Kuning Untuk Kesihatan

Credit To: dearpikot.blogspot.my
Antara puree kegemaran Alya adalah puree labu. Mungkin sebab teksturnya yang lembut dan rasanya yang manis. Saya pun suka buat puree labu sebab senang je.  Kak Yaya dengan kak ngah pun suka makan puree labu.

Sebelum nie, tak pernah terfikir nak cari khasiat labu walaupun tahu antara bahan utama dalam penghasilan Nutriferon ialah biji labu. Saya yakin bahawa kalau Saintis Shaklee boleh memilih biji labu sebagai salah satu bahan dalam produk immune boosternya, sudah pastinya buah labu mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Kalau dilihat pada warna kuning keemasan isinya pun, pasti semua sudah menjangkakan buah labu sebagai salah satu superfood kan???

Apa yang menyebabkan saya mencari maklumat lanjut berkaitan buah labu?

Semuanya bermula apabila saya melihat Pengasas Secret Group Jutawan Shaklee Cery Mamafaiz post kat fb tentang khasiat labu. Dalam post tersebut, beliau ada menyebut bahawa buah labu merupakan salah satu makanan kegemaran Rasulullah. Betul atau tidak saya tidak pasti. Tapi yang saya pasti, Allah takkan ciptakan sesuatu itu sebagai sia2. Pasti ada manfaat yang kita boleh perolehi daripada sebiji labu.
Hasil pencarian saya:

Khasiat kesihatan buah labu:
1) Rendah kalori, tiada lemak tepu, tiada kolestrol, kaya serat fiber, antioksidan, mineral dan vitamin.
2) Mengandungi banyak antioksidan seperti vitamin A, C dan E. Vitamin A merupakan antioksidan semulajadi yang sangat kuat dan diperlukan oleh badan untuk mengekalkan integrasi kulit dan mukosa. Ia juga vitamin yang bagus untuk penglihatan.
3) Kajian menunjukkan makanan semulajadi yang kaya dengan vitamin A mungkin boleh melindungi badan daripada kanser peparu dan kanser mulut.
4) Sumber yang bagus untuk polifenol semulajadi seperti beta karotene, cryptoxanthin, lutein dan zea-xanthin. 

Karotene ditukar kepada vitamin A di dalam badan.
Zea-xanthin: antioksidan semulajadi yang mempunyai tindakan menapis sinar UV pada mata.

5) Sumber yang bagus untuk vitamin B-complex seperti folates, niacin, vitamin B-6 (pyridoxine), thiamin dan pantothenic acid.
6) Kaya dengan sumber mineral seperti kuprum, kalsium, potassium dan fosforus.
Khasiat biji labu:

1) Sumber serat fiber dan asid lemak mono-tak-tepu yang mana bagus untuk kesihatan jantung.
2) Tinggi kandungan protein, mineral dan vitamin.
3) Sumber asid amino tryptophan yang merangsang kesihatan badan.
4) Kernels terutamanya kaya dengan asid lemak mono tak tepu seperti asid oleik yang menolong menurunkan kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL). 
5) Biji labu terdiri daripada protein yang berkualiti dan sumber terbaik untuk asid amino tryptophan dan glutamate. 

Tryptophan → serotonin and niacin. 

Serotonin: pil tidur semulajadi. Bagus untuk individu yang mengalami insomnia (sukar tidur malam).
Tryptophan: prekursor vitamin B-complex vitamin.

Glutamate → gamma-amino butyric acid (GABA). 

GABA: anti-stress, membantu dalam mengurangkan keresahan, kecelaruan saraf dan keadaan berkaitan saraf yang lain.
6) Sumber antioksidan yang kuat iaitu vitamin E  (larut lemak). Ia mengelakkan kecedaran oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas. 
7) Pumpkin kernels: sumber vitamin B-complex seperti thiamin, riboflavin, niacin, pantothenic acid, vitamin B-6
(pyridoxine) and folates. Vitamin2 ini bertindak sebagai ko-faktor untuk pelbagai tindakan enzim yang terlibat dalam proses metabolisma tubuh.

Niacin: ↓ kolestrol LDL. 
Niacin + glutamate: ↓ keresahan (anxiety) dan kecelaruan saraf (nervous irritability).

8) Mengandungi mineral perlu seperti kuprum, manganase, potassium, kalsium, zat besi, magnesium, zinc dan selenium. 

Manganese: ko-faktor penting untuk enzim antioksidan iaitu superoxide dismutase .
*Pumpkin (whole) seeds. Note for whole seeds with ash-white color husk.
*Pumpkin kernels. Note for olive green color kernels.
Oleh itu, pengambilan pumpkin kernels membantu membina kerintangan terhadap ejen berjangkit dan serangan radikal bebas.

Manfaat Perubatan Biji Labu:
1) Kajian menunjukkan biji labu menurunkan risiko kanser prostat dan ovari.
2) Kajian juga menunjukkan sebatian fitokimia dalam minyak biji labu mungkin memainkan peranan dalam mencegah diabetic nephropathy (diabetic kidney disease).

Kebanyakkan masyarakat Melayu kita tahu jenis masakan yang sesuai untuk labu contohnya pengat labu. Dinegara barat, pelbagai jenis masakan yang boleh dibuat dengan menggunakan buah labu.

Tips penyediaan biji labu:

1) Kernels mentah: snek sihat samada dalam bentuk keseluruhan atau dipanggang.
2) Kernels: boleh dicampurkan garam atau gula.
3) Seperti kekacang lain, biji labu boleh digunakan dalam biskut dan roti.
4) Biji labu juga ditabur atas salad dan pencuci mulut.
Kenapa saya bersusah payah nak share pasal buah labu nie?
Mestilah ada kaitan dengan produk shaklee. Pernah dengar Nutriferon, antibioik semulajadi tu?
Salah satu bahan utama dalam Nutriferon adalah biji labu. Tengok warna serbuk Nutriferon tu boleh nampak macam labu. 

Klik untuk baca Lanjut: Nutriferon Kuatkan Sistem Imun Secara Semulajadi

Kalau taknak makan biji labu atau buah labu, boleh makan nutriferon je.


Kalau anak2 kecil yang makan puree tu, boleh jadikan puree labu sebagai salah satu sajian wajib setiap hari. Boleh boost up sistem imun anak2 kan. Excited kan bila tahu khasiat buah labu nie :))
Klik Untuk Order: Nutriferon

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No Id:1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Thursday, September 3, 2015

Suplemen Terbaik Untuk Autism


Sembang2 dengan ibu yang ada anak autism nie, rasa berdosa sangat sebab selalu merungut (dalam hati), rezeki Allah macam lambat nak masuk. Tetapi sebenarnya kita lupa, apa yang kita ada dan masalah yang tak berlaku pada kita juga adalah satu rezeki. 

Bersyukur sangat kerana dikurniakan 3 orang anak perempuan yang cantik, sihat & sempurna sifatnya tanpa sebarang cacat cela. Saya tak boleh bayangkan macam mana keadaan saya kalau saya ada anak autism. Saya kagum dengan ibu2 yang mempunyai anak autism ini. Pastinya mereka mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam melayan kerenah anak2 syurga ini. 
Berdasarkan perbualan saya dengan ibu kepada anak autism ini, apa yang saya lihat, anak2 autism nie kebanyakkannya hiperaktif dan sangat teliti dalam melakukan sesuatu perkara. Sesuatu perbuatan itu perlu dilakukan "betul" pada kali pertama. Jika tidak dilakukan mengikut turutan yang betul, ia perlu diulang semula dari langkah pertama sehingga semuanya perfect!!!. Jika permintaan anak autism ini tidak diikuti, mereka akan memberontak sehingga mereka berpuas hati dengan perbuatan tersebut. Ini tidak terhad kepada anak itu sendiri, malah melibatkan ibu bapa mereka juga.

Autism Dan Minyak Ikan Omega 3.

Dalam Satu kajian yang dijalankan ke atas 30 orang kanak2 autism yang mengambil Minyak Ikan Omega3 , seramai 20 orang kanak2 autism menunjukkan penambahbaikan yang signifikan (statistically significant improvement) dari segi tumpuan, perhubungan mata, pembangunan bahasa dan kemahiran motor (concentration, eye contact, language development and motor skills). Walau bagaimana pun, masih ada pergerakkan yang berulang, tidak boleh bercampur dengan dan bermain dengan kanak2 lain dengan baik.

Satu kajian yang lain pula menunjukkan  peningkatan dari segi pembangun bahasa dan kemahiran belajar 18 orang kanak2 yang mengambil campuran minyak ikan dan minyak Borage  untuk 90 hari.

Ada kajian menunjukkan kebaikan Omega 3 terhadap kanak2 yang hiperaktif. (Baca Lanjut)

Kesimpulannya, pengambilan PUFA (asid amino poli-tak-tepu)  mungkin memainkan peranan penting dalam mengurangkan (ameliorating) ciri2 autism dan memperbaiki kebolehan daya fokus, kemahiran motor dan pembangunan  bahasa.


Sumber: Role of polyunsaturated fatty acids in the management of Egyptian children with autism ARTICLE in CLINICAL BIOCHEMISTRY · SEPTEMBER 2008.

Saya suka untuk mencadangkan supplement2 khas tetapi bukan khusus anak2 autism sahaja. Antara supplement yang saya suka cadangkan adalah:

1) Lecithin: Terlibat dalam penghantaran neurotransmitter yang diperlukan dalam fungsi otak untuk menghasilkan tindak balas badan kepada rangsangan2 luar.

2) GLA Complex: Dibukti secara klinikal bahawa GLA dan minyak ikan Omega 3 mampu memperbaiki keadaan kanak-kanak autism, yang sukar memberi tumpuan untuk belajar & hiperaktif.

GLA Complex Shaklee adalah daripada Minyak Borage.

3) Omega Guard: Merupakan minyak ikan Omega 3 yang tinggi dengan DHA. Ia membantu meningkatkan keupayaan ingatan & pembelajaran, memelihara penglihatan & pendengaran serta meningkatkan sistem imun kerana kanak-kanak autism lebih terdedah kepada penyakit.

4) Meal Shake: Membantu tumbesaran kerana mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium & magnesium yang diperlukan untuk membina tulang & sel-sel untuk proses membesar dengan sihat & cergas. Meal Shake juga mampu meningkatkan selera bagi kanak-kanak yang terlalu cerewet dalam pemilihan makanan.

Perubahan diet yang boleh membantu mengurangkan tanda autism adalah:

1) Kurangkan gula dan manisan.
2) Kurangkan makanan terproses, perisa dan perasa tambahan (MSG), makanan yang mengandungi pengawet  
3) membanyakkan makanan dari sumber organik. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Wednesday, September 2, 2015

Dari Pusat Sains Ke iCity Shah Alam

Hujung minggu terasa terlalu singkat. Terlalu banyak benda yang perlu dilakukan dalam masa 2 hari. 

Pagi Sabtu tu bermulalah jadual harian yang padat. Baju2 segunung perlu dilipat. Baju2 kotor perlu dicuci (pastinya guna washing machine ye:)), bilik air dah lama tak dicuci. fuhhh..banyaknya to-do-list. tu tak termasuk lagi rancangan nak bawa anak jalan2. Seminggu duk terperuk kat rumah, hujung minggu lah masa untuk bawa diorang tengok dunia luar kan. Alhamdulillah, Hujung minggu kali nie berkesempatan bawa anak2 jalan2 di iCity Shah Alam. 

Pagi tu sepatutnya nak ajak anak2 pergi kolam renang di Clubhouse Taman Amansiara. Macam biasa, kak yaya bangun lambat. 10.30 pagi baru bangun. Bila semua dah siap, kami terus pergi ke clubhouse dengan menaiki kereta. Macam biasa anak2 excited sangat kalau ajak pergi swimming pool. Tapi apa yang mengecewakan kami, swimming pool DITUTUP sementara waktu untuk penyelenggaraan. Dari raut wajah kak yaya, nampak dia kecewa. Dia diam je tapi tak menangis. Tapi kak ngah mengamuk2 cakap nak mandi kolam. Sedih sangat2 tak dapat tunaikan hajat anak. Dahla last week tak dapat keluar jalan sebab saya kerja malam. Harap sangat hujung minggu yang singkat ini dapat diisi dengan aktiviti yang dapat menggembirakan anak2.

Lepas kak ngah berjaya dipujuk, saya suruh anak2 bersiap untuk pergi Pusat Sains Negara. Kak Yaya excited sebab kat little caliph diorang pun belajar Sains. Dia duk bagi contoh benda yang float and sink. Saya tahu dia tak sabar nak pergi sana. Dah lama kitorang tak ke sana. Tapi bukan rezeki kami sekeluarga, Pusat Sains negara DITUTUP buat sementara waktu. Sedih tak terkata. Saya dah taknak menabur janji pada anak2. Saya dan suami cuba google tempat2 menarik sekitar Pusat Sains Negara, tapi takde pun yang sesuai. Saya dan suami terdiam. Cuba sedaya upaya untuk tidak terus mengecewakan anak2. Suami terus memandu tanpa sebarang kata. Saya pun diam. Akhirnya saya bersuara bertanyakan suami arah yang dituju. Suami cakap nak ke iCity. Tapi disebabkan masih awal dan waktu solat Asar dah dekat, Suami terus singgah solat di surau Stesen Minyak.  Lepas tu kitorang tapau KFC dan terus bergerak ke tasik Shah Alam. Kitorang berkelah ditepi pantai. Anak2 pun nampak seronok je. Sambil makan sambil tengok orang main kanu. Bot pelawat tu pun ada pusing2 tasik tu. Lepas habis makan, kami ajak anak2 pergi kat taman permainan berdekatan. Siyesly, dah lama tak bawak anak2 main2 macam tu. Kak yaya pantang tengok orang main bubble. Dia pun suruh abah beli satu untuk dia. Seronok tengok kak yaya main bubble. Berebut2 dengan kak ngah..hihi Alhamdulillah..setelah sekian lama..

Dah nak maghrib, suami ajak bertolak ke Masjid. Alhamdulillah, anak2 tak henti2 senyum. Diorang cakap seronok dapat main kat taman. 

Sampai je kat perkarangan masjid anak2 tak sabar2 nak turun kereta. Diorang memang seronok kalau singgah masjid. Mungkin sebab masjid ada laman yang luas, diorang boleh main lari2. Suami pergi solat dahulu untuk berjemaah dengan yang lain. Saya dan anak2 tunggu diluar. Anak2 pantang nampak tabung masjid, terus nak bukak dompet untuk keluarkan duit untuk sedekah. Habis semua duit dikeluarkan. Nasib baik sempat selematkan beberapa keping duit RM50 untuk belanja diorang kat iCity nanti ;). Selesai je suami solat, anak2 bingkas bangun nak ikut sekali saya ke bilik wudhuk. huhu..mencabar betul bawa 2 orang anak dara nie solat. Nak berwudhuk pun ambil masa yang lama. Selesai je solat ber"jemaah" dengan anak2, kitorang terus gerak ke iCity. 

Alhamdulillah..Anak2 nampak seronok dapat main2. Habis kredit dalam kad iCity tu (RM50). Kebanyakkannya, kak yaya je yang main sebab kak ngah kecik lagi, tak cukup tinggi untuk dibenarkan main permainan kat sana. kak ngah cuma dapat main 1 permainan je, tu pun saya temankan sekali. 
Apa yang mengecewakan kami adalah, kami tak dapat masuk ke bahagian yang penuh dengan cahaya lampu warna warni tu. Pelik jugak bila tengok ramai yang tengah berkerumum kat pintu masuk kawasan tu. Bila menghampiri kawasan tu baru nampak RM15 per ADMISSION. Giler tak. Kalo kami sekeluarga nak masuk kena bayar rm15 x 5= rm75..uii...mahal tu..padahal nak bergambar dengan dekorasi kat dalam tu je pun. Saya terus berlalu tanpa membaca lanjut. Mungkin dapat free ride untuk semua permainan kat situ kot..ntahlah..malas nak fikir. Lepas je berlalu dari kawasan tu, kitorang terus beredar untuk balik. Lagipun dah lewat malam.

Alhamdulillah..diberi kesempatan untuk bawa anak2jalan2. Dapat melihat diorang senyum gembira sangat2 membahagiakan hati ini. Semoga diberi kesempatan seumpama ini lagi.

AddThis