Baru2 ini , rakan fb kongsikan kisah seorang pesakit Diabetes Kencing manis yang pada awalnya mempunyai HbA1c 13.6% (sasaran normal < 6.5%), akhirnya sembuh daripada Diabetes dengan HbA1c 5.5% selepas 6 bulan tidak mengambil sebarang ubat yang dipreskrib oleh doktor.
Menarik kan?
Dalam kebanyakkan kes, biasanya penyakit Diabetes tidak akan sembuh dan pesakit terpaksa makan ubat atau cucuk insulin sehingga ke ahir hayat.
Tapi, tiada yang mustahil kan. Allah pun sudah janjikan, setiap penyakit, jika kena dengan ubatnya, maka sembuhlah ia..
Kronologi kisah pesakit tersebut:
29 Jan 2015: Dikesan ada Diabetes, HbA1c 13.6%.
Ubat yang dipreskrib oleh doktor:
1) Metformin 500mg x 2 biji x 2 kali sehari
2) Simvastatin 40mg 1/2 biji x 1 kali sehari
3) Insuman Comb 30 100 UI/ml (insulin) 14 unit x 2 kali sehari
27 hb Februari 2015: Berhenti ambil semua ubat yang dipreskrib oleh doktor . Ujian darah dilakukan sendiri setiap hari dan meneruskan temujanji di klinik seperti biasa.
Selepas 6 bulan tau lebih tidak makan ubat hospital dan mengamalkan diet yang strict: HbA1c 5.5%, penglihatan dan 'Erectile dysfunction' kembali normal.
* Diabetes tidak terkawal akan membawa kepada komplikasi melibatkan kerosakan saraf mata, mengganggu fungsi seksual dan yang semua orang tahu kerosakan buah pinggang sehingga perlu menjalani dialisis.
* Diabetes tidak terkawal akan membawa kepada komplikasi melibatkan kerosakan saraf mata, mengganggu fungsi seksual dan yang semua orang tahu kerosakan buah pinggang sehingga perlu menjalani dialisis.
Diet strict yang diamalkan oleh pesakit ini adalah:
1) Elakkan tiga unsur ini secara TOTAL - Gula, Beras biasa dan Gandum biasa.
Pesakit memang mengelak unsur-unsur ini secara TOTAL, pada tahap yang sangat extreme. Pesakit tidak mengambil gula walaupun sebutir. Bukan itu sahaja, segala makanan yang ada gula di dalamnya juga ditolak. Walaupun penggunaan gula di dalam makanan itu amat sedikit, memang pesakit tidak akan memakannya. Begitu juga makanan yang ada unsur tepung beras dan gandum.
Ringkasnya, jika masuk pasaraya mencari produk-produk makanan yang boleh dimakan, memang tidak jumpa. Hampir kesemua produk-produk makanan yang ada mesti ada unsur gula, beras atau tepung. Ini termasuklah juga sebarang jenis sos seperti sos tomato, sos cili, sos tiram, sos black pepper, kicap dan sebagainya mesti ada gula di dalamnya.
Begitu juga jika masuk ke kedai makan, memang tiada makanan yang boleh di makan pun...
Maka, pesakit hanya makan makanan yang dimasak di rumah sendiri. Langsung tidak makan di sebarang kedai atau restoran kerana pesakit tidak yakin tukang masak meletakkan gula atau tidak di dalam masakan mereka.
Selain dari 3 unsur di atas, pesakit juga berhenti makan sebarang perisa makanan seperti ajinomoto.
Badan kita perlukan tenaga dalam bentuk gula ringkas (glukosa dan lain-lain). Tapi tidak semestinya daripada gula putih. Semua makanan yang berkarbohidrat juga akan ditukarkan kepada gula (glukosa). Pesakit tidak pantang semua jenis buah-buahan, maka sumber gula pesakit datang daripada buah-buahan.
2) Hanya makan nasi beras perang organik dan beras ponni/basmathi organik.
Nasi beras perang memang tidak sedap. Tetapi apabila dicampur dengan beras ponni/basmati 50-50, insyaAllah lama-lama sudah biasa, akan rasa sedap. Diet pesakit hanya beras ini sahaja. Orang melayu mana boleh tidak makan beras langsungkan. Tetapi beras biasa memang saya tidak sentuh walaupun sebiji.
https://www.facebook.com/notes/halim-bede/diet-melawan-kencing-manis-tanpa-ubat/1139914986038533?pnref=story
Kesimpulannya, sebagai ikhtiar menyembuhkan Diabetes tanpa ubat, boleh amalkan diet seperti dibawah:
1. Tidak mengambil sebarang gula mahupun gula alternatif.
2. Tidak mengambil sebarang makanan terproses yang mengandungi gula.
3. Bertukar kepada beras perang.
4. Tidak mengambil sebarang makanan daripada tepung gandum (gluten free).
Baca lanjut: Supplement yang sesuai untuk pesakit Diabetes
Semoga bermanfaat.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No Id:1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No Id:1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
No comments:
Post a Comment