Tuesday, September 15, 2015

Anak Kurang Menyusu Selepas 1 Tahun

Alya dah masuk 9bulan. Yang saya perasan, sejak dah mula makan solid food nie, stok susu yang dibekalkan ke nursery mesti tak habis. kadang2 berbaki sebotol. Paling teruk kalau berbaki 2 botol. Stress kan bila tengok pengasuh pulangkan stok EBM tu..

Masa awal2 introduce solid food kat Alya, saya hanya bekalkan puree untuk sekali makan je. 2 bulan lepas tu baru bekalkan untuk 2 kali makan. Tapi baru2 nie pengasuh cakap diorang suapkan jugak bubur nasi (kisar) yang diorang masak untuk anak2 yang lain. Setakat ini, saya belum introduce lagi bubur nasi untuk Alya. Rasa macam awal lagi la pulak. Alya pun macam memilih nak yang lembut2 je macam puree tu je. Satu lagi saya takut Alya sembelit. Mungkin sebab kenyang dengan puree buah dan bubur nasi menjadi penyebab Alya kurang minum susu. Kalau balik kampung, mak bising cakap suruh bagi anak makan banyak2. Tetapi saya percaya susu ibu tetap jadi makanan utama untuk anak2 kurang daripada 1 tahun.

Mengikut pakar, pemberian makanan kepada bayi mestilah secara beransur-ansur:

25% makanan pada usia 12 bulan
50% makanan pada usia 18 bulan
80% makanan pada usia 24 bulan

Pada 1 tahun pertama usia bayi, susu ibu adalah makanan utama bayi. Pemberian makanan pada waktu ini adalah hanya sebagai pengenalan kepada tekstur dan rasa makanan yang berbeza untuk membantu penggunaan motor bayi dan latihan kepada lidah dan perkembangan IQ nya.

Bagi mengelakkan permintaan kepada penyusuan berkurang, ibu2 boleh mengamalkan tips dibawah:
1) Susukan bayi dahulu sebelum memberi makan. Teruskan menyusu seperti biasa walaupun bayi sudah mula menerima solid food dengan baik.
2) Offer bayi untuk menyusu sekerap mungkin dan elakkan penggunaan botol susu apabila bersama ibu.
3) Pantau kuantiti makanan kepada anak, menyusu dahulu sebelum memberi makanan.
4) Jika anak terlalu sibuk bermain sehingga tidak berminat untuk menyusu, wujudkan satu suasana yang sunyi dan nyaman supaya fokusnya tertumpu kepada penyusuan. i.e.: susukan anak dalam bilik yang sunyi.

Rujukan: Kellymom.

Mari sama2 kita amalkan.

Semoga bermanfaat.

1 comment:

  1. Terima kasih atas info ni dear,anak saya sekarang setahun sebulan,dah boleh makan nasi dan lauk ayam..alhamdulillah dia suka sayur juga....

    ReplyDelete

AddThis