Alhamdulillah..semalam (23/9/2015) terbuka hati nak puasa sunat hari arafah. Sepanjang hidup nie tak pernah terfikir pun nak laksanakan puasa sunat nie. Lagipun, saya bukan kaki puasa sunat. Tapi bila melihat fadhilat puasa sunat hari Arafah, Allah ampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun akan datang, rasa nak puasa sunat membuak2. Ditambah lagi, waktu mustajab berdoa adalah semasa berjuta2 jemaah haji tak mengira bangsa dan warna kulit wukuf di padang Arafah. Berdasarkan perkongsian daripada rakan fb, masa mustajab berdoa pada hari Arafah adalah pada 23/9/2015 antara 5.20ptg hingga 11malam (bermula tergelincir matahari di Arab Saudi antara waktu Zohor hingga Maghrib).
Mari sama2 berdoa untuk kesejahteraan hidup didunia dan akhirat. Jangan dilupakan mendoakan keselamatan saudara Islam kita diseluruh dunia.
Perkongsian daripada FB Prof Muhaya untuk persediaan ibadat Hari Arafah:
Tips Ibadat Hari Arafah: Rabu, 9 Dzulhijjah 1436H / 23 September 2015M:
1. Tidurlah lebih awal di malam Arafah untuk saving energy, persiapan ibadah penuh pada Allah SWT.
2. Bangun sebelum Snubuh. Makan sahur secukupnya sambil berniat puasa Arafah.
3. Lakukan solat Tahajjud minima 4 rakaat. Berdoa dikala sujud untuk kebaikanmu dunia-akhirat. Jangan lupa titiskan air mata. Kalau tak boleh, paksa untuk nangis. Moga Rahmat & Ampunan Allah SWT turun untuk mu di malam itu. Tutup tahajjudmu dengan solat witir.
4. Jelang subuh manfaatkan waktu tersebut dengan beristigfar sehingga engkau termasuk golongan orang yang beristigfar dikala sahur (وبالأسحار هم يستغفرون)
5. Siap-siap solat subuh. Menjelang azan, gunakan sejenak untuk muhasabatunnafsi (introspeksi diri). Ambil wudhu' dan rasakan ketika itu dosa-dosa mu gugur satu per satu bersama titisan akhir air wudhu'mu.
6. Jangan lupa baca doa setelah wudhu'.
7. Solat subuh berjama’ah. Bayangkan jika itu adalah shalat terakhirmu.
8. Lalu duduk bersila, teruskan dengan berzikir. Awali zikirmu dengan takbir.
9. Setelah itu lanjutkan dengan tasbih, tahmid, tahlil, istigfar dan seterusnya, juga baca Azkar Pagi hingga masuk waktu syuruq.
9. Setelah itu lanjutkan dengan tasbih, tahmid, tahlil, istigfar dan seterusnya, juga baca Azkar Pagi hingga masuk waktu syuruq.
10. Setelah berlalu 15 minit pasca syuruq solatlah 2 rakaat agar ibadah mu pagi itu tercatat sama pahalanya dengan haji & umrah. Jangan sekali-kali engkau sia-siakan kesempatan itu.
11. Setelah itu, boleh pilih; berehat atau gunakan seluruh kesempatan itu untuk berzikir, tilawah qur’an dan berdoa.
12. Atau tidur satu jam dengan niat saving energy untuk ibadah selanjutnya.
13. Bangun tidur terus berwudhu' dan shalat dhuha minima 4 rakaat. Lakukan variasi ibadah untuk menghindari kejenuhan.
14. Solat zuhur berjama’ah. Lalu bertakbir, bertasbih dan baca Al-Qur’an.
15. Jika memungkinkan, akses internet, buka program yang menyiarkan live khutbah Arafah. Semak pesan-pesan khutbahnya. Ikrarkan diri tahun ini adalah tahun penerapan pesan-pesan Ilahi seutuhnya dalam kehidupan mu sehari-hari.
16. Solat asar berjama’ah, sambung dengan takbir dan azkar petang.
17. Baca Al-Qur’an hingga menjelang satu jam sebelum magrib. Lalu mulailah berdoa dengan khusyu. Cuba bayangkan engkau sedang berdiri di hadapan Allah Rabbul ‘izzati wal jalal. Jangan lupa mendoakan saudara-saudari muslim yang teraniaya, dizalimi diluar sana, di manapun mereka berada.
18. Berdoa juga pada Allah agar sebelum matahari terbenam engkau telah terbebas dari seksa neraka.
19. Semoga engkau mendapat taufiq & inayah dari Allah dalam menjalankan tips-tips ibadah & ketaatan ini. Dan mudah-mudahan juga Allah yang Pengasih dan Penyayang menerima segala usaha, amal soleh dan permohonanmu.
20. Ketika azan magrib berkumandang, pastikan engkau langsung ta’jil buka puasa. Ingat, doa orang berpuasa tidak pernah ditolak oleh Allah SWT.
21. Jangan lupa reminder family & karib-kerabat serta orang-orang yang engkau cintai dengan amalan agung ini. Syurga terlalu luas kalau hanya kita masuki seorang diri.
22. Insya Allah syurga Firdaus dengan segala kenikmatannya kan menanti mu.
Alhamdulilallah. Banyak ilmu baru yang saya dapat sempena hari Arafah nie.. Macam2 info yang dikongsikan di laman FB. Semoga hari esok lebih baik dari semalam. Semoga amal ibadat kita diterima Allah dan diampunkan segala dosa.
Semoga umur kita diberkati oleh Allah dan diberi kesempatan untuk berpuasa sunat Arafah lagi ditahun hadapan dalam keadaan lebih teratur dan dipenuhi dengan amal ibadat seperti yang dikongsikan oleh Prof Muhaya seperti diatas.
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment