Hujung minggu terasa terlalu singkat. Terlalu banyak benda yang perlu dilakukan dalam masa 2 hari.
Pagi Sabtu tu bermulalah jadual harian yang padat. Baju2 segunung perlu dilipat. Baju2 kotor perlu dicuci (pastinya guna washing machine ye:)), bilik air dah lama tak dicuci. fuhhh..banyaknya to-do-list. tu tak termasuk lagi rancangan nak bawa anak jalan2. Seminggu duk terperuk kat rumah, hujung minggu lah masa untuk bawa diorang tengok dunia luar kan. Alhamdulillah, Hujung minggu kali nie berkesempatan bawa anak2 jalan2 di iCity Shah Alam.
Pagi tu sepatutnya nak ajak anak2 pergi kolam renang di Clubhouse Taman Amansiara. Macam biasa, kak yaya bangun lambat. 10.30 pagi baru bangun. Bila semua dah siap, kami terus pergi ke clubhouse dengan menaiki kereta. Macam biasa anak2 excited sangat kalau ajak pergi swimming pool. Tapi apa yang mengecewakan kami, swimming pool DITUTUP sementara waktu untuk penyelenggaraan. Dari raut wajah kak yaya, nampak dia kecewa. Dia diam je tapi tak menangis. Tapi kak ngah mengamuk2 cakap nak mandi kolam. Sedih sangat2 tak dapat tunaikan hajat anak. Dahla last week tak dapat keluar jalan sebab saya kerja malam. Harap sangat hujung minggu yang singkat ini dapat diisi dengan aktiviti yang dapat menggembirakan anak2.
Lepas kak ngah berjaya dipujuk, saya suruh anak2 bersiap untuk pergi Pusat Sains Negara. Kak Yaya excited sebab kat little caliph diorang pun belajar Sains. Dia duk bagi contoh benda yang float and sink. Saya tahu dia tak sabar nak pergi sana. Dah lama kitorang tak ke sana. Tapi bukan rezeki kami sekeluarga, Pusat Sains negara DITUTUP buat sementara waktu. Sedih tak terkata. Saya dah taknak menabur janji pada anak2. Saya dan suami cuba google tempat2 menarik sekitar Pusat Sains Negara, tapi takde pun yang sesuai. Saya dan suami terdiam. Cuba sedaya upaya untuk tidak terus mengecewakan anak2. Suami terus memandu tanpa sebarang kata. Saya pun diam. Akhirnya saya bersuara bertanyakan suami arah yang dituju. Suami cakap nak ke iCity. Tapi disebabkan masih awal dan waktu solat Asar dah dekat, Suami terus singgah solat di surau Stesen Minyak. Lepas tu kitorang tapau KFC dan terus bergerak ke tasik Shah Alam. Kitorang berkelah ditepi pantai. Anak2 pun nampak seronok je. Sambil makan sambil tengok orang main kanu. Bot pelawat tu pun ada pusing2 tasik tu. Lepas habis makan, kami ajak anak2 pergi kat taman permainan berdekatan. Siyesly, dah lama tak bawak anak2 main2 macam tu. Kak yaya pantang tengok orang main bubble. Dia pun suruh abah beli satu untuk dia. Seronok tengok kak yaya main bubble. Berebut2 dengan kak ngah..hihi Alhamdulillah..setelah sekian lama..
Dah nak maghrib, suami ajak bertolak ke Masjid. Alhamdulillah, anak2 tak henti2 senyum. Diorang cakap seronok dapat main kat taman.
Sampai je kat perkarangan masjid anak2 tak sabar2 nak turun kereta. Diorang memang seronok kalau singgah masjid. Mungkin sebab masjid ada laman yang luas, diorang boleh main lari2. Suami pergi solat dahulu untuk berjemaah dengan yang lain. Saya dan anak2 tunggu diluar. Anak2 pantang nampak tabung masjid, terus nak bukak dompet untuk keluarkan duit untuk sedekah. Habis semua duit dikeluarkan. Nasib baik sempat selematkan beberapa keping duit RM50 untuk belanja diorang kat iCity nanti ;). Selesai je suami solat, anak2 bingkas bangun nak ikut sekali saya ke bilik wudhuk. huhu..mencabar betul bawa 2 orang anak dara nie solat. Nak berwudhuk pun ambil masa yang lama. Selesai je solat ber"jemaah" dengan anak2, kitorang terus gerak ke iCity.
Alhamdulillah..Anak2 nampak seronok dapat main2. Habis kredit dalam kad iCity tu (RM50). Kebanyakkannya, kak yaya je yang main sebab kak ngah kecik lagi, tak cukup tinggi untuk dibenarkan main permainan kat sana. kak ngah cuma dapat main 1 permainan je, tu pun saya temankan sekali.
Alhamdulillah..Anak2 nampak seronok dapat main2. Habis kredit dalam kad iCity tu (RM50). Kebanyakkannya, kak yaya je yang main sebab kak ngah kecik lagi, tak cukup tinggi untuk dibenarkan main permainan kat sana. kak ngah cuma dapat main 1 permainan je, tu pun saya temankan sekali.
Apa yang mengecewakan kami adalah, kami tak dapat masuk ke bahagian yang penuh dengan cahaya lampu warna warni tu. Pelik jugak bila tengok ramai yang tengah berkerumum kat pintu masuk kawasan tu. Bila menghampiri kawasan tu baru nampak RM15 per ADMISSION. Giler tak. Kalo kami sekeluarga nak masuk kena bayar rm15 x 5= rm75..uii...mahal tu..padahal nak bergambar dengan dekorasi kat dalam tu je pun. Saya terus berlalu tanpa membaca lanjut. Mungkin dapat free ride untuk semua permainan kat situ kot..ntahlah..malas nak fikir. Lepas je berlalu dari kawasan tu, kitorang terus beredar untuk balik. Lagipun dah lewat malam.
Alhamdulillah..diberi kesempatan untuk bawa anak2jalan2. Dapat melihat diorang senyum gembira sangat2 membahagiakan hati ini. Semoga diberi kesempatan seumpama ini lagi.
No comments:
Post a Comment