Saturday, September 26, 2015

Beza Ubat Dan Supplement (Vitamin)

Daripada pemerhatian saya sepanjang bekerja di kaunter farmasi hospital kerajan, masyarakat kita masih belum sedar akan keperluan supplement. Masyarakat kita lebih selesa untuk pergi ke hospital apabila sakit, sampaikan ada yang mengamuk marah-marahkan doktor kalau doktor tak bagi antibiotik. 

Masyarakat kita fikir, kalau makan antibiotik, mereka akan cepat sembuh. Senyum sendiri melihat gelagat orang kita yang sangat bergantung kepada antibiotik dan ubat hospital nie sampai sanggup cakap "bodoh punye doktor". Walhal, doktor yang dia jumpa tu adalah pakar perunding. Masih boleh cakap doktor tu 'bodoh'..ish43x..

Tadi dapat seorang pesakit reject salah satu ubat yang diberi oleh doktor. Pesakit hanya makan satu ubat sahaja walaupun doktor bagi 2 ubat untuk masalah prostatnya yang mebengkak. Alasannya, ubat tu menyebabkan payudaranya membengkak. Yup, itu adalah salah satu kesan sampingannya. Saya cuba menjelaskan bahawa ubat yang belaiu nak ambil hanya merawat simptom sahaja, ubat yang beliau reject itulah akan merawat dari puncanya iaitu membantu mengecilkan prostat. Pujukan saya tidak berjaya. Takpelah..lagi pun doktor pun tak menghalang jika pesakit refuse ubat tu. Pesakit cakap, dah bertahun2 makan tapi takde improvement pun. Dalam hati, nak je cakap cubalah ambil Vivix Shaklee.


Apa Beza Ubat Dan Supplement (Vitamin)?

UBAT :
Perlu diambil SEMASA SAKIT untuk MERAWAT penyakit.

SUPPLEMENT :
Boleh diambil bila-bila masa terutamanya SEBELUM SAKIT untuk MENCEGAH sebarang penyakit.

UBAT :
Diperbuat daripada DADAH dan BAHAN KIMIA, boleh berikan KESAN SAMPINGAN BURUK untuk jangka masa pendek dan panjang. Overdose juga boleh membawa MAUT!!

SUPPLEMENT :
Diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI seperti makanan seharian kita. Shaklee memastikan semua bahan yang digunakan dalam penghasilan supplement Shaklee adalah daripada bahan semulajadi. Supplement yang anda beli di farmasi mungkin daripada bahan sintetik.

UBAT : 
Merawat KESAN penyakit atau tanda-tanda sakit.

SUPPLEMENT : 
Merawat PUNCA penyakit. Mengandungi NUTRISI yang diperlukan sel badan setiap hari agar dapat berfungsi dengan baik.

Baca Lanjut: kenapa kita perlukan supplement.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Thursday, September 24, 2015

Pengalaman Pertama Puasa Sunat Hari Arafah.

Alhamdulillah..semalam (23/9/2015) terbuka hati nak puasa sunat hari arafah. Sepanjang hidup nie tak pernah terfikir pun nak laksanakan puasa sunat nie. Lagipun, saya bukan kaki puasa sunat. Tapi bila melihat fadhilat puasa sunat hari Arafah, Allah ampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun akan datang, rasa nak puasa sunat membuak2. Ditambah lagi, waktu mustajab  berdoa adalah semasa berjuta2 jemaah haji tak mengira bangsa dan warna kulit wukuf di padang Arafah. Berdasarkan perkongsian daripada rakan fb, masa mustajab berdoa pada hari Arafah adalah pada 23/9/2015 antara 5.20ptg hingga 11malam (bermula tergelincir matahari di Arab Saudi antara waktu Zohor hingga Maghrib).

Mari sama2 berdoa untuk kesejahteraan hidup didunia dan akhirat. Jangan dilupakan mendoakan keselamatan saudara Islam kita diseluruh dunia.

Perkongsian daripada FB Prof Muhaya untuk persediaan ibadat Hari Arafah:

Tips Ibadat Hari Arafah: Rabu, 9 Dzulhijjah 1436H / 23 September 2015M:

1. Tidurlah lebih awal di malam Arafah untuk saving energy, persiapan ibadah penuh pada Allah SWT.
2. Bangun sebelum Snubuh. Makan sahur secukupnya sambil berniat puasa Arafah.
3. Lakukan solat Tahajjud minima 4 rakaat. Berdoa dikala sujud untuk kebaikanmu dunia-akhirat. Jangan lupa titiskan air mata. Kalau tak boleh, paksa untuk nangis. Moga Rahmat & Ampunan Allah SWT turun untuk mu di malam itu. Tutup tahajjudmu dengan solat witir.
4. Jelang subuh manfaatkan waktu tersebut dengan beristigfar sehingga engkau termasuk golongan orang yang beristigfar dikala sahur (وبالأسحار هم يستغفرون)
5. Siap-siap solat subuh. Menjelang azan, gunakan sejenak untuk muhasabatunnafsi (introspeksi diri). Ambil wudhu' dan rasakan ketika itu dosa-dosa mu gugur satu per satu bersama titisan akhir air wudhu'mu.
6. Jangan lupa baca doa setelah wudhu'.
7. Solat subuh berjama’ah. Bayangkan jika itu adalah shalat terakhirmu.
8. Lalu duduk bersila, teruskan dengan berzikir. Awali zikirmu dengan takbir.
9. Setelah itu lanjutkan dengan tasbih, tahmid, tahlil, istigfar dan seterusnya, juga baca Azkar Pagi hingga masuk waktu syuruq.
10. Setelah berlalu 15 minit pasca syuruq solatlah 2 rakaat agar ibadah mu pagi itu tercatat sama pahalanya dengan haji & umrah. Jangan sekali-kali engkau sia-siakan kesempatan itu.
11. Setelah itu, boleh pilih; berehat atau gunakan seluruh kesempatan itu untuk berzikir, tilawah qur’an dan berdoa.
12. Atau tidur satu jam dengan niat saving energy untuk ibadah selanjutnya.
13. Bangun tidur terus berwudhu' dan shalat dhuha minima 4 rakaat. Lakukan variasi ibadah untuk menghindari kejenuhan.
14. Solat zuhur berjama’ah. Lalu bertakbir, bertasbih dan baca Al-Qur’an.
15. Jika memungkinkan, akses internet, buka program yang menyiarkan live khutbah Arafah. Semak pesan-pesan khutbahnya. Ikrarkan diri tahun ini adalah tahun penerapan pesan-pesan Ilahi seutuhnya dalam kehidupan mu sehari-hari.
16. Solat asar berjama’ah, sambung dengan takbir dan azkar petang.
17. Baca Al-Qur’an hingga menjelang satu jam sebelum magrib. Lalu mulailah berdoa dengan khusyu. Cuba bayangkan engkau sedang berdiri di hadapan Allah Rabbul ‘izzati wal jalal. Jangan lupa mendoakan saudara-saudari muslim yang teraniaya, dizalimi diluar sana, di manapun mereka berada.
18. Berdoa juga pada Allah agar sebelum matahari terbenam engkau telah terbebas dari seksa neraka.
19. Semoga engkau mendapat taufiq & inayah dari Allah dalam menjalankan tips-tips ibadah & ketaatan ini. Dan mudah-mudahan juga Allah yang Pengasih dan Penyayang menerima segala usaha, amal soleh dan permohonanmu.
20. Ketika azan magrib berkumandang, pastikan engkau langsung ta’jil buka puasa. Ingat, doa orang berpuasa tidak pernah ditolak oleh Allah SWT.
21. Jangan lupa reminder family & karib-kerabat serta orang-orang yang engkau cintai dengan amalan agung ini. Syurga terlalu luas kalau hanya kita masuki seorang diri.
22. Insya Allah syurga Firdaus dengan segala kenikmatannya kan menanti mu.

Alhamdulilallah. Banyak ilmu baru yang saya dapat sempena hari Arafah nie.. Macam2 info yang dikongsikan di laman FB. Semoga hari esok lebih baik dari semalam. Semoga amal ibadat kita diterima Allah dan diampunkan segala dosa.

Semoga umur kita diberkati oleh Allah dan diberi kesempatan untuk berpuasa sunat Arafah lagi ditahun hadapan dalam keadaan lebih teratur dan dipenuhi dengan amal ibadat seperti yang dikongsikan oleh Prof Muhaya seperti diatas.

Semoga bermanfaat.

Wednesday, September 23, 2015

Benarkah Set Penyusuan Shaklee Tidak Berkesan?

"Saya pun makan set menyusu shaklee tapi susu tak banyak pun? Tak berkesan untuk saya.."

Bila saya berkongsi dengan rakan fb tentang milkbooster yan saya amalkan, inilah feedback yang selalu saya terima.

Benarkah Set Penyusuan Shaklee Tidak Berkesan?

Set Penyusuan Shaklee bukan calang2 milkbooster ye.. Sebenarnya saya tak berapa suka kenalkan set penyusuan Shaklee sebagai milkbooster. Yup, "milkbooster" mungkin betul kalau dirujuk kepada Alfalfa complex. 

Alfalfa complex  merupakan  sejenis galactogogues  yang telah digunakan secara turun temurun untuk menambah susu ibu tetapi untuk supplement lain dalam set penyusuan shaklee macam tak sesuai je kita panggil "milkbooster"

Set penyusuan shaklee yang terdiri daripada ESP, Vita C Sr, B Complex, Ostematrix, Vitalea dan alfalfa complex lebih kepada memastikan ibu2 mendapat nutrisi lengkap, sentiasa bertenaga, kurang stress dan faktor2 ini bersama2 dengan konsep demand and supply akan membantu membanyakkan susu ibu.

Kenapa Set Penyusuan Shaklee tidak berkesan untuk ibu2?

Sebelum saya bagi jawapan, ibu2 jawab dulu soalan saya dengan jujur?

1) Ibu2 patuhi tak konsep demand and supply

Semakin banyak menyusu atau mengepam, makin banyak susu dihasilkan.

2) Berapa liter air yang ibu minum setiap hari?

Ibu menyusu perlu minum air kosong (sebaiknya air suam) secukupnya dalam 2-3liter sehari. 80% daripada komposisi susu ibu adalah terdiri daripada air.

3) Adakah ibu makan makanan berkhasiat dan secukupnya?

Ibu menyusu perlu makan banyak dan berkhasiat. Terlalu taksub untuk kurus selepas bersalin akan mengganggu penghasilan susu ibu.

Bacaan Lanjut: Panduan Pemakanan Ibu Menyusu

4) Adakah ibu mendapat rehat dan tidur yang berkualiti?

Kurang tidur dan rehat yang cukup akan menyebabkan stress dikalangan ibu2. Stress akan merencatkan perembesan hormon prolaktin yang diperlukan dalam penghasilan susu ibu. Hormon oksitosin juga akan berkurang jika ibu2 stress dan menggangu pengaliran susu ibu yang baik ketika menyusu atau mengepam.


Ibu2 dah dapat jawapan kenapa set penyusuan Shaklee tidak berkesan untuk ibu2?

Yang paling penting adalah usaha untuk mematuhi konsep demand and supply. InsyaAllah, set penyusuan shaklee membantu ibu2 untuk membekalkan susu ibu secukupnya untuk si kecil.

Klik Untuk Order: Set Menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Monday, September 21, 2015

Cara Bakar Lemak Untuk Turunkan Berat Badan Elak Kena Bariatic Surgery

Berat badan berlebihan boleh menjadi punca banyak penyakit contohnya ketidakseimbangan hormon, ketidaksuburan (sukar untuk hamil), penyakit darah tinggi, diabetes dan masalah kolestrol tinggi. 

Berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan lemak yang berlebihan yangmana akan meningkatkan  risiko untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan lain.

Cara Bakar Lemak Untuk Turunkan Berat Badan Elak Kena Bariatic Surgery.
Ada sesetangah pakar perubatan mencadangkan pesakit dengan berat badan berlebihan supaya menjalani bariatic surgery bagi pesakit yang mengalami masalah obesiti yang berpotensi mengancam nyawa (Potentially life-threatening obesity) kerana berat badan berlebihan boleh menyebabkan banyak komplikasi lain.

Potentially life-threatening obesity adalah bagi mereka yang:

1) Mempunyai body mass index (BMI) 40 atau lebih.
2) Mempunyai BMI 35 atau lebih dan mempunyai masalah kesihatan yang lain yang boleh memberi manfaat jika turun berat badan seperti diabetes jenis 2 atau darah tinggi.

Bagi individu yang memenuhi kriteria di atas weight loss surgery terbukti berkesan dan pantas dalam mengurangkan berat badan berlebihan.

Walau bagaimanapun, adalah disarankan supaya penurunan berat badan dilakukan melalui diet sihat dan terkawal dan meningkatkan aktiviti senaman sebelum mempertimbangkan weight loss surgery kerana pembedahan mempunyai risiko komplikasi dan memerlukan perubahan dalam gaya hidup selepas itu.

Dalam kes2 sebegini yang berpontensi untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk berpunca daripada berat badan berlebihan, saya suka untuk mencadangkan pengambilan Resveratrol dalam diet harian

Resveratrol adalah sejenis polifenol  yang banyak terkandung dalam buah epal, anggur, pir, ceri dan pelbagai jenis beri termasuklah dalam anggur Muscadines yang merupakan bahan utama dalam Vivix Shaklee.
Hasil kajian menunjukkan Resveratrol adalah agent yang berpotensi untuk :

1) Mengurangkan penghasilan lemak (adipogenesis) dan tisu2 lemak matang dengan merencatkan proses differentiation untuk tisu lemak (adipocytes). Kesan ini adalah disebabkan perubahan pada factor transkripsi dan gene yang mengubah suai fungsi mitokondria.
2) Menggalakkan pemecahan lemak (lipolysis) dan mengurangkan penghasilan lemak (lipogenesis)
3) Menggalakkan “kematian” (apoptosis)  sel lemak yang sedia ada dan dengan itu boleh mengurangkan berat tisu lemak.

Kesimpulannya:

Resveratrol mempunyai banyak kesan positif terhadap penyimpan tisu lemak dan sumsum tulang (bone marrow) bagi individu yang mengalami masalah obesiti .

Dalam kajian yang lain, Resveratrol memperbaiki sensitiviti insulin dan menurun berat badan.

Sumber: Effect of resveratrol on fat mobilization. Clifton A. Baile, et al. ANNALS OF THE NEW YORK ACADEMY OF SCIENCES.

Bacaan lanjut: 12 Kebaikan Resveratrol.

Klik Untuk Order: Vivix

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, September 19, 2015

Tips Kekalkan Kesihatan Semasa Jerebu Melanda

Hari nie 15/9/2015, sekolah di seluruh Selangor diarahkan tutup disebabkan jerebu yang makin teruk dengan bacaan IPU melebihi 200.

Tergelak juga baca status ibu2 bekerja tentang ketidakpuasan hati mereka sebab sekolah ditutup. “anak2 bernafas guna peparu, mak bapak bernafas guna insang agakya”..hihi..Betul jugak kan.

Kesian jugak dengan ibu bapa yang terpaksa ambil cuti kecemasan untuk jaga anak dirumah. Bagi yang tak dapat cuti, terpaksa bawa anak ke pejabat. Kalau dapat majikan yang faham keadaan mereka Alhamdulillah, kalau tak, stress jugak dibuatnya kan.

Berbanding dengan dewasa, kanak2 lebih mudah terdedah dengan jangkitan penyakit terutamanya yang tersebar melalui udara yang tidak bersih. Jadi memang wajarlah pihak kerajaan  memberi arahan untuk menutup tadika dan sekolah2 dikawasan yang mempunyai indeks pencemaran melebihi paras bahaya.


Tips Kekalkan Kesihatan Semasa Jerebu Melanda: 
Selain mengehadkan aktiviti luar rumah dan saranan untuk minum banyak air masak, ibu bapa juga boleh mengambil langkah pencegahan yang lain terutamanya memastikan sistem imun anak2 sentiasa bersedia sekiranya sebarang jangkitan datang menyerang.

Tips Pemakanan Sihat Semasa Jerebu:

Pemakanan sihat adalah penting semasa jerebu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri daripada mendapat pelbagai penyakit berkaitan jerebu. berikut adalah beberapa tips pemakanan sihat semasa jerebu:
1) Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelag sehari untuk mengelakkan dehidrasi.
2) Minum jus atau buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit, Buah dan sayuran juga mengandungi air yang boleh membantu meningkatkan pengambilan air.
3) Sediakan makanan sendiri dan amalkan makan dirumah. Pilihlah tempat makan yang tertutup dan berada didalam bangunan.
4) Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan pembuangan air kecing secara kerap dan mengakibatkan dehidrasi.
5) Kurangkan makanan tinggi garam yang boleh menyebabkan  kehausan dan dehidrasi.
6) Makan makanan yang tinggi kandungan vitamin C, E dan omega 3 untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
7) Untuk meningkatkan pengambilan air, ambil makanan yang berair seperti sup dan singgang.


Sumber: nutrition.moh.gov.my

Untuk anak2 saya, saya pastikan mereka mendapat nutrisi lengkap setiap hari disamping mengambil supplement yang boleh menguatkan sistem imunisasi mereka. Antaranya adalah:

1)      Meal Shakes: Minuman multivitamin dan multimineral yang dapat membantu melengkapkan nutrisi harian anak2. Disamping lengkap dengan nutrisi, meal shakes berperisa vanilla yang sedap untuk diminum. Ibu2 juga boleh mencampurkan meal shakes dalam bancuhan susu anak. Nutrisi lengkap penting untuk memastikan system tubuh berfungsi dengan baik termasuk system pertahanan badan.
Klik Untuk Order: Mealshakes

2) Performance Drink: Minuman isotonik yang kaya dengan elektrolit yang membantu mengekalkan bendalir dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi.
Klik Untuk Order: Performance Drink

3)      Omegaguard: Omegaguard adalah minyak ikan omega 3 yang kaya dengan DHA dan EPA yang membantu menguatkan system imunisasi badan. Ia juga bagus untuk mengurang keradangan terutamanya dalam kes asma dan bronchitis yang biasa dihidapi oleh anak2 kecil.
Klik Untuk Order: Omegaguard

4)      Chewable Vita C: Seperti yang ibu2 sedia maklum, vitamin C membantu menguatkan sistem pertahan badan.
Klik Untuk Order: Chewable Vitamin C

5)      Nutriferon: Sejenis Immune booster yang merangsang penghasilan interferon dalam badan.  Interferon akan merangsang sistem pertahanan badan untuk bertindak melawan jangkitan dalam badan. 
Klik untuk order: Nutriferon

Wajib ada dalam first aid kit di setiap rumah!!!

1 sachet sudah cukup untuk menunjukkan kesannya. Konsultasi lanjut akan diberi selepas Nutriferon telah sampai ditangan pelanggan sekalian. Jangan main telan je ye..sebab kat kotak Nutriferon ada tulis “not recommended to be used for children below 12 years old”. Telan supplement pun mesti dengan ilmu ye ibu2..

Jom kenal lebih rapat dengan supplement favourite saya nie.. Nutriferon.

Semoga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan diberi  kesembuhan untuk setiap penyakit yang diberikan.

Cegah sebelum parah.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Thursday, September 17, 2015

8 Kepentingan Protein Untuk Badan

Sempena promo September nie, harini nak cerita pasal PROTEIN.  Kenapa semua orang cakap ESP Soy Protein nie bagus sangat dan ada dalam kebanyakkan set kesihatan Shaklee?

Apa itu PROTEIN?

Protein yang paling kecil adalah asid amino. Sel2 badan kita terbina daripada protein. Protein menjadi blok2 asas untuk binaan sel badan. Jadi terang dan jelas bahawa protein sangat penting untuk badan kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Protein penting untuk proses baik pulih sel2 rosak dan pembinaan sel2 kulit baru. 

Kepentingan protein untuk badan?

1) Baikpulih luka: Dalam proses baikpulih luka, protein penting untuk memperbaiki tisu2 yang rosak. Pengambilan protein akan mempercepatkan lagi proses luka untuk sembuh.
2) Parut jerawat/ Stretch mark selepas bersalin (baca lanjut)/ Parut jeragat/ parut chicken pox: Protein diperlukan dalam baikpulih sel2 kulit rosak dan pembaharuan sel2 kulit lama kepada sel kulit baru.
3) Penghasilan susu ibu: Protein adalah salah satu komponen utama dalam susu ibu. Justeru pengambilan protein sangat penting dalam mempercepatkan proses refill setiap kali lepas menyusu atau mengepam. Ibu2 pasti teruja bila melihat hasil susu perahan selepas pengambilan protein soya keranasusu ibu akan menjadi semakin pekat dan bayi akan kenyang lebih lama.
4) Turunkan berat badan: Protein penting dalam penurunan berat badan untuk membina otot2 agar kelihatan fit and firm (tidak menggelebeh) apabila semua lemak2 degil dibakar. Protein juga penting untuk meningkat metabolisma badan dan membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat. (Cinch Shake untuk kurus).
5) Pilihan hidangan untuk pesakit Diabetes: Pesakit Diabetes digalakkan untuk mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah dimana pembebasan tenaga adalah secara perlahan. Disamping memberi rasa kenyang lebih lama, protein memberi kesan yang sedikit kepada kenaikan gula dalam darah.

6) Mengurangkan Masalah Gastrik: Pesakit gastrik tidak digalakkan untuk melewatkan waktu makan kerana bimbang gastrik akan datang menyerang. Dalam keadaan ini, protein soya boleh membantu dengan cara memberi rasa kenyang lebih lama. ESP juga ditambah dengan kalsium dimana kalsium ini bersifat alkali dan boleh membantu meneutralkan asid didalam perut. (Baca lanjut)

7) Perkembangan bayi dalam kandungan.

Seperti yang saya nyatakan diatas, badan kita terdiri daripada protein. Justeru itu, pengambilan protein membantu perkembangan fetus semasa didalam kandungan disamping memberi tenaga yang berpanjangan kepada si ibu.

Sel-->tisu-->organ-->sistem-->badan




8) Pembekal tenaga segera dan berpanjangan: Dalam kesibukan seorang ibu bekerjaya yang multitasker, minuman protein seperti ESP Shaklee banyak membantu kerana senang dibancuh dan boleh terus diminum untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari. Ia juga lengkap dengan nutrisi lain yang memastikan ibu sihat dan boleh melaksanakan tugasan harian dengan sempurna.

Bacaan Lanjut: Kenapa kena pilih ESP Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Tuesday, September 15, 2015

Anak Kurang Menyusu Selepas 1 Tahun

Alya dah masuk 9bulan. Yang saya perasan, sejak dah mula makan solid food nie, stok susu yang dibekalkan ke nursery mesti tak habis. kadang2 berbaki sebotol. Paling teruk kalau berbaki 2 botol. Stress kan bila tengok pengasuh pulangkan stok EBM tu..

Masa awal2 introduce solid food kat Alya, saya hanya bekalkan puree untuk sekali makan je. 2 bulan lepas tu baru bekalkan untuk 2 kali makan. Tapi baru2 nie pengasuh cakap diorang suapkan jugak bubur nasi (kisar) yang diorang masak untuk anak2 yang lain. Setakat ini, saya belum introduce lagi bubur nasi untuk Alya. Rasa macam awal lagi la pulak. Alya pun macam memilih nak yang lembut2 je macam puree tu je. Satu lagi saya takut Alya sembelit. Mungkin sebab kenyang dengan puree buah dan bubur nasi menjadi penyebab Alya kurang minum susu. Kalau balik kampung, mak bising cakap suruh bagi anak makan banyak2. Tetapi saya percaya susu ibu tetap jadi makanan utama untuk anak2 kurang daripada 1 tahun.

Mengikut pakar, pemberian makanan kepada bayi mestilah secara beransur-ansur:

25% makanan pada usia 12 bulan
50% makanan pada usia 18 bulan
80% makanan pada usia 24 bulan

Pada 1 tahun pertama usia bayi, susu ibu adalah makanan utama bayi. Pemberian makanan pada waktu ini adalah hanya sebagai pengenalan kepada tekstur dan rasa makanan yang berbeza untuk membantu penggunaan motor bayi dan latihan kepada lidah dan perkembangan IQ nya.

Bagi mengelakkan permintaan kepada penyusuan berkurang, ibu2 boleh mengamalkan tips dibawah:
1) Susukan bayi dahulu sebelum memberi makan. Teruskan menyusu seperti biasa walaupun bayi sudah mula menerima solid food dengan baik.
2) Offer bayi untuk menyusu sekerap mungkin dan elakkan penggunaan botol susu apabila bersama ibu.
3) Pantau kuantiti makanan kepada anak, menyusu dahulu sebelum memberi makanan.
4) Jika anak terlalu sibuk bermain sehingga tidak berminat untuk menyusu, wujudkan satu suasana yang sunyi dan nyaman supaya fokusnya tertumpu kepada penyusuan. i.e.: susukan anak dalam bilik yang sunyi.

Rujukan: Kellymom.

Mari sama2 kita amalkan.

Semoga bermanfaat.

AddThis