Wednesday, July 8, 2015

12 Khasiat Resveratrol Dalam Vivix Shaklee

Pagi nie terfikir untuk cari jurnal berkaitan Resveratrol yang merupakan kandungan utama dalam Vivix Shaklee. 

Senyum sorang2 bila baca jurnal nie..Excited je rase..saya nie pharmacist, jadi bile jumpa jurnal yang 'support' kebaikan Resveratrol memang sangat2 teruja..tambah2 lagi jurnal yang saya jumpa nie adalah kajian yang bukan dijalankan oleh pihak Shaklee. Yela kan, kalau Shaklee yang buat kajian nanti orang cakap bias pulak..Semua claim yang distributor shaklee duk2 di fb semuanya ada bukti saintifik. Bukan berdasarkan testimoni semata2. 

Bahagianya rasa bila jumpe jurnal nie..mungkin sebab saya dalam medical stream, saya lebih suka berkongsi sesuatu berdasarkan bukti saintifik yang ada kajian dijalankan ke atasnya dan berkongsi maklumat berdasarkan fakta bukan sekadar omong kosong:))

Ya Allah..Allah Maha Besar. 

Terlalu banyak kebaikan Resveratrol nie..makin teruja bila setiap fungsinya diterangkan secara terperinci bagaimana Resveratrol bertindak. Kebanyakannya diterangkan dalam medical term seperti yang saya belajar dalam program ijazah farmasi dulu. Rasa macam nak kembali sambung belajar je..excited dengan mechanism of action of resveratrol. Mungkin sebab inilah Vivix digelar 'tonik ajaib". Mekanisma tindakannya sangat2 mengujakan.
Sumber: 
Resveratrol: A multitargeted agent for age-associated chronic diseases Kuzhuvelil B. Harikumar & Bharat B. Aggarwal Published online: 30 Apr 2008.

Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan, resveratrol berpotensi untuk melawan kanser, penyakit kardiovaskular, diabetes, penyakit auto-immune dan anti-penuaan.

Khasiat Resveratrol Dalam Vivix Shaklee:

1) Resveratrol berpotensi sebagai anti-kanser.

Kajian terdahulu menunjukkan resveratrol mempunyai kemampuan yang 'excellent' untuk mencegah kanser pada pelbagai peringkat (cellular growth, cell division, apoptosis, inflammation, angiogenesis, and metastasis).

Kesan Resveratrol kepada Solid tumor:
1) Merencatkan perkembangan tumor dan menghalang metastasis (sel kanser menceroboh ke tisu lain)

2) mengurangkan saiz/isipadu (volume) tumor sebanyak 42% dan mengurangkan berat  tumor sebanyak (44%).

2) Resveratrol merencatkan perkembangan kanser prostat.

Mengurangkan kejadian kanser prostat dan merencatkan proliferasi (perkembangan atau pertambahan) sel.

3) Kanser Pankreas: 
Resveratrol menghalang pertumbuhan dan perkembangan sel kanser pankreas.


4)Leukemia, Lymphoma dan Myeloma

Banyak kajian menunjukkan Resveratrol memberi kesan anti-proliferative dalam sel leukimia.

5)Resveratrol: Molekul anti-penuaan. Didapati Resveratrol secara konsistennya memanjangkan jangka hayat.
6)Resveratrol sebagai anti-diabetic agent

i) Kajian menunjukkan Resveratrol mempunyai kesan antihyperglycemic dan antioksidan
ii) Resveratrol merencatkan kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh diabetes (diabetic nephropathy).
iii) Resveratrol juga mengurangkan perembesan insulin dan melambatkan terjadinya kerintangan insulin (insulin resistance).
iv) Resveratrol merangsang proses fisiologi seperti merangsang pengambilan glukosa oleh sel hati (hepatocytes),sel lemak (adipocytes), dan otot-otot (skeletal muscle) dan menggalakkan penghasilan glycogen di hati. Proses ini akan menurunkan paras glukosa dalam darah.
v) Rawatan bersama Resveratrol dan insulin: Kajian terkini menunjukkan Resveratrol menunjukkan kesan yang positif dalam kawal atur glukosa dalam badan dan meningkatkan sensitiviti insulin pada tisu lemak (adipose tissue), otot-otot dan hati.

7) Resveratrol dan sistem imun.

Inflamasi memainkan peranan utama dalam kebanyakan penyakit. Resveratrol dilaporkan mempunyai kesan anti-inflamasi dan antioksidan yang signifikan.

8) Menurunkan paras LDL (lemak jahat): Bagus untuk Hypercholestrolemia.

Resveratrol mencegah pengoksidaan LDL kerana oksidasi LDL akan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari dan myocardial infarction. Resveratrol adalah antioksidan yang baik dan ia menghalang peroksidaan LDL.

9) Kesan kepada aggregasi platelet. : Bagus untuk pesakit jantung dan strok.

Resveratrol merencatkan aggregasi platelet. Platelet yang boleh melekat pada permukaan endothelial salur darah dan membentuk trombosis, yang mana akhirnya akan menyebabkan atherosclerosis (keadaan dimana salur darah menjadi sempit disebabkan ada mendapan pada dinding salur darah).

10) Kesan vasorelaksasi. Bagus untuk pesakit darah tinggi atau hypertension.

Resveratrol berkebolehan untuk me'relaks'kan salur darah. Resveratrol juga menghalang pengahasilan "endogenous vasoconstrictors".

11) Mengurangkan keradangan kulit seperti dalam masalah ekzema.

12) Mengurangkan Bone loss. Bagus untuk osteoporosis

Mencegah kehilangan tulang, meningkatkan ketumpatan mineral dan kandungan kalsium dalam tulang.

Klik untuk order: Vivix


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Monday, July 6, 2015

Bahaya Merokok: Ikhtiar Berhenti Merokok Dengan Vivix

Sambil2 tunggu pesakit untuk kaunseling Diabetes nie, ternampak flipchart "Berhenti Merokok" kat atas meja nie. Jadi saya ambil peluang nie untuk kongsikan apa yang saya dapat daripada flipchart yang dikeluarkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia untuk membuka minda kita tentang bahaya rokok.

Anda tahu tak apa yang terkandung dalam sebatang rokok?
Menakutkan je tengok kandungan rokok nie kan..
1) Cadmium batteries
2) Stearic acid candle wax.
3) Hexamine barbecue lighter.
4) Toluene Industrial Solvent.
5) Nicotine insecticide
6) Paint
7) Ammonia Toilet Cleaner
8) Methanol Rocket Fuel
9) Arsenic Poison
10) Methane sewer Gas
11) Butane Lighter Fluid.
Rokok boleh menyebabkan:
1) Kanser mulut
2) Kelahiran Pra Matang
3) Kanser Peparu
4) Penyakit Gangren

Risiko kesihatan:
1) Kanser peparu 15x ganda lebih tinggi (90% pengidap kanser peparu adalh perokok)
2) Kanser payudara 11x ganda lebih tinggi
3) Kanser tekak 13x ganda lebih tinggi.

Faedah berhenti merokok.

20 minit: degupan jantung anda kembali normal.
8 jam: karbon Monoksida mula keluar dari badan, lebih banyak oksigen dibawa masuk, paru-paru mula dibersihkan, pernafasan semakin baik.
48 jam: Deria bau dan rasa makin pulih.
72 jam: paru-paru anda telah pulih, anda dapat menyedut lebih banyak oksigen.
3 bulan: peredaran darah semakin baik, sistem pertahanan badan semakin kuat dan tahap kesuburan meningkat.
9 bulan: kebarangkalian mendapat selsema dan sesak nafas berkurang.
1 tahun: Risiko mendapat serangan jantung berkurangan 50%.
10 tahun: Risiko mendapat kanser peparu sama seperti bukan perokok.

Jika anda berhenti merokok, ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan diri anda sendiri malah orang sekeliling anda terutamanya orang yang tersayang. Duit yang biasanya anda gunakan untk beli rokok anda boleh buat simpanan untuk perkara yang lebih berfaedah.
Ikuti "Tips 12M" yang boleh membantu anda untuk Quit Smoking dengan cara yang mudah, selamat, semulajadi dan berkesan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

Sunday, July 5, 2015

Merawat Kanser Prostat Dengan Vivix

Bagi yang pernah singgah blog nie mesti perasan saya selalu share pasal kanser prostat. Mungkin sebab setiap hari saya jumpa pesakit dan ada dikalangan mereka adalah pengidap kanser prostat, saya rasa diri saya sangat dekat dengan kanser prostat. Selain kanser prostat, masalah prostat membengkak (benign prostate hyperplasia) juga dekat dengan saya. Mana taknya, setiap hari selasa dan Jumaat mesti jumpa pakcik2 yang mengidap BPH dan kanser prostat nie. Kesian tengok pakcik2 nie. Setiap hari kena makan ubat (bagi pesakit BPH). Yang ada kanser pulak terpaksa cucuk setiap 3 bulan. Dan mereka semua tahu bahawa mereka kena makan ubat seumur hidup mereka sampai mati.

Kalaulah anda tahu betapa saya nak sangat share dengan semua pesakit BPH dan kanser prostat di klinik pakar Urology Hospital Selayang nie tentang kebaikan Resveratrol pada mereka. Kalau nak dibandingkan kos perubatan moden dengan harga Vivix Shaklee nie, Vivix lagi murah kot..tapi opkos la di hospital kerajaan semuanya percuma..mungkin sebab tu semua orang tak kesah kan?

Tapi apalah sangat nilai duit jika dibandingkan nikmat sihat dan kualiti hidup yang bakal kita dapat jika masalah kesihatan kita dapat diatasi kan?
Resveratrol sangat sinonim dengan kanser prostat. Kalau search kat googlescholar(saya suka cari jurnal kat website nie..macam zaman buat tesis dulu2) mesti berderet2 keluar jurnal tentang Resveratrol dengan kanser prostat nie. Banyak kajian yang menyokong keberkesanan Resveratrol yang terkandung dalam Vivix nie..bukan 1 tapi banyakkk sangat sampai tak larat nak baca semua jurnal tu:)).

Hasil kajian Resveratrol dan kanser prostat.

1) Kajian membuktikan Resveratrol boleh merencatkan sel kanser prostat dimana ia boleh menyekat kejadian kanser pada peringkat awal dan menghalangnya menjadi lebih teruk.

2) Selain itu, Resveratrol terbukti mampu menurunkan risiko penyakit jantung, kanser, diabetes dan penyakit neurodegenaratif.

Ini adalah kerana Resveratrol bersifat antioksidan dan anti inflamasi disamping aktiviti biologinya yang boleh mengawal gene (DNA). 

3) Pengambilan Resveratrol menunjukkan penurunan sebanyak 43% dalam cell proliferation (proses pertumbuhan sel kanser). 

4) Walaupun Resveratrol tidak boleh memusnahkan sel prostat kanser 100%, tetapi tindakannya yang mampu melambatkan atau menghentikan perkembangan sel prostat kanser akan meningkatkan kualiti hidup pesakit dan memanjangkan jangka hayat pesakit. 
Vivix Shaklee adalah minuman botanikal yang tinggi kandungan Resveratrol (sejenis polifenol) yang dihasilkan daripada:
1) Polygonum Cuspidatum
2) Muscadine Grape
3) Purple Carrot
4) European Elderberry

Apa ada pada Muscadine Grape?

Para saintis sangat berminat dengan Muscadines kerana ia mengandungi lebih banyak Resveratrol berbanding anggur2 lain.

Seperti anggur lain,  Resveratrol dalam muscadines grape tertumpu pada kulit dan biji (dalam muscadines, kebanyakannya pada kulit. 

Mekanisma :

1) Kedua2 Resveratrol dan Muscadines Skin Extract (MSE) mengubah struktur dan merencatkan pertumbuhan sel prostat kanser tetapi tidak pada sel prostat yang normal. 

Ini menunjukkan tindakannya yang spesifik kepada sel kanser sahaja. Bagi yang belum tahu, rawatan kemoterapi yang biasa digunakan dalma rawatan kanser dalam perubatan moden adalah tidak spesifik kepada sel kanser sahaja. Kesan sampingan kemoterapi ynag timbul adalah disebabkan tindakannya yang tidak spesifik turut melibatkan sel normal.

2) Resveratrol merencat perkembangan sel prostat kanser dengan cara mengganggu kitar sel (proses dimana sel membahagi dan menghasilkan 2 sel.

3) MSE merencatkan perkembangan sel kanser prostat dengan cara merangsang kematian sel (apoptosis) atau kematian sel yang diprogramkan (programmed cell death) (tidak pada resveratrol). 

4) Anthocyanins (pigment berwarna ungu gelap pada kulit anggur) bersifat anti-kanser dan mempunyai khasiat kesihatan yang lain. Ia boleh mencegah  pertambahan berat badan bagi individu yang mengambil diet tinggi lemak. Dengan mencegah obesiti,  ia akan menolong unutk mencegah kerintangan insulin (insulin resistance) dan Diabetes Jenis 2.

Fuhhh..excited tak tengok bagaimana resveratrol boleh membantu pesakit kanser? Semuanya disokong dengan kajian, bukan sekadar testimoni printscreen kat whatsapp:)).

Anda pilih, anda yang tentukan.
Hidup ini satu pilihan.

Sebotol hanya RM 475 
Beli 2 botol dapat keahlian percuma.

Klik untuk order: Vivix

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
 6013 2862949
 zaridazakaria@yahoo.com

Saturday, July 4, 2015

Rawat PCOS Dengan Shaklee Dan Berpeluang Untuk Hamil

Sumber: Polycystic ovarian syndrome in infertility,Sri Lanka Journal of Obstetrics and Gynaecology 2012; 34: 112-119

Polycystic ovarian syndrome (PCOS) adalah keadaan dimana seseoarang wanita tidak mengalami ovulasi (proses penghasilan telur) yang disebabkan oleh paras androgen (hormon lelaki) yang tinggi. 

PCOS dicirikan dengan:
1) Saiz ovari (kilang telur) yang membesar.
2) Terdapat banyak folikel2 kecil (>10mm) di dalam ovari.
3) Biasanya pesakit yang mengalami masalah PCOS akan mengalami gangguan haid seperti oligomenorrhoea (kekerapan haid yang kurang @ kitar haid yang panjang) dan amenorrhoea (tiada haid), obesiti dan hirsuitism (pertumbuhan bulu yang tidak normal pada muka dan badan)

Dalam kebanyakkan kes PCOS, pesakit biasanya mengalami masalah kerintangan insulin (insulin resistance). Kesan utama insulin terhadap ovari bukan sahaja meningkatkan penghasilan androgen , tetapi juga menyebabkan keabnormalan dalam kawal atur androgen, estrone, LH dan FSH (hormon yang terlibat dalam kawal atur haid yang normal dan proses ovulasi). Gangguan pada kawal atur ini akan menghalang ovulasi daripada berlaku.

Jadi pendekatan wajar yang boleh diambil adalah dengan cara memperbaiki metabolisma karbohidrat dan ini akan mengurangkan penghasilan insulin berlebihan dalam badan.

Dalam kebanyakan kes PCOS, rawatan yang biasa diberikan adalah Tab. Metformin kerana ia berkesan dalam memperbaiki metabolisma glukosa.

Sasaran utama dalam rawatan PCOS:
1) Mencegah endometrial hyperplasia, atypia/cancer.
2) Mengembalikan ovulasi normal/ kesuburan.
3) Mengembalikan haid.
4) Mengatasi Hirsuitism.

Antara pilihan rawatan PCOS adalah:
1) PCOS dan haid tidak teratur: Pengambilan oral contraceptive pills (pil perancang keluarga)
2) PCOS dan Hirsutism : Disampaing cosmetic therapy (cukur) yang memberi kesan yang cepat, antiandrogenic drugs juga boleh digunakan.
3) PCOS dan kesuburan: Clomiphene citrate (CC)
4) PCOS dan BMI >25 kg/m2: Insulin sensitizing agents iaitu Metformin.

Metformin akan meningkatkan sensitviti insulin pada tisu periferal dengan menurunkan paras insulin yang berada dalam peredaran darah.  Insulin yang lebih sensitif berkait rapat dengan kadar ovulasi yang makin baik dan tindakan glukosa yang lebih effisien. Dengan kata lain Metformin menggalakkan ovulasi dan peratusan untuk hamil.

6) PCOS dan obesiti: Penurunan berat badan.

Obesiti menyumbang kepada kejadian PCOS. Kajian menunjukkan penurunan berat badan memberi kesan spontan iaitu haid kembali normal. Hal ini mungkin terjadi kerana penurunan LH, testosterone bebas dan paras insulin dalam darah. Dan ini akan meningkatkan kadar ovulasi dan peratusan untuk hamil.

ALERT: Semua rawatan yang memerlukan penggunaaan ubat/drugs memerlukan khidmat nasihat doktor.

Apa yang Shaklee boleh bantu anda?

Dalam kes PCOS, saya lebih suka fokus kepada penurunan berat badan, meningkatkan sensiviti insulin dan kembalikan kitaran haid yang normal.

Turun berat badan.

Ramai pengidap PCOS yang mengadu, walaupun mereka makan sedikit tapi berat badan masih naik.

Apa puncanya?

Metabolisma badan yang rendah akan menyebabkan peningkatan berat badan kerana bahan yang dimakan tidak diproses dengan betul oleh badan. Metabolisma badan yang rendah pula disebabkan oleh sel2 badan kekurangan nutrisi dan ini menghalang sel2 badan untuk berfungsi dengan cara sepatutnya. Pengambilan Multivitamin amat membantu dalam hal ini disamping pengambilan B Complex yang terlibat dalam banyak proses termasuk penukaran makanan kepada tenaga.
Klik untuk baca lanjut: B complex untuk penghasilan tenaga.

Ini adalah supplement asas yang diperlukan untuk meningkatkan metabolisma badan.

Untuk lebih spesifik, pengidap PCOS biasanya akan mengalami kerintangan insulin. Disini Zinc Complex memainkan peranan dalam meningkat sensitviti insulin dalam badan.

Selain itu juga, untuk menurunkan berat badan, saya cadangkan pengambilan:
1) Detox agent seperiti Alfalfa Complex atau Herblax untuk memcuci usus. 
2) Pemecah lemak seperti Lecithin atau Omegaguard untuk membantu membakar lemak2 degil dan menurunkan paras kolestrol dalam darah.
3) Protein: Penting untuk pembinaan sel2 baru. Protein akan meningkatkan metabolisma badan dengan membantu badan membakar lebih banyak lemak. Protein yang saya cadangkan adalah Energizing Soy protein (ESP) atau Cinch Shake Mix yang diperkaya dengan Leucine. Klik untuk bacaan lanjut.

Pengambilan air kosong 2-3liter sehari adalah perlu untuk memastikan supplement bertindak dengan berkesan.

Kembalikan kitaran haid yang normal.

Haid tidak teratur adalah disebabkan paras hormon yang tidak seimbang. Disini saya suka untuk mencadangkan pengambilan GLA Complex yang membantu mengembalikan paras hormon yang normal dalam badan dan ini seterusnya akan mengembalikan kitar haid yang normal. 
GLA adalah omega 6 baik yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.:

1) GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbanding EPO. 

2) Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Selain itu juga, supplement tambahan yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst  adalah:

1. Lipotrophic factor seperti Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - CoQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc.

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4. Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - antioksidan yang kuat.

Klik untuk baca lanjut: Cadangan pemakanan untuk PCOS.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Thursday, July 2, 2015

Vivix Untuk Pesakit Buah Pinggang

Minggu lepas buat MTAC DM. Salah seorang pesakit diabetes yang dirujuk kepada saya adalah seorang makcik yang ditemani anak lelaki. Makcik tu cakap, anak lelaki dia lepasan universiti, ada ijazah, tapi sanggup korbankan ijazah yang dia pegang semata2 untuk menjaga dia yang tengah sakit. Makcik tu cakap, semua ubat2 anak dia yang jage. Insulin pun anak yang tolong suntik. Sejuk perut mak mengandung kan:)).

Sembang punya sembang, baru tahu makcik tu pernah ambik Vivix Shaklee. Tapi dia cakap "tak berkesan pun..Dah abis sebotol takde rase bertenaga pun..dah la harga rm 400++ sebotol. "

Saya terkedu jugak dengar luahan makcik tu.. setahu saya Vivix sangat2 la bagus kerana ia mengandungi Resveratrol yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan bertindak pada peringkat DNA.

Selain Diabetes tak terkawal, makcik tu jugak adalah pengidap End stage renal disease dan perlu menjalani dialisis 3 kali seminggu. Makcik tu mengadu penat sangat buat dialisis..badan pun rasa lemah..hanya tunggu masa nak mati je..sampai tahap macam tu makcik tu fikir..


Saya terangkan kepada makcik tu tentang kepentingan dialisis. Dalam bahasa mudahnya, dialisis adalah untuk cuci darah sebab buah pinggang yang sepatutnya berfungsi untuk menyingkirkan semua bahan buang tak boleh berfungsi dengan cara sepatutnya. Kalau skip dialisis, jawapnya, racun2 akan berkumpul dalam badan.


Menjawab kepada aduan makcik tadi tentang ketidakberkesanan Vivix, saya kongsikan kepada makcik dan anaknya testimoni kawan baik sendiri yang menggunakan Vivix.


Dia juga seorang pharmacist. Dia ambil vivix sebab masalah kulit eczema. Alhamdulillah, eczemanya berkurang dengan pengambilan Vivix yang berterusan.


Ayahnya pula disahkan oleh doktor mengidap ESRD dan perlu menjalani dialisis kerana kandungan asid urik yang tinggi dalam darah. Tapi, ayahnya enggan mengikut saranan doktor. Ayahnya mengambil keputusan untuk mencuba Vivix seperti yang dicadangkan oleh anak2nya. Alhamdulillah, setelah konsisten mengambil Vivix 2-3minggu, keputusan darah menunjukkan terdapat perubahan positif yangmana jika pada mulanya ayahnya sepatutnya menjalani proses dialisis, sekarang kidney diseasenya berada pada tahap 3. dan dah tak perlu buat dialisis lagi:)). Bukan itu sahaja, paras asid urik dalam darah juga makin turun.

Berbalik kepada cerita tadi, makcik tu dah tak percaya dengan keberkesanan vivix. Dan seolah2 memperlekehkan Vivix yang pada saya ia adalah "tonik ajaib". Mane taknya, ade ke supplement lain yang boleh bertindak diperingkat DNA..Ade ke?

Saya sedaya upaya cuba untuk mengembalikan kepercayaan makcik dan anaknya tentang Vivix. Pada saya, kita tak boleh mengjangkakan sesuatu supplement menunjukkan kesan dalam masa yang singkat. Mungkin masa yang lebih lama diperlukan bergantung kepada tindakbalas badan kita terhadap supplement. Takkan la, sakit dah bertahun2 tapi mengharapkan kesembuhan dalam masa beberapa minggu sahaja kan?


Saya cuba untuk memujuk makcik tadi untuk mengambil semula Vivix secara konsiten kemudian bandingkan keputusan darah sebelum dan selepas terutamanya paras creatinine dalam darah yang penting dalam menentukan tahap kerosakan buah pinggang. Vivix bukan sahaja bagus untuk penyakit buah pinggang tetapi juga bagus untuk diabetes tak terkawal. Untuk diabetes, parameter yang boleh dibuat perbandingan adalah HbA1c.


Haaaa..mesti yang fikir saya bersusah payah pujuk makcik tu sebab saya nak jual produk saya kan??


Saya berkongsi kebaikan Vivix bukan sebab saya nak makcik tu beli vivix dengan saya taw. Kalau nak tahu, makcik tu tak tahu pun saya jual Shaklee. Saya tak pernah cakap kat mana2 pesakit pun yang saya nie Distributor Shaklee..saya hanya cakap "Saya pun ambil Shaklee".


Jujur saya katakan, saya rasa bahagia bile berkongsi. Dan saya rasa sangat2 bersalah kalau saya tak beritahu semua orang betapa bagusnya Vivix nie..Saya harap, dengan izin Allah keajaiban akan berlaku pada makcik tu setelah mengambil Vivix semula.

Kenapa saya cakap 'keajaiban"???

Ramai pesakit dialisis yang menganggap dialisis adalah penamat untuk segalanya..hanya menunggu masa untuk mati sahaja..


Kalau ayah kawan saya boleh menyelamatkan dirinya daripada dialisis dengan pengambilan vivix (dengan izin Allah), tidak mustahil makcik tu pun boleh kembali sihat tanpa perlu menjalani dialisis lagi.. tak salah untuk mencuba kan..Allah sukakan hambaNya yang berusaha.


Dalam perubatan moden, ubat2 yang diberikan kepada pesakit lebih kepada untuk merawat komplikasi daripada ESRD dan untuk memperlahankan perkembangan penyakit ke arah yang lebih teruk. Tetapi saya percaya, semua penyakit ada ubatnya. Kita sebagai manusia hanya perlu berusaha. Dan yakinlah ilmu Allah nie tersangat luas dan mungkin tak terjangkau dek perubatan moden..


Untuk entry seterusnya saya akan kongsikan jurnal yang menyokong kebaikan Resveratrol yang terkandung dalam Vivix. Yang pastinya, jurnal yang akan saya kongsikan nanti bukan dikeluarkan oleh Shaklee sendiri tapi dari penyelidik lain yang takde kaitan dengan Shaklee..takut nanti bias pulak kan:))

Klik Untuk Order: Vivix

Masih ada harapan untuk sembuh jika kita berusaha...InsyaAllah.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor

No ID: 1070721

6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Tuesday, June 30, 2015

Trivago: Hotel?

Sekarang nie setiap kali keluar iklan Trivago kat TV mesti Athirah sebut 'hotel', "jom pergi hotel ummi..pergi kejap je..yaya nak mandi kolam..lepas tu kita balik". Senyum sorang2 ummi dengar permintaan kak yaya. Dia ingat tempat tu dekat kot.

Kami jarang sangat pergi bercuti. Hujung minggu hanya dihabiskan dirumah. Kalau ambil cuti panjang pun mesti balik kampung di Terengganu. Cuma masa ulangtahun ke 5 perkahwinan kami, suami ajak pergi bercuti di Glory Beach Resort. Sebenarnya suami terpengaruh dengan kawan2 opis yang baru balik bercuti di sana. Tapi diorang pergi tinggalkan anak isteri kat rumah. Berseronok kat luar macam orang bujang. Alhamdulillah..suami saya tak macam tu. Dia akan dahulukan anak isteri berbanding keseronokan keluar dengan kawan2.

Dulu masa Athirah kecik2 pernah jugak bawak dia pergi Cameron Highland 3x. Duduk hotel jugak. Tapi masa tu kecik lagi..dia mesti tak ingat pape. Tu yang bila dapat duduk hotel untuk kali pertama masa umur dia dah 'faham', seronok je dia. Mulanya kami tipu2 cakap tu rumah baru kita.. tapi kita datang sini kejap je..diw pun percaya la..duk pusing2 dalam bilik hotel..dia paling excited tengok swimming pool. Tak sabar2 ajak abah dia pergi mandi kolam. Walaupun masa mandi tu 2x dia lemas, tapi masih ajak nak pergi sana lagi.
Apa yang saya rasa dan lihat, Glory Beach Resort nie boleh tahan jugak. Kos penginapan termasuk breakfast untuk 2 orang tak sampai RM300 untuk 2 hari 1 malam. Buffet breakfast pun boleh tahan. Kitorang banyak habiskan masa di swimming pool dan pantai kat hotel tu je. 

Niat asal memang nak pergi jalan2. Tapi selepas incident Athirah lemas kat swimming pool tu terus mood nak buat pape terbantut. Athirah macam dah fobia dah..dia asyik sebut2 apa yang jadi kat dia..boleh nampak dari riak wajah dan cara dia menggambarkan kejadian dia lemas tu yang dia takut lemas lagi. Saya cuba tenangkan dia. Cakap dengan dia, "nanti ummi hantar kak yaya pergi belajar berenang dengan cikgu ea..dah pandai berenang baru tak lemas". Dia macam excited balik nak berenang sebab nanti dapat cikgu baru kot..

Plan lepas nie nak kumpul duit nak pergi Grand Lexis pulak. Mesti Athirah lagi seronok dapat mandi kolam 24jam:)). InsyaAllah..
Kan best kalo kite dapat financial and time freedom. Nak pergi mana,bila2 masa pun tak kesah. Tak perlu nak tunggu gaji atau bonus kerajaan baru boleh bawak anak pergi jalan2. Tak perlu nak mohon cuti dengan sape2. Tak payah nak fikir pasal kerja yang akan menunggu kalau kita ambil cuti panjang. 

Itu yang tengah saya usahakan. Impian untuk jadi working-at-home-mom & -dad.  Anak2 membesar depan mata. Kagum tengok upline saya dah dah menjelajah ke berapa buah negara dah..mungkin dah tak terbilang. Boleh pergi ke mana sahaja tanpa mengira kos dan masa.
 PM Cery Mamafaiz
PM Lyna Noh

PM Hadhatina Mkb
Mereka sudah buktikan semua itu tercapai dengan Shaklee. Tiada yang mustahil. Yang penting usaha yang tak putus2, doa dan tawakal kepada yang maha pemberi rezeki.

Towards financial and time freedom.

Sunday, June 28, 2015

Bila Nikmat Sihat Diambil Seketika

Dah lama sangat tak demam. Dah hampir setahun kot. Mungkin lebih lagi..Mungkin sebab penat menjaga anak2 syurga yang bergilir2 demam. Bermula dengan Zulfa (anak ke2) yang ambik masa 2 hari untuk sembuh sepenuhnya. Diikuti Alya (anak ke3) ambil masa yang lebih lama untuk kebah demamnya,kira2 4 hari jugak. Lepas je demam Alya dah kebah, Athirah pulak ambil giliran. Tapi Alhamdulillah, tak sampai 24jam dah tak demam. Tinggal lagi Alya masih merengek sebab hidung tersumbat. Dah makin kurang menyusu badan. Air kencing makin keruh. Risau dibuatnya. Sampai ummi terpaksa sambung cuti rehat 2hari lagi. Hari nie dah EL (15/6/15). Tak sampai hati nak hantar Alya yang baru 7bulan ke nursery dalam keadaan hidung tersumbat, bunyi nafas pun kuat lagi. Mungkin jugak disebabkan stress tak cukup tidur, sistem imun ummi jadi lemah walaupun dah konsisten ambil vitamin C setiap hari. 

Teruknya bila nikmat sihat diambil untuk sekejap kan..ditambah lagi masih perlu menjaga anak yang tak nak duduk sorang2, nak kena pegang dan tidur di riba kita je..besarnya pengorbanan seorang ibu kan..semoga Allah ampun dosa ummi. Semoga Allah mencatat setiap detik ummi bersengkang mata menjaga anak2 syurga ummi. Semoga kesabaran ummi dicatat sebagai amalan yang membawa pahala kepada ummi. Semoga Allah ampunkan dosa atuk dan nenek dan mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi ummi sejak kecil. Besarnya pengorbanan diorang untuk besarkan ummi dalam keadaan duit cukup2 makan je..Ampunkan kak ngah mak ayah :(( Semoga diberi kesempatan untuk kak ngah membalas segala jasa mak dan ayah...Ya Allah :((

Baru je sehari demam, rumah dah macam tongkang pecah..nak solat pun, gerak slow2 je..cube bertahan walaupun kepala berdenyut2 sakit. Sakit mencucuk ke tulang. Kalau boleh taknak lah sampai kena telan Tab Paracetamol. Lagipun tengah susukan anak, taknak lah ambil apa2 ubat. Tapi kalau malam nie suhu makin tinggi terpaksa telan jugak. Tadi check 37.9 dah. Badan pun menggigil kesejukan..nak je off semua kipas kat rumah nie. Tapi apakan daya, kesian kat suami dan anak2.
Semoga Allah beri kesembuhan kepada kami secepat mungkin. Saya ikhtiar dengan sebiji Vita C SR setiap 5jam. 
Ostematrix juga tak dilupakan untuk hilangkan sakit2 badan.
Bancuh oren sunquick campur dengan Performance Drink (minuman isotonik) dan Nutriferon untuk merangsang sistem imun untuk bertindak cepat memusnahkan bakteria dalam badan.


Tiba tengah malam demam makin teruk. Badan menggigil2. Suami tanya dah makan ubat belum. Saya cakap dah makan vitamin C dengan Ostematrix tadi. Suami cakap, "tu bukan ubat..tu supplement". Dia terus ambil 2 biji Tab Paracetamol dan paksa saya untuk telan jugak. Terlena sekejap..rasenye dalam 5minit je. Bila terjaga terus rasa segar. Mungkin sebab dah lama tak makan ubat sebab tu boleh nampak kesan yang cepat. 

Alhamdulillah. Kita hanya berusaha, Allah yang menyembuhkan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No. ID: 1070721
+6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

AddThis