Monday, August 3, 2015

Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Panadol

Sambil2 duk scroll fb, ternampak post yang ramai giler orang dah  viralkan iaitu tentang "Bahaya Tab Panadol Actifast". 

Betullah orang cakap, memang dah jadi kebiasaan rakyat Malaysia suka sangat share tanpa usul periksa. Tak confirm pun benda tu betul ke salah, suka2 hati je share. Saya tengok pun, rasa macam malas nak tengok. Ramai pulak tu yang percaya bulat2 apa yang disebarkan tu..

Anda percaya ke Panadol boleh bertahan dalam badan manusia sampai 5 tahun?

Saya sebagai ahli farmasi tidak bersetuju sama sekali dengan kenyataan tersebut.

Semasa di universiti dulu, kami ada belajar subjek pharmakokinetik. Ia berkaitan dengan apa yang terjadi pada sesuatu ubat bermula ia masuk ke dalam badan manusia melalui mulut, salur darah, otot,kulit, hidung,dubur atau lain2 tempat pada tubuh badan manusia. Selain itu juga, kami belajar secara terperinci bagaimana ubat diserap, peratus yang diserap mengikut laluan pengambilan, tempat dimetabolismakan, tempat disingkirkan termasuklah jangka hayat(half life t 1/2) dalam badan manusia.

Senang cakap, daripada apa yang saya belajar dulu, masa yang diambil oleh sesuatu ubat untuk disingkirkan daripada badan adalah 5x half life. Half life setiap ubat adalah berbeza. Boleh jadi 2jam atau boleh jadi lebih lama macam 36jam. Bergantung kepada jenis ubat. Kalau 5x half life, tak mungkin sampai 5 tahun.

Saya pun tak suka makan ubat hospital. Boleh kata "anti" sangat sejak kenal shaklee nie. Tapi saya takdelah nak memburukkan ubat2 hospital atau modern medicine tanpa usul periksa atau main share je apa yang orang viralkan kat fb.

Eh..terberleter panjang la pulak..:))

Disini saya nak kongsikan 2 supplement yang boleh anda cuba untuk hilangkan sakit kepala bagi yang anti sangat dengan modern medicine nie:

1) B Complex : Anti-stress (klik untuk baca lanjut)
2)Ostematrix: Kalsium terlibat dalam pengecutan dan pengenduran salur darah. Dalam kes sakit kepala yangmana salur darahnya mengecut (mengecil) seterusnya menghalang pengaliran darah beroksigen ke otak yang menyebabkan sakit kepala , ostematrix berfungsi me'relaks'kan salur darah agar darah beroksigen mengalir lebih baik ke otak.
Dijamin selamat, semulajadi dan berkesan. Pasti puas hati.


Klik untuk order: B Complex & Ostematrix

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com


Saturday, August 1, 2015

Nak Bahagia? Jagalah Solat


Satu benda yang saya perhatikan dalam keluarga mertua, diorang sangat2 pentingkan solat. Masuk waktu, mak dan ayah mertua mesti ingatkan anak2 untuk solat secepat mungkin walaupun dah besar panjang, dah kahwin dah dan dah beranak pinak. 

Nak2 kalau waktu subuh. Mesti riuh rendah pagi2 buta. kedengaran suara mak dan ayah mertua duk kejutkan anak2 untuk solat subuh. Masa mula kahwin, geram jugak rasa bila ada orang bising pagi2 takut anak kecik terjaga. Tapi lama kelamaan saya dah boleh terima. Seronok tengok suasana keluarga yang mengutamakan solat. Yang saling mengingatkan. Tanggungjawab si ayah dan ibu untuk memastikan anak menegakkan tiang agama mereka iaitu SOLAT.

Kalau pergi keluar jalan2 kat mana2 mak mertua mesti bawak telekung. Masuk waktu solat dan jumpa mana2 masjib mesti berhenti untuk solat dulu.

Mungkin sebab inilah anak2 mereka semua 'menjadi'. Lepas habis belajar senang dapat kerja. Murah rezeki. Ikatan kekeluargaan pun sangat kuat.

Suka tengok mak dengan ayah mertua, walaupun dah berusia, tapi hubungan mereka macam pasangan yang baru kahwin. Sentiasa bersama. Makan bersama, kerja bersama, keluar jalan2 pun bersama. Jarang sekali ayah mertua keluar sorang2 melainkan ada urusan kerja sendiri. Keluar malam tu memang tak lah kan. Mungkin sebab tu jugaklah suami saya tak keluar malam atau mana2 selain ke masjid. Terikut2 dengan tingkah laku ayah dia la kan. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?. Anak2 pun sangat rapat dengan mak dan ayah. Bila agama diutamakan, semuanya akan baik2 saja kan:)).

Saya datang daripada keluarga 'biasa-biasa' saja dalam bab2 agama ni. Hubungan kami anak2 dengan mak ayah juga tidak rapat terutama dengan ayah. Kalau balik kampung masing2 diam je. Buat hal sendiri. Dengan mak jelah boleh borak2 sikit. 

Sebelum kahwin dan selepas kahwin memang dapat rasa perbezaannya. Saya nie suka solat diakhir waktu. Awal2 kahwin dulu, selalu jugak bermasam muka dengan suami sebab suami marah2 sebab susah sangat nak solat awal waktu. Pagi2 pun liat sangat nak bangun solat subuh awal2. Padahal memang salah sendiri lah kan, tapi beriya je merajuk ;)).

Saya ingat lagi, masa tu suami balik ke Kemaman semasa hujung minggu. Masa tu saya bekerja di Hospital Kemaman (PRP), suami pulak kerja di KL. Jadi setiap kali hujung minggu suami akan memandu sendiri balik ke Kemaman. Kitorang takde rumah sewa, jadi terpaksa menginap di hotel untuk 2 malam sepanjang berada di Kemaman (berlarutan lebih kurang 4 bulan sehingga bertukar ke Hospital Selayang). 

Nak dijadikan cerita, suatu pagi suami tergesa2 kejutkan saya bangun pagi untuk Solat Subuh. Jam kat bilik hotel dah menunjukkan pukul 7.15 pagi. Kelam kabut dibuatnya. Terus masuk bilik air untuk berwudhuk. Selepas solat terus mandi bersiap nak pergi kerja. Bila dah siap, saya jenguk ke luar tingkap dari bilik hotel. Masih gelap lagi. Saya mula rasa curiga. Saya tengok jam kat hp...baru 6.30 pagi!!!! Kompem kena main dengan suami. Dia adjust jam dinding sebab nak saya bangun awal. Gelak besar dia pagi tu..senget betulll!!!

Sepanjang perkahwinan yang dah berusia 5 tahun nie, saya dapat simpulkan bahawa,kalau nak bahagia:
1) Jaga solat 5 waktu
2) Solat di awal waktu
3) Utamakan solat walau dalam apa jua keadaan dan dimana sahaja.

Solat itu tiang agama.

Semoga Bermanfaat.

Thursday, July 30, 2015

Tips Hilangkan Jerawat Dengan Cara Selamat Elak Kena Buli Dengan Kawan

Seronok jadi pharmacist nie. Boleh jumpe macam2 kes..pape yang berkaitan boleh kongsikan kat blog nie. Tak payah susah2 nak brainstorming fikir tak update pasal apa :)

Kesian kat seorang patient nie..umur 11 tahun. Jerawat penuh kat dahi. Besar2 pulak tu. Mak die cakap, kawan2 selalu buli die kat sekolah. Kawan2 suka pukul jerawat kat dahi. Terkejut bila dengar mak die mengadu macam tu. Ingatkan semua kes buli tu hanya ada dalam TV je. Rupanye ade juga berlaku kat sekeliling kite kan. Kesian bile terbayangkan macam mane kawan2 die pukul dahi die yang penuh jerawat. Mesti sakit kan. Bila adik tu cakap sakit, lagi la kawan2 seronok pukul..huhu..kenapa la ade manusia macam tu ea..

Sebelum nie, bila tengok pesakit2 yang dirujuk kepada pakar kulit berkenaan masalah jerawat, saya ingat ia hanya untuk tujuan mencantikan kulit muka. Sekali pandang, muka diorang takde la teruk sangat penuh jerawat. Tapi mungkin kesakitan akibat jerawat tu yang menyebabkan mereka terpaksa merujuk pakar. Ada yang terpaksa ambil isotretinoin sejenis vitamin A sintetik yang mempunyai banyak kesan sampingan pada pesakit. Salah satunya adalah kesan teratogenic (boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan jika hamil). Dan banyak lagi kesan sampingan lain yang memerlukan pemantauan rapi.

Disini saya ingin kongsikan tips penjagaan wajah yang asas:
1) Bersihkan muka dengan pencuci muka bersesuaian dengan jenis kulit dan bebas bahan kimia. (Perbezaan Set Nutriwhite Vs Enfuselle Shaklee)
2) Banyakkan makan buah dan sayur2 sebagai sumber vitamin.
3) Kurangkan pengambilan minyak dan lemak.
4) Banyakkan minum air kosong untuk memastikan kulit kekal hidrat dan menyingkirkan toksin dalam badan melalui air kencing dan peluh.

Dari segi pengambilan supplement, saya cadangkan anda mengamalkan pengambilan supplement yang konsisten iaitu:

1) Zinc Complex: bagus untuk penyembuhan luka2 jerawat. Zinc adalah elemen penting dalam pengaktifan enzim2 dalam memastikan fungsi tubuh yang normal.
2) Vitamin C : untuk membantu mengecutkan jerawat dengan cepat. Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen yang menjadi kompenen penting untuk kulit sihat dan cantik.
3) Vitamin E: untuk memudarkan parut2 jerawat dan mengekalkan kelembapan kulit.
4) Carotomax: Ia merupakan alternatif kepada Isotretinoin. Carotomax adalah beta-karotene iaitu prekursor kepada vitamin A yang selamat digunakan (baca lanjut).
5) Protein: ESP membekalkan sumber protein dan nutrient lain. Protein penting untuk penghasilan sel kulit baru. Protein merupakan blok2 asas pembinaan sel. Bila sel2 sihat dan mendapat 'makanan' yang cukup, kulit2 baru yang sihat, cantik dan bebas jerawat akan terbina.
6) Penstabil hormon: jika masalah jerawat disebabkan oleh hormon yang tidak stabil, pengambilan GLA complex adalah digalakkan.
7) Ejen detoks: Alfalfa complex bagus sebagai 'pelawas' untuk menyingkirkan toksin dalam badan melalui najis. Ia juga bersifat alkali yang boleh mencuci darah dengan meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Proses detoks juga penting untuk memastikan nutrient daripada makanan atau supplement dapat diserap dengan sepenuhnya didalam usus.
8) Antibiotik Semulajadi: Sesetengah jerawat adalah sangat teruk sehingga pecah dan bernanah, dan ini adalah petanda berlaku jangkitan pada jerawat. Kalau di hospital, pakar dermatology akan mempreskrip antibiotik Erythromycin atau doxycycline untuk tempoh jangka panjang. Shaklee menawarkan Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi yang bagus untuk melawan jangkitan bakteria pada jerawat.

Semoga bermanfaat.

Kembalikan keyakinan anda dengan wajah bebas jerawat dengan Shaklee. Selamat-semulajadi-dan-berkesan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

Tuesday, July 28, 2015

Cara Bancuh Susu Anak Dengan Betul

Daripada anak seorang sampai anak 3, dah banyak kali tegur suami tentang cara2 dia buat susu anak. Tapi dia masih berdegil..nak jugak bancuh susu dengan cara dia sendiri.. Alasannya...senang, cepat, puting pun tak kotor.. Takpela..yang penting dia rajin bancuh susu anak kan:))

Apa kesalahan suami saya semasa membancuh susu?
1) Tuang air panas terus ke dalam susu.

Salah ke?

Perlu diingat, komponen utama susu adalah protein dan protein akan mengalami denaturasi (denatured) pada suhu lebih 60°C. Kalau dituang terus air panas ke dalam botol susu yang mengandungi susu tepung, rosaklah protein susu tu.
Betul tak? Ada bangkangan ke?

Hari nie saya nak kongsikan bagaimana cara membancuh susu anak dengan betul.

1) Pastikan botol susu anak dibasuh dengan pencuci botol susu bebas bahan kimia dan dikeringkan terlebih dahulu. Untuk anak2, saya cuci botol susu diorang dengan Hand Dishwash Conc. Shaklee. Sebotol tahan paling kurang 6bulan. 

2) Masukkan sedikit air panas ke dalam botol. Kemudian tambahkan air sejuk (pada suhu bilik) secukupnya.

3) Pastikan suhu air suam sebelum ditambah susu formula.

4) Tambahkan susu formula ke dalam botol berisi air suam mengikut kadar yang betul. Untuk anak2, saya tambahkan 1-3sudu kecil mealshakes sebagai serbuk multivitamin untuk topup mana2 nutrisi yang kurang. Anak sulong saya, agak susah nak makan. Selalu leka bermain sampai lupa nak makan, sebab itulah multivitamin nie wajib untuk dia.

5) Goncang sampai larut.

6) Sedia untuk diminum. Pastikan suhu susu suam sebelum diberi minum kepada anak.

7) Pastikan susu yang dibancuh dihabiskan dalam masa 4 jam selepas dibancuh.

Cara bancuhan kita menentukan apa yang masuk ke dalam perut anak kita. Pastikan susu yang berkhasiat bukan susu 'kosong' yang kita berikan kepada anak kita.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Friday, July 24, 2015

Syukur Selalu

Musim raya nie selalu sangat tengok iklan "syukur selalu" kat TV. Yang paling terkesan dihati iklan satu keluarga pulang kekampung dengan menaiki kereta. Sepanjang perjalanan mereka berjumpa insan-insan yang boleh dikatakan 'kurang' daripada mereka. Kekurangan pada insan lain menjadi mereka lebih bersyukur dengan apa yang mereka miliki.

Bagus jugak kan iklan2 macam nie. Tapi iklan tu macam fokus kepada 'orang2 biasa' yang perlu 'syukur selalu'. Ditambah lagi dizaman GST, harga barang semua naik..minyak naik..kos balik kampung naik..nilai RM pun makin menjunam. Sebab itulah sifat "syukur selalu" perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Bukan hanya menyalahkan kerajaan yang tak habis2 membebankan rakyat. Opsss !!!

Tapi "orang2 BUKAN biasa" tu tak tahu la ambik kesah ke tak dengan iklan "syukur selalu" tu. Harapnya mereka juga terkesan dengan iklan tu kan..

Teringat kat seorang makcik nie..

Selepas selesai urusan mengambil ubat di kaunter farmasi, makcik hulurkan tangan beliau untuk bersalam sebagai tanda terima kasih.Terkejut bila makcik tu tunduk cium tangan saya sambil menangis-nangis  ucap terima kasih. Saya pun apa lagi kan, jenis yang lembut hati senang jugak menangis bila lihat orang lain menangis.

"Terima kasih nak sebab tolong makcik sampai macam nie sekali..tak pernah ade orang tolong makcik sampai macam nie.." ucap makcik sambil mengesat airmatanya.

"Saya tolong sikit je makcik..kalau orang lain kat tempat saya, diorang pun akan tolong makcik.." balas saya dengan terharu.

Setelah makcik tu berlalu pergi dari kaunter saya teruskan kerja macam biasa walaupun dalam hati masih terbayang wajah tua makcik tu. Saya curi2 tengok kelibat makcik tu sampai dia hilang dari pandangan. Melihat gerak gerinya saya tahu dia bukan orang senang. Datang hospital sorang2 tanpa ditemani anak2 macam pesakit lain. Terus teringatkan mak saya kat kampung. Macam mana la kalau mak pergi hospital sorang2 dalam keadaan mak tak tahu membaca. Berlinang air mata nie bila teringatkan mak sendiri.

Saya taknak bercerita lanjut tentang apa yang saya dah tolong makcik tu, cuma saya nak kongsikan betapa kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Lihat orang lebih susah daripada kita nescaya kita akan lebih menghargai apa yang kita ada. Agar kita lebih bersyukur dengan nikmat pemberian Ilahi.

RM15 mungkin sedikit pada kita tapi ternilai pada sesetengah orang. Mungkin dengan RM15 boleh belanja makan untuk 3 hari untuk mereka. Siapa tahu? Letakkan diri kita dalam kehidupan orang susah agar kita lebih bersyukur dan lebih senang untuk memberi apa yang kita ada.

Memberi bukan sahaja dengan duit yang kita ada, tapi dalam pelbagai bentuk.

Bagi yang bekerja dikaunter apa yang boleh anda dan saya buat untuk lebih 'memberi' adalah:
1) Memberi layanan yang baik kepada pelanggan
2) memberi senyuman ikhlas yang menenangkan orang lain.
3)MMemberi pertolongan selagi mampu dan tidak bertentangan dengan etika kerja.
4) Menunjukkan 'empathy' kepada pelanggan.
5) Memudahkan urusan pelanggan di kaunter.

Pertolongan yang mungkin kecik dimata kita, tapi besar dimata orang lain. Tidak salah untuk melihat orang lain yang lebih senang dan berjaya kerana itu boleh membakar semangat kita untuk sama2 kaya dan berjaya dalam membangunkan ummah sebagai bekalan untuk akhirat nanti. Tetapi jangan sesekali kita lupa untuk lihat orang dibawah kerana itu akan membuatkan kita lebih bersyukur.

Syukur selalu :))

Tips Tambah Susu Badan Dengan Cepat Selepas Sebulan Berpuasa

Alhamdulillah..

Selesai sudah menjalani ibadat puasa selama sebulan dibulan Ramadhan walaupun menyusukan anak secara eksklusif.

Saya tahu bukan mudah untuk berpuasa penuh disaat kita berjuang untuk menyusukan anak disiang hari atau pam secara konsisten disiang hari di tempat kerja. Ini adalah kali ke2 saya berpuasa sambil menyusukan anak. Alhamdulillah..semuanya dipermudahkan.

Saya pasti ramai ibu2 perasan susu mula merundum sepanjang bulan puasa kan? Saya pun tak terkecuali. Ditambah lagi anak yang refuse frozen EBM. Risau sangat susu tak cukup untuk anak. Tapi nasib baik anak dah 8 bulan, boleh topup dengan puri buatan tangan sendiri.

Selepas seminggu cuti raya, beberapa hari lagi dah nak masuk kerja. Jadi, nak tak nak kena boost up production susu badan secepat mungkin. 

Harini saya nak kongsikan tips tambah susu badan dengan cepat selepas sebulan berpuasa:

1) powerpumping setiap 3jam.

Kalau sebut power pumping mestilah pam selama satu jam setiap sesi ye. Dah tahu kan macam mane nak buat power pumping? Kalau tak tahu boleh klik disini (Tips Elak Susu Drop Di Bulan Puasa).

Bila boleh nampak kesannya?

Ada sesetengah ibu hanya mengambil masa 3 hari untuk menggandakan penghasilan susu ibu. Yang penting konsisten dengan power pumping setiap 3 jam siang dan malam selama 3 hari berturut2. InsyaAllah..akan nampak kesan yang cepat.

2) Makan makanan berkhasiat, tinggi protein dan kalsium.
3) Banyakkan minum air kosong. Minimum 3 liter sehari.
4) Banyakkan makan makanan seperti oat, horlick, susu, keju, kurma dll yang dipercayai boleh membantu dalam penghasilan susu ibu sejak turun temurun.

5) Ambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai sumber protein yang saya jamin akan boost up dan pekatkan susu ibu SERTA MERTA.

Kalau sebelum nie, ambil ESP pun bercatu, setin tahan berbulan2, asyik fikir nak jimat sebab nak beli setin pun mahal, mahal ke??RM150  je setin cik kak oiii..

Sekarang WAJIB ambil ESP 1-3sudu besar setiap kali lepas power pumping. Sebab kita nak hasilkan lagi banyak susu daripada biasa. Nak standby stok susu segar banyak2 sebelum masuk kerja. Tinggal 2-3hari lagi masa nak kumpul stok susu segar kan. Susu frozen memang dah berlambak dalam deep freezer tu. Tapi anak taknak susu frozen. Jadi, jangan catu2 ESP ye ibu2..takut nanti anak pulak kelaparan tak cukup susu masa kat nursery nanti.

6) Wajib telan 4 biji ostematrix sebelum tidur sebagai sumber kalsium. Susu ibu pun terdiri daripada kalsium kan.. Jadi pastikan ambil kalsium secukupnya.

7) WAJIB ikut tips asas penyusuan (4 Petua Mudah Banyakkan Susu Ibu).

Okeh..rasenya dah cukup untuk tips kali nie..semoga penghasilan susu ibu dapat digandakan secepat mungkin. Jom sama2 berusaha demi yang terbaik untuk anak tersayang.

Semoga bermanfaat.
Selamat mencuba ibu2.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

Tuesday, July 21, 2015

Kenapa Makan Supplement Tapi Tidak Berkesan?

Orang makan supplement, kita pun makan supplement. Tapi ramai jugak yang mengadu da makan supplement tapi tak berkesan.

Apa puncanya?

Rugi tau makan macam2 supplement tapi tak nampak kesan pun. Lagi rugi besar kalau makan supplement tapi tak detoks dulu.
Apa itu detoks?

Detoks adalah proses pembuangan toksin daripada dalam tubuh kita. Tak kiralah yang terhasil secara semulajadi ataupun terhasil sebab pemakanan seperti pestisida, bahan pewarna, MSG, logam berat daripada air minuman, lebihan ubat-ubatan yang tertinggal dalam tubuh, pencemaran udara, tekanan, pola makanan buruk dan kesan daripada radikal bebas.

Toksin-toksin yang terkumpul di dalam tubuh kita boleh membawa penyakit dan menggangu penyerapan nutrisi daripada usus kita.

Mengapa detoks penting?

1. Mencegah penyakit kerana toksin yang terkumpul boleh menyebabkan penyakit. Contoh mudah yang dapat kita lihat adalah pesakit buah pinggang. Kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkan bahan buangan dalam badan akan menyebakan toksin terkumpul dan menyerang organ2 lain. Sebab itulah mereka perlu menjalani proses dialisis untuk menyingkirkan bahan toksin secara manual.
2. Membersihkan bahagian dalam tubuh daripada toksin-toksin yang berbahaya contohnya usus, hati dan ginjal. Usus adalah organ yang berfungsi untuk menyerapkan nutrisi daripada makanan, manakala hati terlibat dalam proses metabolisma (memproses) dan ginjal untuk menapis semula bahan2 dalam darah sebelum disingkir keluar daripada badan.
4. Dalam kes pengambilan supplement, detoks membersihkan laluan pencernaan supaya nutrisi daripada makanan atau supplement dapat diserap dengan baik.
Apa yang perlu di DETOKS?

1. Hati
2. Usus kecil
3. Usus besar
4. Darah

Suplemen apa yang membantu.

1. DTX Complex : Detoks HATI
2. Herblax : Detoks USUS BESAR
3. Alfalfa : Detoks DARAH, USUS KECIL & USUS BESAR- Bersifat alkali yang mampu untuk meneutralkan lebih asid dalam badan yang menjadi punca penyakit.

Puasa adalah salah satu cara mudah untuk mengeluarkan toksin2 daripada badan kerana kita merehatkan sistem pencernaan dan memberi masa kepada badan kita untuk melakukan proses detoks secara semulajadi.

Selain itu juga, pengambilan air kosong secukupnya juga penting dalam proses detoks untuk flush semua toksin keluar melalui air kencing dan peluh.

Sebab itulah, bagi yang mengambil supplement tambahan anda dinasihatkan mengambil air secukupnya.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

AddThis