Saturday, August 1, 2015

Nak Bahagia? Jagalah Solat


Satu benda yang saya perhatikan dalam keluarga mertua, diorang sangat2 pentingkan solat. Masuk waktu, mak dan ayah mertua mesti ingatkan anak2 untuk solat secepat mungkin walaupun dah besar panjang, dah kahwin dah dan dah beranak pinak. 

Nak2 kalau waktu subuh. Mesti riuh rendah pagi2 buta. kedengaran suara mak dan ayah mertua duk kejutkan anak2 untuk solat subuh. Masa mula kahwin, geram jugak rasa bila ada orang bising pagi2 takut anak kecik terjaga. Tapi lama kelamaan saya dah boleh terima. Seronok tengok suasana keluarga yang mengutamakan solat. Yang saling mengingatkan. Tanggungjawab si ayah dan ibu untuk memastikan anak menegakkan tiang agama mereka iaitu SOLAT.

Kalau pergi keluar jalan2 kat mana2 mak mertua mesti bawak telekung. Masuk waktu solat dan jumpa mana2 masjib mesti berhenti untuk solat dulu.

Mungkin sebab inilah anak2 mereka semua 'menjadi'. Lepas habis belajar senang dapat kerja. Murah rezeki. Ikatan kekeluargaan pun sangat kuat.

Suka tengok mak dengan ayah mertua, walaupun dah berusia, tapi hubungan mereka macam pasangan yang baru kahwin. Sentiasa bersama. Makan bersama, kerja bersama, keluar jalan2 pun bersama. Jarang sekali ayah mertua keluar sorang2 melainkan ada urusan kerja sendiri. Keluar malam tu memang tak lah kan. Mungkin sebab tu jugaklah suami saya tak keluar malam atau mana2 selain ke masjid. Terikut2 dengan tingkah laku ayah dia la kan. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?. Anak2 pun sangat rapat dengan mak dan ayah. Bila agama diutamakan, semuanya akan baik2 saja kan:)).

Saya datang daripada keluarga 'biasa-biasa' saja dalam bab2 agama ni. Hubungan kami anak2 dengan mak ayah juga tidak rapat terutama dengan ayah. Kalau balik kampung masing2 diam je. Buat hal sendiri. Dengan mak jelah boleh borak2 sikit. 

Sebelum kahwin dan selepas kahwin memang dapat rasa perbezaannya. Saya nie suka solat diakhir waktu. Awal2 kahwin dulu, selalu jugak bermasam muka dengan suami sebab suami marah2 sebab susah sangat nak solat awal waktu. Pagi2 pun liat sangat nak bangun solat subuh awal2. Padahal memang salah sendiri lah kan, tapi beriya je merajuk ;)).

Saya ingat lagi, masa tu suami balik ke Kemaman semasa hujung minggu. Masa tu saya bekerja di Hospital Kemaman (PRP), suami pulak kerja di KL. Jadi setiap kali hujung minggu suami akan memandu sendiri balik ke Kemaman. Kitorang takde rumah sewa, jadi terpaksa menginap di hotel untuk 2 malam sepanjang berada di Kemaman (berlarutan lebih kurang 4 bulan sehingga bertukar ke Hospital Selayang). 

Nak dijadikan cerita, suatu pagi suami tergesa2 kejutkan saya bangun pagi untuk Solat Subuh. Jam kat bilik hotel dah menunjukkan pukul 7.15 pagi. Kelam kabut dibuatnya. Terus masuk bilik air untuk berwudhuk. Selepas solat terus mandi bersiap nak pergi kerja. Bila dah siap, saya jenguk ke luar tingkap dari bilik hotel. Masih gelap lagi. Saya mula rasa curiga. Saya tengok jam kat hp...baru 6.30 pagi!!!! Kompem kena main dengan suami. Dia adjust jam dinding sebab nak saya bangun awal. Gelak besar dia pagi tu..senget betulll!!!

Sepanjang perkahwinan yang dah berusia 5 tahun nie, saya dapat simpulkan bahawa,kalau nak bahagia:
1) Jaga solat 5 waktu
2) Solat di awal waktu
3) Utamakan solat walau dalam apa jua keadaan dan dimana sahaja.

Solat itu tiang agama.

Semoga Bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

AddThis