Thursday, August 27, 2015

Punca Puting Luka Semasa Menyusu

Mencegah lebih baik daripada merawat.

Jika sebelum ini saya kongsikan tips untuk elakkan puting luka, kali ini saya nak kongsikan pula punca-punca luka puting/nipple crack selain daripada teknik lekapan yang salah dan pam yang tidak sesuai :        

1. Menyusu dengan posisi ibu dan bayi yang tak betul.

Posisi yang betul semasa menyusu ialah ibu membawa bayi ke payudara, bukannya payudara kepada bayi. Kesilapan kebanyakan ibu adalah membawa payudara kepada bayi, akibatnya bayi tidak rapat dengan payudara dan bayi tak dapat melekap dengan betul, hanya dapat “tangkap” hujung puting sahaja. Ini sudah pasti buatkan ibu sakit dan luka.
Penyelesaian: Gunakan posisi yang betul semasa menyusu. Posisi bayi sepatutnya selari dengan badan dan kepala menghadap payudara ibu. Kedudukan bayi mesti rapat dengan ibu.

2. Penggunaan sabun di bahagian areola.

Tahukah anda, di kawasan areola (atau tampuk hitam) ibu ada struktur macam ‘jerawat’, ha ni bukan jerawat tau. Ini namanya kelenjar Montgomery, tugasnya menghasilkan cecair untuk melembapkan kawasan areola itu dan ia membawa bau air ketuban. Bau ini yang buatkan bayi ibu mengenal ibunya sendiri.

Penyelesaian: Elakkan penggunaan sabun di bahagian ini untuk mengelakkan kawasan ini kering. Ini adalah kerana apabila kawasan ini kering, ia lebih cepat luka atau crack. Memadai dengan cucian dengan air biasa atau air suam sahaja.

3. Sapuan krim/minyak yang tidak sesuai dengan kulit.

Sesetengah ibu yang mengalami luka pada bahagian puting atau areola membeli krim yang ada di pasaran dan menyapunya di kawasan luka. Beberapa hari selepas itu, luka menjadi lebih parah dan terjadinya jangkitan kulat. Ketika ini, sesi penyusuan dan pemerahan menyebabkan ibu lebih sakit.

Penyelesaian: Rujuk kepada doktor atau perunding laktasi jika anda dapati luka makin teruk dan masih tidak sembuh dalam jangka masa yang lama. Sebarang penggunaan krim hendaklah dipreskripsi oleh doktor yang telah membuat pemeriksaan ke atas anda.

Tips asas yang ibu2 boleh amalkan adalah:
(1) Kerap anginkan  payudara selepas menyusu atau memerah.   
(2) Jika memakai nursing pad, kerapkan tukar dan elakkan bahagian dalam baju dalam berpeluh atau basah.
(3) Selepas menyusu, sapukan susu perahan (yang di akhir sesi perahan, yang pekat tu) di bahagian luka/crack, dan anginkan dalam 5 minit. Ia dapat membantu luka lebih cepat sembuh.
klik untuk order: set lengkap menyusu

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis