Alya dah masuk 8bulan. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam bersalin:)).
Awal2 introduce puree kat Alya, rase macam leceh jugak. Yela, budak2 baru belajar nak makan. Banyak yang keluar dari masuk mulut. Habis comot mulut dia. Biasanya kalau nak makan, saya akan pakaikan Alya apron dulu takut kotor baju.
Tapi sekarang senang je. Nampak sudu terus bukak mulut. Terus telan. Takde dah yang terkeluar dari mulut. Cepat je habis. Kalau awal2 dulu, sempat rasa penat tunggu dia habiskan puree tu.
Bagi ibu2 yang dah ketandusan idea nak buat puree apa untuk si manja, disini saya kongsikan puree yang pernah saya sediakan untuk anak saya Alya yang sekarang dah berumur 8 bulan.
1) puree lobak merah.
2) puree labu
3) puree epal
4) puree buah lai
5) puree pisang
6) puree keledek
7) puree kentang
8) puree lai + epal
9) puree lai + belimbing
10) puree epal + mangga
Cara penyediaan yang super senang:
1) Cuci buah sehingga bersih.
2) kupas kulit dan potong kecil2.
3) kukus sehingga lembut.
4) Biarkan pada suhu bilik untuk seketika.
5) kisar halus dan tapis.
6) Siap untuk dimakan. Tambah air masak atau susu ibu jika tekstur puree terlalu pekat.
Boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak dan boleh dibekukan dalam tray cube. Tempoh penyimpanan dan cara penyediaan puree beku adalah sama seperti susu ibu yang dibekukan.
*untuk buah pisang dan mangga, tidak perlu dimasak. Hanya perlu kisar dan tapis sahaja.
Selamat mencuba ibu2. Jangan lupa apply 4days rules. (16 Q & A Tentang Solid Food Pertama Bayi)
Semoga Bermanfaat.
No comments:
Post a Comment