Tuesday, August 25, 2015

6 Tips Elak Puting Luka Semasa Menyusu

Alhamdulillah..

Akhirnya luka diputing (nipple crack) dah sembuh. Saya pasti ramai ibu2 diluar sana juga mengalami masalah yang sama. Saya mengalami masalah puting luka yang teruk sejak sebulan yang lalu sehingga bernanah. Setiap kali nak mengepam memang sakit yang teramat. Tapi terpaksa bertahan demi anak tersayang. Wajib ikut konsep demand and supply. Kalau menyusu terus (direct feeding) kurang sikit rasa sakitnya. Tapi kalau pergi kerja nak taknak kena pam jugak. Tapi macam biasalah, pam dalam keadaan menahan sakit hasilnya amat2 mengecewakan. Tapi saya tetap pam jugak untuk terus bagi rangsangan pada puting.

Pada awalnya saya cuba gunakan petua semulajadi yang ramai rakan ibu2 yang cadangkan   untuk letak susu ibu pada tempat luka. Mulanya macam berkesan. Tapi setiap kali lepas pam, luka akan jadi makin teruk. Yang saya perasan, bila saya cuti panjang dan hanya menyusu secara terus tanpa pam ketika bersama anak, luka dan kesakitan pada puting makin kurang. Tapi bila sesi mengepam kembali menjadi rutin harian, luka yang dah nak sembuh pun akan kembali sakit. Saya cuba sapu nursing cream cocoa butter sebelum mengepam sebagai pelincir. Alhamdulillah, kurang sikit sakit masa mengepam tetapi tidak membantu sangat untuk menyembuhkan luka2 tu.
Disebabkan terlalu sakit sampai sakit satu badan dan rasa nak demam, saya mengambil keputusan untuk minta pendapat doktor Dermatology. Klinik Pakar Dermatology Hospital Selayang dekat je dengan Farmasi. Jiran sebelah je. Bila semua pesakit di klinik dah habis, saya ambil kesempatan untuk jumpa doktor Dermatolgy yang perempuan sekejap. Saya tunjukkan pada dia masalah nipple crack  yang saya alami. Dia memang sudah mengjangkakan nipple crack tu disebabkan oleh breastfeeding. Tiap2 hari nampak saya kehulu kehilir dengan cooler bag mestilah semua orang disekeliling tahu yang saya tengah menyusukan anak kan:)). 

Doktor nasihatkan saya untuk mencuci luka dengan Normal Saline for irrigation (air garam) setiap kali lepas menyusu atau mengepam, kemudian sapukan dengan Mupirocin oinment (krim antibiotik) dan hydrocortisone oinment( krim steroid). Alhamdulillah, setelah konsistem sapu ubat2 tu selama 3hari, luka dah sembuh. Tapi saya perlu teruskan sampai hari ke 5. Sebab kalau antibiotik kena sapu berterusan paling kurang 5-7hari untuk memastikan semua bakteria mati.

Susahkan nak sembuhkan luka. Sebab itulah mencegah lebih baik dari merawat. Saya silap kerana tidak mencegah daripada peringkat awal lagi. 

Disini saya kongsikan sedikit tips elak puting luka semasa menyusu:
1. Pastikan lekapan yang betul

Pastikan mulut bayi mencakupi sebahagian besar areoala (kawan berwarna gelap sekeliling puting payudara. 

2. Jika bayi tidak mahu melepaskan puting kerana tertidur selepas menyusu, gunakan jari kelingking untuk keluarkan puting dari mulut bayi bukan dengan cara menarik puting secara terus dari mulut bayi kerana ini akan meningkatkan risiko puting ibu luka.

3. Pastikan saiz corong pam yang digunakan sesuai dengan saiz puting ibu

Bahagian puting sepatutnya dapat bergerak dengan baik semasa mengepam dan tidak bergesel dengan dinding corong pam. Ibu tidak merasa sakit atau pedih semasa memerah. 

Jika anda sakit dan melecet setiap kali memerah, dapatkan corong pam yang lebih besar dari saiz yang digunakan sekarang.

4. Gunakan kuasa sedutan yang perlahan pada awal sesi memerah.

Penggunaan pam susu seharusnya mimik cara hisapan bayi supaya tisu dan otot di payudara dapat mengeluarkan susu dengan baik. Tahukah anda, hisapan bayi menghasilkan kuasa vakum atau sedutan yang paling sesuai dan optimum untuk mengeluarkan susu dengan efektif dari payudara dengan pattern hisapan stimulation dan expression.

Cuba perhatikan cara bayi menyusu. Pada peringkat awal menyusu, hisapannya ringan dan laju-laju. Pada waktu ini dia sedang stimulate pengeluaran susu atau kita panggil stimulation phase

Dalam beberapa minit selepas itu, hisapan baby jadi perlahan dan mendalam. Pattern dia: hisap-telan-hisap-telan. Kita panggil expression phase semasa menggunakan pam susu.

Jadi, bagi mengelakkan rasa sakit, gunakan dulu stimulation phase di peringkat awal sesi memerah dan tukar ke expression phase bila susu dah mula memancut. Guna semula stimulation phase setiap kali aliran susu perlahan atau susu dah tidak memancut.

5. Pam yang kuat tak semestinya menghasilkan susu yang banyak.

Sebenarnya anda tidak memerlukan pam susu yang mempunyai kuasa sedutan yang sangat kuat untuk menghasilkan susu yang mencukupi. Sedutan yang optimum dan selesa sudah pasti dapat mengosongkan payudara dengan efektif.

Kalau sedutan pam terlalu kuat, ia boleh menyebabkan tekanan yang terlalu tinggi kepada tisu dan otot payudara dan anda berpotensi mengalami luka pada tisu breast atau saluran susu.

6. Ibu mesti relaks.

Pengeluaran susu menggunakan hormon oksitosin untuk mengecutkan otot payudara dan memancutkan susu. Rembesan hormon ini menjadi tidak lancar jika anda dalam keadaan stress atau tertekan. Akibatnya, sesi memerah menjadi panjang, hasil perahan sedikit dan breast masih merasa berat. Ini kerana aliran susu jadi tak lancar.

Bertenang, amalkan zikir dan membaca al-Quran semasa menyusu dan memerah. Ia membantu susu keluar dengan sangat lancar.

Credit to: CikguSusu
Klik Untuk Order: Set Lengkap Menyusu

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis