Tuesday, August 11, 2015

Amalan-amalan Selepas Kelahiran Bayi Baru

Ada sesetengah orang cakap staff Jabatan Farmasi nie mesti susah nak hamil sebab selalu terdedah dengan ubat. Tapi jangkaan itu meleset sama sekali. Apa yang saya tengok, staff Jabatan Farmasi di hospital Selayang nie terlebih subur. Tiap2 tahun ramai je yang cuti bersalin.

Saya baru je kembali bekerja awal April lepas. Alhamdulillah seorang lagi staff unit saya dah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.9kg pada 1/8/15 lepas. tu pun setelah 2 kali induce. Sorang lagi staff unit saya akan bersalin Oktober nanti. Tu baru unit saya. Unit2 di bawah Jabatan farmasi lain tak sebut satu2 lagi kan.

Kesian tengok kawan saya yang bersalin minggu lepas. Hampir 24jam dia menahan sakit. Ini boleh dikatakan pengalaman pertama beliau bersalin normal. Masa anak pertama terpaksa ceaser sebab uri di bawah. 

Saya juga mempunyai pengalaman yang sama merasai nikmat sakit untuk bersalin normal. Saya amat faham apa yang dia rasa. Masa anak pertama pun saya di induce jugak. Doktor bagi prostin untuk lembutkan serviks. 24 jam jugak menahan sakit. Alhamdulillah saya berjaya juga bersalin normal. 

Tapi kes kawan saya nie, walaupun dah di induce 2 kali, jalan masih tak terbuka. Akhirnya terpaksa emergency ceaser. Berlinang airmata dia bila dia menceritakan pengalaman bersalin kepada saya. Mata saya pun bergenang jugak dengar cerita dia. Sebab saya faham apa yang dia lalui. Alhamdulillah, anaknya dibenarkan keluar wad selepas seminggu ditahan diwad kerana tachycardia dan jangkitan pada peparu. Dan yang paling penting, kawan saya berjaya berikan susu ibu kepada bayi keduanya. Sebelum ini, mereka diuji dengan kelahiran pra-matang untuk anak pertama dan ditahan diwad NICU untuk tempoh yang agak lama. Disebabkan kekurngan ilmu dan pengalaman, anak pertama telah diberi susu formula sejak dari lahir lagi. 

Alhamdulillah untuk anak ke2 kali ini, saya diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk memulakan penyusuan dan bagaimana memastikan konsep demand and supply diikuti walaupun anak tidak dapat menyusu secara terus dan perlu minum susu ibu melalui cawan yang dibantu oleh jururawat NICU. Saya betul2 obsess dengan penyusuan susu ibu. Kalau boleh saya nak bantu semua orang untuk susukan anak sendiri sehingga 2 tahun. Saya pernah gagal, jadi saya tahu bagaimana untuk bantu orang lain untuk bangkit semula berdasarkan pengalaman sendiri.

Kali ini saya nak kongsikan tentang amalan-amalan selepas kelahiran bayi baru yang mungkin kita boleh amalkan:
1) Diazankan pada telinga kanan dan diiqamatkan pada telinga kiri: Supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi, azan juga adalah untuk mengusir syaitan yang memang menantikan kelahiran bayi.
2) Melakukan sujud syukur: suami disunatkan untuk sujud syukur sebaik sahaja anak keluar dari rahim ibu sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan perbanyakkan zikrullah.
3) Memberi nama yang baik kepada anak: Ibu bapa disunnahkan memberi nama pada hari ketujuh atau pada hari bayi dilahirkan. nama bayi haruslah mengandungi makna yang baik.
4) Membaca Surah al-Insyirah dijari manis dan ditahnikkan: Bayi baru lahir disunnahkan tahnik iaitu mengunyah kurma sehingga lumat lalu menggosokkan kurma ke langit mulut bayi bagi melatih bayi mengunyah dan membantu menguatkan mulut bayi untuk makan.
5) Mendoakan anak: hadis riwayat tirmizi menyebut salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya. Berdoalah memohon keberkatan untuk anak dan memohon perlindungan anak dari godaan syaitan.
6) Bercukur rambut: Disunnahkan untuk mencukur rambut bayi pada hari ke 7 kelahiran bayi. Rasulullah SAW menyuruh supaya mencukur rambut bayi dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak.
7) Aqiqah: Hukumnya adalah sunat muakkad dan afdhal dilakukan pada hari ke 7 kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak. bayi lelaki 2 ekor kambing, bayi perempuan 1 ekor kambing.
8) Mengkhatankan anak: sunnah dikhatankan pada hari ke7 kelahiran untuk kebersihan, mencegah penyakit seksual. Menjadi sunat untuk bayi perempuan dan satu kewajiban bagi bayi lelaki.

Semoga bermanfaat untuk sama2 kita amalkan.

No comments:

Post a Comment

AddThis