Jika semalam (12/8/15) kepala nie serabut sangat bila fikirkan apa yang dah terjadi. Asyik termenung je. Makan pun tak lalu. Berbuka puasa hanya makan 2keping roti choco raisin cicah air vico+susu kambing je, walhal lauk frozen yang dah disiapkan hujung minggu lepas sedia untuk dipanaskan sahaja dan ditambah mana yang perlu sahaja. Semuanya disebabkan 'masalah besar' yang jadi kat tempat kerja. Saya cuba tenangkan diri. Pujuk hati untuk berserah pada Allah. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan, tambah2 lagi dalam keadaan fikiran berserabut.
Masuk waktu Isyak, saya terus berwudhuk dan bersiap untuk solat ditemani Alya ditikar sejadah. Tiada siapa yang boleh leraikan kekusutan saya. Tiada siapa yang boleh settlekan 'masalah besar' saya. Tapi saya yakin hanya Allah yang boleh leraikan semuanya. Allah boleh settlekan 'masalah besar' saya.
Saya cakapkan pada diri saya, hanya Allah yang boleh tolong, jadi kena minta tolong dengan Allah, mengadu kat Allah, menangis depan Allah, ambil hati Yang Maha Pencipta, Pemilik Alam Semesta. Saya betul2 nak Allah tolong saya sebab saya hanya boleh minta tolong dengan Allah tidak pada orang lain. Selesai solat, mulut tak henti2 Istighfar, zikir dan Selawat. Memuji kebesaran Allah. Saya yakin, dengan Istighfar dan Selawat ia dapat menolong selesaikan 'masalah besar' saya.
Alhamdulillah, selesai solat saya lebih tenang dan bersedia untuk memasak makanan berbuka puasa yang dah terlewat sebenarnya. Saya dah boleh kembali senyum dengan suami dan anak2. Alhamdulillah, 'masalah besar' tu tak merosakkan malam kami sekeluarga yang sememangnya singkat sangat2 terutamanya masa weekdays.

Keesokkan pagi, sampai je kat tempat kerja, saya ditunjukkan jalan untuk selesaikan 'masalah besar' saya tu. Semuanya berjalan lancar sehingga semuanya selesai. Alhamdulillah Allah dah tolong saya. Allah dah makbulkan doa saya, insan hina yang penuh dosa nie..Allah masih sayangkan saya. Allah tu Maha Pengampun walaupun dosa kita terlalu banyak tak terhitung.
Saya kembali tenang dan buat kerja macam biasa. Bila buka emel, dapat lagi berita gembira yang menyelamatkan saya dari perkara yang saya taknak buat sangat2 tapi terpaksa buat disebabkan arahan orang atasan.
Jadi jelaslah kepada kita kelebihan istighfar dan selawat yang patut kita amalkan setiap detik dan waktu bukan ketika dilanda masalah sahaja.
Jom banyakkan Istighfar dan Selawat kepada Rasulullah SAW.
Selamat beramal:)
Selamat beramal:)
Saya mohon share ye ape2 Dari artikel ini.mungkin saya sudah share.ape2 boleh WhatsApp atau mesej saya di 0177698526. Semoga bermanfaat
ReplyDeleteDipersilakan..semoga memberi manfaat kepada lebih ramai orang hendaknya..
DeleteJOM BACA & HAFAL PENGHULU ISTIGHFAR.
ReplyDelete: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “ Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. [Riwayat al-Bukhari (6306)]
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa membacanya (penghulu istighfar) pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (HR. Bukhari)
https://www.facebook.com/penghuluistighfar99/