Thursday, May 8, 2014

17 Rahsia Tambah Susu Ibu

Dah bersedia nak tahu 17 rahsia cara banyakkan susu ibu? Jom kita bongkar.
  1. Pasang niat mahu menyusukan anak hingga 2 tahun. Niatkan menyusukan anak kerana nak penuhi syariat Islam. Bukan sebab sayangkan anak. Ibu yang bagi susu formula juga sayangkan anak mereka.
  2. Letak target jangka masa panjang (2 tahun).
  3. Buat juga target 6 bulan (sepanjang 2 tahun). Bagi memotivasikan diri ibu.
  4. Belajar, belajar, belajar. Pergi kelas asas penyusuan atau kelas 'internet'. Ajak suami belajar sekali.
  5. Cari kawan-kawan seangkatan. Join kumpulan sokongan.
  6. Dapatkan alat kelengkapan mengepam susu.
  7. Rooming-in dengan bayi lepas melahirkan.
  8. Susukan bayi sejurus selepas bayi lahir. (Jangan expect susu memancut waktu nie, masa nie yang ada hanya kolostrum. Dan bayi tak perlu sangat susu ibu, yang dia perlu dakapan hangat ibu ke dada. Nak lagi best biarkan bayi membuat 'breast crawl').
  9. Susukan bayi sekerap mungkin. Tak perlu tunggu 2 jam sekali. Susukan saja bila bayi nak. (Jika bayi jenis yang gemar tidur. Kejutkan bayi untuk menyusu).
  10. Makan makanan yang berkhasiat. Piramid makanan yang lengkap. Nak lebih bagus ambil Set Penyusuan Shaklee. Insyallah semua vitamin dan mineral ibu dapat, bayi juga menikmati melalui susu ibu. 
  11. Minum air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter. Barulah berkesan rahsia cara banyakkan susu ibu nie.
  12. Bila dan mula berkerja. Buat jadual mengepam (3 jam sekali). Kalau boleh ganti balik masa yang kita gunakan untuk mengepam dengan kerja lebih masa tanpa 'claim'. Moga dapat berikan susu yang berkat kat anak.
  13. Elakkan stress di tempat kerja (B Complex Shaklee bantu elak stress).
  14. Cari perkara yang menyeronokkan waktu mengepam. Tengok video atau gambar anak. Baca buku. Atau bacalah Al-Quran atau berzikir.
  15. Jangan harap tidur nyenyak 8 jam di waktu malam. Ibu perlu bangun sekali waktu ini. Waktu ini hormon prolaktin (hormon pengeluaran susu) sangat tinggi. Tak perlu lama, 15 minit pun cukup. (Tapi tahukah ibu bahawa masih banyak lebihan susu yang si manja tak hisap. Jika tak dipam, makanya tiadalah signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu). 
  16. Tak usah bandingkan susu ibu lain yang sekali pam 30oz. Bersyukur, jika susu yang ada tak disyukuri malah dirunguti, macam mana Allah mahu hadirkan lebih banyak susu. Jadi bersyukur.
  17. Berdoa Allah berikan rezeki susu yang banyak dan cukup. Jangan pula takbur, 'aku hebat boleh produce susu banyak sampai 2 deep freezer penuh'. Tiadalah daya dan kekuatan kita melainkan dengan bantuan Allah. Susu ibu kan rezeki dari Allah.


Nota kaki: Jika mahu mengambil Set Penyusuan Shaklee, pastikan sudah melaksana semua yang diatas. Set Penyusuan bukan pil magic. Makan je terus memancut-mancut susu. Tujuan utama Set Penyusuan Shaklee adalah membantu ibu mendapatkan zat, vitamin dan mineral yang lengkap. Jadi badan ibu pun sihat, dan bertenaga. Boleh melaksanakan aktiviti menyusukan dan mengepam dengan lebih baik. Walaupun tidur tak cukup. Sebagai bonus, susu ibu akan menjadi lebih pekat (bayi cepat kenyang, tak payah menempel lama-lama), juga susu akan bertambah. Lagi sekali jangan harap makan Set Penyusuan baru sehari, susu dah melambak-lambak. Namanya juga usaha, jangan lupa mohon Allah berikan yang terbaik bagi ibu dan anak.

Credit to http://welovesusuibu.blogspot.com/

Klik Untuk Order : Set Menyusu Shaklee

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 




ZARIDA ZAKARIA


Shaklee Independent Distributor

+6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis