Wednesday, December 30, 2015

Tips Elak Gigitan Nyamuk Dan Rawat Demam Denggi.

Dah lama tak dengar kes demam denggi kan. Tapi dalam tempoh seminggu nie tiba2 dapat berita 2 orang kenalan yang dijangkiti demam denggi.

Kawasan rumah saya antara "black area" untuk kes denggi. Sebagai langkah pencegahan awal, saya akan pasangkan ubat nyamuk elektrik menjelang petang sehingga pagi. Nyamuk aedes aktif mencari mangsa di lewat petang dan di awal pagi. Pintu dan tingkap wajib ditutup menjelang petang termasuklah pintu bilik air.

Antara tips untuk elakkan gigitan nyamuk:
1) Gunakan ubat nyamuk.
2) Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
3) Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30
petang-8.00 malam).
4) Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada
rumah.
5) Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

DAN

6) Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

i) Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. 
ii) Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. 
iii) Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut. 
iv) Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Sumber: www.myhealth.gov.my

Risau kan kalau dijangkiti demam denggi. Lagi merisaukan kalau anak2 yang dijangkiti demam denggi. 

Bayangkan untuk disahkan demam denggi, darah perlu diambil..mestilah sakit bukan? Apabila dimasukkan ke wad kena dimasukkan "drip" lagi. Tak boleh dibayangkan. Kita yang dewasa pun kalau boleh taknak lalui semua itu, inikan pula anak. Tak boleh dibayangkan macam mana doktor nak cari 'line'untuk ambik darah dan masukkan drip. Semoga dijauhkan semuanya. Yang penting kita sudah berusaha mencegah, selebihnya bertawakal kepada Allah.

Bagi yang telah disahkan dijangkiti demam denggi, dalam usaha merawat demam denggi, saya cadangkan pengambilan:

1) Nutriferon: sejenis immune booster yang akan merangsang perembesan interferon dalam badan yang akan bertindak melawan jangkitan virus dalam badan.
Klik Untuk Order: Nutriferon

2) Performance drink: minuman isotonik yang terdiri daripada elektrolit2 yang penting untuk mengekalkan bendalir dalam badan dan mengelakkan dehidrasi.
Klik Untuk Order: Performance Drink

3) Vitalea: Multivitamin dan mineral yang membantu menaikkan platelet dan hematocrit untuk mengelakkan demam denggi berdarah.
Klik Untuk Order: Vitalea

Semoga kita dijauhkan daripada sebarang penyakit. Semoga kita diberi kesembuhan bagi setiap penyakit yang kita hadapi.

Usaha dan tawakkal kepada-NYA.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

2 comments:

  1. Nutriferon ni memang berguna sangat. Wajib ad kt rumah ��

    ReplyDelete
  2. Jagalah kebersihan,cegahlah deman berdarah sedini mungkin....

    Hai admin saya suka dengan tampilan website anda yang membahas materi didalamnya ,suatu saat akan berkunjung lagi.
    ==========================
    https://top-trulum.com
    #trulum
    #trulum awet muda
    #jual trulum
    #trulum synergy
    #trulum skincare

    ReplyDelete

AddThis