Thursday, February 12, 2015

Cara Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Dibekukan


Cara mencairkan perahan susu ibu yang dibekukan:

1. Sentiasa gunakan susu yang paling awal diperah (FIFO=First In Fisrt Out)
2. Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.
3. Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja).
4. Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam. Tidak boleh disimpan semula.
5. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.
6. Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian pergelangan tangan.


Ulasan mengikut pengalaman sendiri:

1. Biasanya saya akan pindahkan susu beku ke bahagian bawah peti ais, sejurus sebelum masuk tidur. Sebab susu  beku yang dah dicairkan mesti digunakan dalam tempoh 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula. So in case susu yang kita bagi kat nursery tak habis boleh la cuba bagi bila sampai kat rumah nanti.

2. Untuk memudahkan kerja memanaskan susu, eloklah pakai warmer cam kat bawah nie..saya beli yang macam nie..tapi warna biru. Lagi senang nak pakai. Terus setkan pada susu 40 darjah atau kurang sikit. Biar dalam 5 minit then siap untuk diminum. Tapi still kena cek suhu di dengan menitiskan sedikit kat pergelangan tangan. Kalau guna air suam agak leceh. Sebab air suam akan cepat sejuk sebelum susu tu suam. kena selalu tukar air untuk pastikan dia panas2 suam.


3. Saya pernah terbaca info daripada sumber yang dipercayai, tentang susu yang dah dipanaskan dan tidak habis diminum boleh disimpan semula dalam peti sejuk, kemudian dipanaskan semula untuk penyusuan ke 2. Jika tidak habis jugak, susu hendaklah dibuang. Biasanya saya akan cuba habiskan dalam mase 2 jam. Selapas tu saya akan buang.

4. Untuk melarutkan lapisan lemak yang terpisah, kena goyangkan perlahan2 bukan mengoncang dengan kuat sebab akan merosakkan molekul susu..

Semoga ibu2 berjaya menyusukan anak dengan susu ibu selama 2 tahun. InsyaAllah.

~Sebarkan Kebaikan Susu Ibu~
Klik Untuk Order : Set Lengkap Ibu Menyusu

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis