Monday, February 23, 2015

Supplemen Untuk Ibu Hamil.

Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrient tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan supplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrient yang diperlukan bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Pengambilan vitamin dan supplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pra-matang dan kekurangan berat bayi.

Apakah vitamin yang penting untuk ibu hamil?


1. Merupakan supplement paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan.
2. Ia boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural) atau spina bifida.


3. Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil.
4. Dos 400mcg setiap hari sekurang-kurangnya sehingga 12 minggu pertama kehamilan.
5. Sumber makanan: sayuran hijau dan kekacang.



1. Ibu hamil perlu mengambil zat besi jika kandungan zat besi dalam darah rendah.
2. Risiko kelahiran pra-matang dapat dikurangkan.
3. Pengumpulan zat besi adalah penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan.
4. Dos melebihi 30mg boleh mengganggu saluran pencernaan seperti sembelit.
5. Sumber makanan: daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium. (Ostematrix)

1. Penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi terutamanya pada trimester ke3.
2. Juga penting untuk mengelakkan kekejangan otot kaki ibu.
3. Kekurangan  kalsium akan menyebabkan berlakunya kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu sendiri.
4. Kekurangan kalsium yang serius boleh meningkatkan risiko ibu untuk mendapat pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
5. Dos yang disyorkan: 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).
6. Sumber makanan: Susu, keju, yogurt, brokoli, badam, tauhu, kacang soya.

Asid Lemak perlu (omegaguard)

1. Asid lemak omega 3 DHA dan EPA penting untuk perkembangan otak dan saraf bayi.
2. Sumber makanan: ikan (jangan makan terlalu banyak kerana bimbang kandungan merkuri yang tinggi.

Vitamin D (Ostematrix)

1. Membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalakn tahap kalsium dan fosforus dalam badan.
2. Dos yang dicadangkan : 200iu setiap hari.
3. Sumber makanan: ikan sardin, mackerel, ikan salmon, telur dan daging,

Tips Pengambilan vitamin dan supplement:

1. Pastikan dos dan kandungan sesuai dengan keperluan ibu hamil.
2. Bagi mengelakkan loya, cuba ambil supplement pada waktu malam sebelum tidur. Dinasihatkan untuk mengambil supplement selepas makan bagi mengurangkan iritasi semasa perut kosong.
3. Multivitamin untuk kehamilan seharusnya mengandungi asid folik, zat besi, vitamin d dan kalsium. Boleh juga mengambil multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B seperti B6 dan B 12, potassium, zink dan vitamin E.
4. Pastikan multivitamin kehamilan tidak mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada sumber haiwan kerana kuantiti yang banyak boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A boleh diambil dalam bentuk provitamin A iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan dan selamat untuk bayi.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis