Alya tiba2 hidung berair pulak pagi tadi (9/2/15). Kesian tengok dia. nak menyusu pun susah. Kalau sebelum nie saya selsema (16/01/2015), saya cuba petua yang adik saya kasi. Letak hirisan bawang merah dalam ruang rumah. Terutamanya tempat yang kita selalu lepak. Jadi saya pilih dapur, ruang tamu dan bilik tidur. Alhamdulillah, dengan izin Allah sehari je dah sembuh. Jadi saya buat benda yang sama pada Alya. Alhamdulillah..malam tu hidung dia dah tak berair dah.
Sebenarnya dah lama baca petua bawang merah nie, tapi sebab susah sangat nak kena selsema (setahun sekali kot), sebab tu tak pernah cuba. Tapi hari tu selsema cam teruk je. Dah la tengah menyusukan Alya..takut die berjangkit pulak. Tu yang cube petua tu. kalau boleh taknak makan pape ubat mase tengah menyusu nie.
Selain bawang merah, bawang putih juga boleh digunakan untuk merawat selsema/batuk. Info ni saya ambil dari http://www.kisahemasputih.com/. Petua nie pun saya dah cuba.
Minyak Bawang Putih
Minyak bawang putih ini boleh digunakan sama ada untuk disapu pada dada ataupun tapak kaki anak jika anak anda mengalami batuk atau selsema.
Caranya:
1. bakar bawang putih di atas api tanpa membuang kulit bawang tersebut.
2. Setelah itu, lenyekkan bawang tersebut di dalam pinggan yang berisi minyak. Anda boleh gunakan minyak zaitun/minyak masak. (saya guna minyak kelapa dara)
3. Kemudian sapukan pada tapak kaki/ dada anak anda.
Kaedah Stokin bawang Putih.
Caranya:
1. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit seperti jenis berkait atau yang berlubang2, kemudian ambil sehelai lagi stokin, masukkan bawang putih yang telah ditumbuk (tidak perlu lumat).
2. Untuk bayi, ambil separuh bawang putih dahulu, ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sebab kepanasan bawang putih).
3. Untuk anak yang lebih dewasa, boleh gunekan sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang ptuih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaan begitu. Selalunyanafas anak juga akan berbau bawang putihapabila bangun tidur.
Tujuan kaedah di atas adalah supaya bawang putih itu menyerap ke dalam kulit dan bertindak sebagai antivirus. Bawang ptuih bukan sahaja bertindak sebagi antivirus, ia juga bertindak sebagai antibakteria dan menguatkan lagi sistem imun.
Selamat Mencuba!!!
No comments:
Post a Comment