Tuesday, February 24, 2015

Resepi Cheesecake Mudah.

Gambar Hiasan

Hujung minggu lepas cube buat cheesecake.  Nie pertama kali saya cuba. Terfikir nak buat pun bile ade kawan kat FB shared video step mudah untuk buat cheesecake..memang sangat2 la mudah. Bahan2 pun senaang nak cari.. 

Pagi tu suami pergi keluar ke pasar borong Selayang nak beli barang basah. Lepas tu singgah kedai jap tapau makanan untuk sarapan pagi..mase duk tunggu roti canai siap, dia scroll FB, pastu nampak saya shared video cheesecake  tu..pastu die pun terus gie beli bahan2 kat speedmart..Suami pun cakap senang giler bahan2 die..tu yang die terus gie beli tanpa disuruh..memahami betul kan:))

Tapi nak buat tu mencabar jugak la sebab ditemani oleh anak2 dara nie..nasib baik abah diorang ade untuk jaga si kecik yang baru nak masuk 3 bulan tu..huhu..riuh rendah kat dapur..dua2 berebut nak tolong..nak pegang mixer, nak carik-carikkan cheese..adoiila..tp seronok jugak..dah namenye anak dara kan..mesti kena tolong ummi kat dapur:)

Resepi nie saya ringkaskan dari video tu:

Resepi cheesecake mudah giler:
Bahan A 
Campurkan 300ml susu segar, 100g butter dan 6 keping keju cheddar yang dicarik-carikan. Panaskan di atas api yang perlahan. Dan sebati padamkan api. Kemudian sediakan bahan lain.
6biji telur gred A yang diasingkan kuning dan putih.
Bahan B 
Pukul putih telur hingga kembang. Pukul sampai kalau tonggeng pun bekas tu, putih telur tu tak jatuh/tumpah pun. Kemudian masukkan 125g gula (~ 1/2cawan).
Bahan C 
Pukul kuning telur hingga sebati.

Kemudian masukkan Bahan A ke dalam Bahan C. Masukkan sikit2 sebab Bahan A tu panas lagi. Kemudian baru tambah Bahan B (step nie saya ubah sikit sebab Bahan B ade dalam bekas paling besar..jadi saya tuangkan adunan A + C ke dalam Bahan B) . Untuk langkah yang nie, saya putarkan mixer pada level paling rendah. Adun gitu2 je..sebab nak pastikan Bahan B tadi tu maintain gebu je..Selepas tu, baru tambah 100g tepung (~1cawan) sedikit demi sedikit. Kemudian tuang dalam dulang pembakar.
Bakar dalam bekas berisi air panas pada suhu 170°c untuk 20minit pertama kemudian 140°c untuk 40minit berikutnya.


Untuk dulang pembakar tu saya ganti dengan loyang bulat biasa sebab dulang pembakar boleh ditanggalkan tu tak muat nak masuk dalam bekas satu lagi yang nak isi air panas tu..Jadi saya alaskan loyang dengan kertas minyak, bawah dan tepi sekali supaya senang nak keluarkan bile dah masak.

Hasilnya cheesecake yg bukan sahaja gebu tapi moist je..anak asyik mintak je..

Gambar tak snap pun..takut kene complain ngn suami...kalau saya buat lagi saya curi2 snap gambar ea:))

Kalau ada pape yang tak faham boleh tanye ea:)

Selamat mencuba..anak2 mesti suke:))

No comments:

Post a Comment

AddThis