Hari ni saya nak kongsikan tips mudah untuk hentikan anak hisap puting kosong. Ini pengalaman saya sendiri.
Tipsnya hanya SABAR!!!
Alkisahnya bermula semasa kami sekeluarga dalam perjalanan untuk balik kampung di Terengganu. Tak lama selepas bergerak dari rumah, saya tanyakan pada suami, "puting kak ngah mana?" sebab tak nampak pun kat mulut dia. Suami cakap dia tak ambil. Pada mulanya suami nak patah balik untuk ambil puting tu sebab kitorang memang dah tahu kak ngah tak boleh berpisah dengan puting tu, terutamanya masa nak tidur malam dan setiap kali lepas habis minum susu. Lepas minum susu minta puting kosong..duk hulur2 je tangan tu..
Tapi saya batalkan niat suami untuk patah balik sebab saya memang bercadang untuk hentikan dia daripada hisap puting tu lagi. Lagipun umur dia dah nak masuk 2 tahun lagi 2 bulan. Gigi pun dah nampak jongang. Dah la anak dara, mane umminya tak risau kan..huhu..Sepanjang perjalanan kak ngah diam je..termenung..macam sedih sebab puting dia takde. kitorang memang dah cakap kat dia "puting tertinggal..kenapa kak ngah tak ambil tadi..tula,suka letak merata2 kan..kan dah hilang"..Dia macam faham dan akui tu salah dia..hihi..
Tapi bila tiba masa dia minum susu dan nak tidur mulalah dia tercari2 puting dia..pastu meragam jugak masa nak tidur tu..tapi kitorang layan jela kerenah dia tu...begitulah seterusnya setiap kali habis minum susu, mesti dia hulur2 tangan minta puting kesayangannya.
Tapi keadaan jadi makin teruk bila tibe di kampung. Dia asyik meragam je..asyik nangis,mintak dukung je selalu..kitorang tetap SABAR melayan kerenahnya sebab kitorang tahu, kak ngah jadi camtu sebab puting dia takde..Perkara yang sama berlarutan selama seminggu sepanjang kitorang berada di kampung.
Suatu petang, kami sekeluarga pergi ke Manjaku Mall di bandar Kuala Terengganu kerana ingin mencari breastmilk Stogare bags. Tiba2 pulak stok yang saya bawa dari rumah dah nak habis. Masa duk mencari tu terjumpe la puting yang macam kak ngah punye. dia duk tunjuk2 cakap "kak ngah punye". Kitorang cakap "kak ngah punye kat rumah, nnt kita ambil". Die mengiyakan je.
Selepas seminggu di kampung, kitorang kembali semula ke KL. Setibanya di rumah, saya dah suami terus mencari puting untuk disorokkan daripada kak ngah. Sebenarnya, kak ngah ada 3 puting kosong. Semua kitorang sorokkan daripada dia. Berbanding di kampung dan di rumah sendiri, kak ngah nampak lebih tenang di rumah sendiri. Cumenya, kalau nak tidur kena tepuk2 sikit. Kalau dulu bagi je puting, dia pandai2 tidur sendiri. Tak perlu dodoi2. sekarang nak jugak ummi tepuk2.
Nak dijadikan cerita, masa saya tengah cuci botol susu kat dapur dia datang panjat nk join sekali..tolak kerusi pergi sinki..masa duk main2 kt sinki tibe2 dia ternampak puting kesayangannya. Boleh nampak riak wajah 'happy' kt muka dia..yela..puting kesayangan dah jumpe..tapi tangan dia tak sampai nak ambil puting tu..sibuk duk suruh ummi ambilkan..serba salah dibuatnya..Saya pun ambil putung tu dan cakap kt dia "puting dah rosak..nak putus dah..kena buang"..sambil2 tu saya tarik puting tu sampai putus..puting tu memang dah nak terputus dah pun...lepas dah putus saya bagi dia pegang. Happy je tengok muke dia..die cube hisap puting yg dah putus tu..tp nampak die cam kekok sikit..mungkin sebab dah seminggu tak hisap puting. Yang kelakarnya, dia siap cube hisap pemegang puting tu lagi..huhu..kesian betul..lepas tu abah dia pujuk suruh buang sebab dah rosak..Akhirnya dia buang sendiri dalam tong sampah..
Alhamdulillah..akhirnya kak ngah melupakan puting kesayangannya.
Semoga ibu2 diluar sana berjaya jugak la ye..yang penting kena SABAR!!!
No comments:
Post a Comment