Thursday, February 19, 2015

Cara Pegurusan Stok Susu (EBM) bagi Ibu bekerja



Hari Sabtu lepas pergi singgah rumah abang ipar. Kebetulan suami tolong hantarkan adik ipar daftar sambung Master di UITM Shah Alam. Macam biasa la, bila jumpe kakak ipar, mesti ade sebut pasal susu ibu. Hari tu, kakak ipar mengadu susu tak banyak sampai terpaksa top-up susu formula. Saya kongsikan sedikit sebanyak tips untuk banyakkan susu ibu berdasarkan konsep "supply and demand". Alhamdulillah, sekarang dia dah tak bagi susu formula dan tengah berusaha keras untuk menambah stok susu untuk bekalan anak kat pusat jagaan.

Borak punye borak sampai ke topik pembekalan susu EBM kepada pusat jagaan. Kakak ipar cakap susu yang dibekalkan kepada pengasuh semua yang beku. Takde satu pun yang segar. Saya tanyakan kenapa tak bekalkan sekali susu segar terutamanya yang diperah di pejabat. Tapi melihat reaksinya, nampak dia macam keliru. Keliru dengan soalan saya kot. Saya cuba mengingatkan dia bahawa susu segar adalah lebih baik berbanding susu beku kerana kandungannya berbeza. Walaubagaimanapun, susu beku jauh lebih baik daripada susu formula. Sekarang saya baru tahu, ramai lagi ibu2 yang belum tahu perbezaan susu perahan beku dan susu perahan segar. 

Sekembalinya saya di rumah, terngiang2 di telinga saya apa yang kakak ipar saya ada cakapkan tadi. Dia akan tinggalkan susu yang dibekalkan sebelum pergi kerja tetapi tidak dapat dihabiskan pada hari tersebut di pusat jagaan untuk kegunaan hari esok. Setahu saya, susu perahan beku yang dah dicairkan mestilah dihabiskan dalam masa 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula melainkan susu perahan beku yang masih beku dihantar ke pusat jagaan terus dimasukkan ke dalam freezer tanpa sedikit pun mencair sepanjang perjalanan ke pusat jagaan.

Di sini saya nak kongsikan sedikit tips penyimpanan susu optimum.

1. Di tempat kerja:
    Simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais (jangan dibekukan).
    Rasional: Untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara ari proses pembekuan.

2. Sampai di rumah:
    Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan) untuk digunakan pada keesokkan hari. Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais.

3. Pengurusan bekalan susu:
    Pada setiap hari, ambil satu botol susu beku (yang bertarikh paling lama), bawa turun ke bahagian sejuk peti ais untuk dibiarkan mencair semalaman. Gunakan keesokan harinya bersama susu segar di bahagian sejuk peti ais.
   Rasional: bayi akan dapat memperolehi semaksimum mungkin susu perahan segar setiap hari dan hanya sedikit sahaja susu simpanan beku.

Contoh perlaksanaan:

Mariam telah membuat simpanan susu beku sejak dalam pantang lagi. Pada hari terakhir berpantang, beliau telah berjaya mengumpulkan 40 botol susu perahan yang mengandungi 4oz susu didalamnya. Pada hari pertama bekerja, beliau berjaya mengumpul 4 botol susu perahan yang mengandungi 4oz setiap satu. Anak Mariam minum sebanyak 16oz susu perahan sepanajng beliau berada di tempat kerja. Apabila beliau sampai ke rumah, beliau menyimpan 3 botol susu perahan segarnya di bahagian sejuk peti ais dan satu botol ke dalam bahagian beku. Beliau juga membawa turun 1 daripada 40 botol susu simpanan bekunya ke bahagian bawah peti sejuk. Jadi keesokan harinya, Mariam dapat membekalkan anaknya 16oz susu di mana 12 oz dari susu perahan segar manakala 4oz sahaja susu beku yang telah dicairkan.

Boleh juga ikut formula nie..

Formula 1,2,3...

Kalau sehari ada 6 sesi pemberian EBM (expressed Breast Milk) kepada bayi:

Sesi 1: Fresh EBM (yang baru diperah sebelum pergi kerja).
Sesi 2 & 3: Frozen EBM yang dah dicairkan dan dipanaskan sebelum diberikan kepada bayi.

Sesi 4,5, & 6: Chilled EBM (stok EBM yang disimpan dibahagian sejuk)

Gambar Hiasan. Lepas nie nak buat camnie la..siap ade nota lagi :)
(Sumber: www.nursalwa.com)

Hikmah Perlaksanaan Simpanan Susu Optima.

1. Kesegaran susu ibu masih boleh dipelihara (tidak membusuk) dengan proses pembekuan. Walau bagaimanapun, sebahagian kandungan antibodi dan sel hidup di dalamnya akan berkurangan.

2. Walaupun begitu, susu perahan beku masih lebih baik berbanding susu formula kerana susu formula langsung tidak mengandungi sebarang antibodi.

3. Pemberian maksima susu perahan segar dapat menjamin bayi memperolehi susu ibu yang mengandungi antibodi yang tinggi setiap hari.

Sumber rujukan: Guideline for storing Human Milk, Anna Smith, IBCLC.

~Sebarkan kebaikan susu ibu~
Klik Untuk Order: Set Lengkap Ibu Menyusu

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis