Tuesday, July 14, 2015

Raya 2103 Yang Penuh Dengan Tragedi.

Lagi 3 hari nak Rayeee!!!

"Meriah sungguh dihari raya..semuanya orang bersuka ria......lalala".

Lagi 2 minggu nak raya lagu2 raya dah mula berkumandang dicorong2 radio. Rasa tak sabar2 nak raya. Tengah dispense kat kaunter pun, telinga duk melayan lagu raya di radio..boleh hilang fokus nie..tak pasal ade medication errors..semoga dijauhkan:)). 

Bukan apa, tak sabar2 nak balik kampung. Dah 3 bulan tak balik kampung. Mesti kak yaya pun rindu giler dengan nenek dia. Nenek pun mesti rindu giler kat diorang. Kak yaya dah siap pesan suruh belikan bunga api banyak2. Dia lupe kot peristiwa ngeri dia dengan bunga api..huhu

Raya 2013 penuh dengan tragedi..

Semua berlaku serentak..Masa tu Kak yaya kecik lagi. Baru 2 tahun. Zulfa pulak baru je lahir..baru 5bulan.

Selepas seminggu beraya dikampung saya kembali bekerja. Tapi 2-3hari lepas tu tibe2 pulak kena chicken pox. Mak cakap mase kecik saya dah pernah kena, tapi kena lagi sekali. Mungkin chicken pox tu hanya chicken pox biasa dan tahap jangkitannya tak mampu untuk merangsang badan untuk hasilkan antibodi terhadap virus ini. Sebab tulah  boleh berjangkit dengan abang sulong saya kot.
Yang merisaukan saya ialah Zulfa yang masih kecil dan perlu breastfeed, stok EBM pulak takde. Mase nie stok cukup2 makan je. Terpaksa direct feeding jugak walaupun badan penuh dengan blister chicken pox. Dan akhirnya seperti dijangka Zulfa pun berjangkit sama. Kak yaya pun berjangkit juga akhirnya sebab suka sangat cium2 zulfa. Budak2, susah nak kawal contact diorang.

Selepas dapat mc seminggu daripada doktor, saya minta suami hantar saya dan anak2 ke kampung. Nanti mak boleh tolong jagekan anak2 jugak kan..ambil kesempatan betul la kan:)).

Dari KL terus balik Setiu (rumah suami), ingat nak bermalam 1 malam kat sana sebelum balik rumah mak saya di Ajil. Sampai je rumah nenek, kak yaya terus ajak paksu dia main bunga api. Saya terus masuk bilik untuk pam susu. Tiba2 dengar kak yaya menjerit  Pelik dengar dia menjerit macam tu..dalam hati dah takut2 dah..saya jerit panggil suami mintak dia tengokkan kak yaya..terkejut bila tengok mata kak yaya melecur sebab bunga api. Kak yaya menangis meraung2 menahan sakit.

Mak dan ayah mertua pun ada masa tu..diorang cakap, "takde pape tu. Kena sikit je..pergi basuh dengan air..nanti ok la.." Semudah tu...oh NO!!!!!!. Dah..malas nak pikir FULL STOP.

Saya dan suami cuba panggil kak yaya nak tengok tindakbalas mata dia..luluh hati bila tengok mata kak yaya tak boleh gerak. Hanya sebelah mata yang tak kena percikan bunga api je yang bergerak2...

Ya Allah..sedih sangat masa tu..saya ajak suami pergi hospital masa tu jugak..awal2 suami cakap tak payah sebab terpengaruh dengan cakap mak ayah dia yang cakap lecur kat mata tu sikit je..lagipun hari tu hari cuti..tapi saya berkeras jugak nak bawak Athirah pergi hospital. Lagipun bahagian kecemasan mesti bukak 24 jam kan.

Sampai je di bahagian kecemasan Hospital Setiu, doktor terus panggil untuk masuk ke dalam bilik rawatan. Hanya seorang penjaga dibenarkan masuk bersama pesakit, jadi suami terpaksa tunggu diluar.

Doktor cuci mata kak yaya dengan normal saline for irrigation (air garam sterile bebas kuman). Kak yaya menangis meraung2 menahan sakit..Saya dibantu oleh seorang Medical Assistant pegang kak yaya kua2t taknak bagi dia meronta2.

Luluh hati ummi tengok kak yaya sakit. Sampai ummi lupa diri sendiri pun tengah sakit sebab blister chicken pox dah mula tumbuh kat satu badan. Zulfa pun ummi lupa. Sebab terlalu risaukan mata kak yaya. Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati nie..

Lepas cuci mata untuk keluarkan "belerang" (serbuk bunga api), doktor buat staining (letak perwarna ungu) untuk tengok kalau2 percikan bunga api tu menyebabkan lesion pada anak mata kak yaya. Hasil staining menunjukkan memang ada lesion. Saya pun boleh nampak dengan jelas lesion kat anak mata kak yaya. Saya tanya doktor macam mana prognosis (jangkaan keadaan) kak yaya. Doktor cakap ada kemungkinan untuk buta. Sekali lagi hati ummi menangis :(((. 

Kemudian doktor bagi surat untuk dirujuk ke pakar mata Hospital Sultanah NurZahirah Kuala Terengganu (KT). Tapi suami berkeras taknak pergi sebab takut kena tahan di wad. Suami saya memang tak suka hospital kerajaan sebab hospital kerajaan tak benarkan satu family masuk untuk jaga pesakit dan tidur disana.

Saya bagi pilihan pada suami, kalau dia taknak pergi hospital kerajaan, dia mesti bawa kak yaya pergi jumpa pakar mata swasta hari tu jugak.

Memang petang tu jugak kami satu family pergi cari2 klinik pakar mata sekitar bandar KT. Tapi susah sangat nak jumpa tambah2 masa tu hujung minggu. Banyak klinik tutup. Lewat petang tu kami jumpa satu klinik pakar mata yang disyorkan oleh Kuala Terengganu Specialist (KTS) tapi klinik tu pun tutup, besok (ahad) baru bukak. Disebabkan kitorang pun dah penat, badan saya pun sakit2 dan gatal2 sebab chicken pox, kitorang ambil keputusan untuk balik ke rumah keluarga saya di Ajil dulu.

Fokus utama saya masa tu hanya pada kak yaya. Kesian Zulfa. Saya semacam tak pedulikan dia..saya hanya pam susu kemudian bagi kat mak untuk bagi Zulfa minum pakai botol. Lagi pun mase tu saya kena chicken pox kan. Kalau boleh nak kurangkan sentuhan dengan Zulfa.

Malam tu terngiang2 ditelinga saya kata2 doktor. Bayangkan bagaimana hati seorang ibu bila doktor cakap kak yaya berkemungkinan untuk buta....hancurnya luluh hati saya masa tu..tak terkata apa2...tengah2 taip nie pun mata bergenang je teringat peristiwa lalu. Betapa pentingnya nikmat mata yang selalu kita lupa untuk disyukuri. Saya asyik termenung sepanjang hari. Masa saya banyak dihabiskan untuk temankan kak yaya sebab dia tak boleh jalan sendiri. sebelah mata memang dah tak nampak..boleh kata macam orang buta :(((

Mase tu terus teringatkan kawan yang mengajar di sekolah pondok di Kelantan. Saya mesej dia mintak dia dan anak2 murid die di sekolah pondok untuk buat solat hajat untuk kak yaya. Saya explain detail pasal Athirah kat dia. Saya yakin, doa anak2 syurga kat sekolah pondok tu lebih makbul berbanding doa saya sendiri kan. Orang cakap doa daripada orang yang tidak mengenali antara satu sama lain lagi makbul kan..

Malam berlalu dalam keadaan sedih..takde gelak ketawa. saya tak sabar2 ak tunggu hari esok nak bawak kak yaya pergi jumpa pakar mata.

Bangun pagi, suami dukung kak yaya untuk ambik angin pagi kat luar rumah. Tapi kak yaya cepat2 tutup mata, lepas tu ajak masuk rumah cepat2 sebab silau cahaya matahari pagi.

Suami bawak Athirah masuk. Lepas tu biarkan Athirah berjalan sendiri. Tiba2 Athirah panggil 'ummi' dan meluru masuk ke dalam rumah dan peluk saya..hepi sangat masa tu..dalam hati saya cakap, mungkin matanya dah ok sebab tu dia dah boleh berjalan sendiri kepada saya. Lepas tu dia panggil nenek dan meluru pergi peluk nenek pulak..saya tahu mak saya pun gembira bila Athirah datang peluk dia. Athirah nie cucu pertama dalam keluarga saya.

Selepas bersiap, kitorang terus pergi ke klinik pakar mata di Kuala Terengganu seperti yang dirancang. Zulfa saya tinggalkan dengan neneknya dirumah. Setibanya di klinik tu, tak sampai 5 minit  menunggu, nama Athirah terus dipanggil. Mungkin diorang anggap kes mata terkena bunga api nie kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera. Saya serahkan surat rujukan daripada Jabatan kecemasan Hosp Setiu kepada doktor pakar. Doktor ulang lagi proses staining untuk memastikan adanya lesion dalam anak mata Athirah. Alhamdulillah...lesion tu dah takde..saya bersyukur sangat2.

Terus saya teringatkan kawan saya dan anak muridnya di sekolah pondok tu. Allah dah makbulkan doa saya melalui solat hajat diorang. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya saya ketika tu..

Doktor cakap semua akan kembali normal. Doktor pakar tu agak terkejut bila tiada ubat yang diberi untuk disapu di kulit bawah mata Athirah yang melecur tu. Sebelum pulang doktor bagi krim antibiotik untuk disapu pada kulit yang melecur.

Alhamdulillah..hari ke hari kesan melecur bawah mata Athirah makin sembuh dan akhirnya kembali normal.

Bila difikir kembali, kita sering mengeluh rezeki susah nak masuk..asyik ditimpa masalah je..tapi sebenarnya kita yang selalu lupa untuk mensyukuri nikmat Allah yang masih ada pada kita. Mungkin sebab sejak lahir kita sudah dianugerahkan anggota badan yang lengkap, sempurna tanpa sebarang cacat cela, kita lupa untuk mensyukuri nikmat2 itu. Bila dah hilang baru terasa pentingnya untuk kita bersyukur dengan apa yang ada.

Semoga menjadi pengajaran untuk semua.

Bersyukur sebelum nikmat ditarik balik.

No comments:

Post a Comment

AddThis