Friday, July 10, 2015

Tanda dan Cara Mencegah H1N1

2-3 hari nie kecoh pasal anak2 di Little Caliph Bandar Baru Selayang yang dijangkiti virus H1N1. Setakat pagi ini (1/7/2015), ada 4 orang yang dah disahkan positif Influenza A. Walau bagaimanapun ibu2 jangan terlalu risau, influeanza A ini adalah virus selsema biasa dikalangan masyarakat kita. Sama seperti virus selsema lain. Tetapi jika anak menunjukkan komplikasi yang teruk, ibu2 perlu segera mendapatkan rawatan di hospital terdekat.

Pada awalnya, saya juga gelabah bila dengar salah seorang rakan sekelas anak saya dapat H1N1. Mana taknya, seingat saya, beberapa tahun sebelum ini, virus H1N1 telah tersebar dengan meluas di negara kita. Rasanya masa tu saya baru je bertukar masuk ke Hospital Selayang. Disebabkan wabak tu jugak la saya baru kenal dengan Tab Oseltamivir yang merupakan first line treatment untuk H1N1. Sebab tulah bila rakan anak saya disahkan positif influenza A saya agak terkejut. Bila borak2 dengan rakan sekerja baru tahu itu hanya virus biasa.. Lega sikit:))

Pape pun, saya sentiasa bersedia dengan Nutriferon untuk Athirah dan Zulfa. Tu immune booster paling diorang suke. Tapi saya agak risau dengan Alya. Dia masih kecil. Baru 7 bulan. Apa saya nak buat kalau dia dijangkiti H1N1. Banyakkan menyusu badan itu kompem. Tapi untuk bagi ubat atau supplement, saya masih berkira2 lagi..Terfikir jugak nak bagi die Nutriferon secubit kalau2 dia dijangkiti nanti..nak curi2 letak dalam puri dia..hahaha..ye2 je curi2 kan...sape ntah nak marah..huhu..
Setakat nie, Alhamdulillah Athirah masih sihat. Tapi, in case Athirah juga dijangkiti virus ini saya akan ambil langkah ini: 

1)  Pastikan suhu badannya tidak terlalu tinggi: 

Sponging atau nak senang pakai coolfever. Pastikan dia tak pakai baju. maksimumkan bahagian badan yang terdedah untuk pastikan pembebasan haba yang baik. Dalam masa yang sama, beri 1/4 sachet Nutriferon setiap 6 jam. Kalau suhu lebih 38.5 terus kasi supp paracetamol.

Suhu badan tinggi adalah tindakbalas badan terhadap serangan virus. Ini menunjukkan sistem imun kita sedang berusaha untuk memusnahkan virus yang menceroboh dalam sistem tubuh kita.

2) Pastikan badan sentiasa hidrat: 
Banyakkan minum air kosong. tapi biasa Athirah tak suka minum air kosong. Biasanya saya akan bancuh oren sunquick campur dengan Performance Drink. 

Performance Drink nie sejenis minuman isotonik yang dilengkapi dengan elektrolit untuk mengekalkan bendalir badan dan mengelakkan dehidrasi. Ia juga dilengkapi dengan gula ringkas untuk tenaga segera. Selain gula ringkas, ia juga mengandungi gula kompleks untuk membebaskan tenaga secara berpanjangan dan perlahan-lahan.

Kebanyak kes Virus H1N1 adalah tidak teruk dan boleh pulih sendiri. Ia boleh menjangkiti semua peringkat umur, dan kanak2 paling mudah untuk mendapat jangkitan ini. Hanya sebilangan kecil kes sahaja yang melibatkan komplikasi yang teruk.

Antara persoalan2 yang mungkin bermain-main difikira ibu adalah:

Apa itu influenza?
Demam dengan suhu >38°C dan batuk dan/atau sakit tekak. Ujian darah perlu dilakukan untuk mengesahkan jangkitan H1N1.

Apakah gejala virus ini?
Demam, batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema,
sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

Faktor risiko:
1) Masalah pernafasan termasuk asma.
2) Wanita hamil terutamanya 2nd dan 3rd trinester.
3) Obesiti.
4) Predisposing conditions (keadaan yang meningkatkan lagi risiko) seperti diabetes, kerosakan buah pinggang, immunosuppression (termasuk kanser, HIV/AIDS), kemoterapi dan pengambilan steroid untuk jangka masa panjang.
5) Dewasa > 65 tahun terutamanya yang mengidap penyakit kronik.
6) Kanak2 <5 tahun terutamanya yang <2 tahun.

Bila perlu jumpa doktor:
1) Kesukaran bernafas: sesak nafas, bernafas laju atau bibir menjadi biru atau ungu.
2) Batuk keluar darah atau kahak mengandungi darah.
3) Sakit dada yang berterusan.
4) Cirit-birit atau muntah berterusan.
5) Demam berterusan melebihi 3 hari atau demam semula selepas 3 hari.
6) Kelakukan aneh, keliru, kurang tindakbalas dan sawan.
7) Pening apabila berdiri atau kurang kencing.

Bagaimana kita boleh dijangkiti?
1) Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
2) Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan atau tersebar ke udara. 
3) Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?
1) Dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak.
2) Berehat dan meminum banyak air.
3) Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda.
4) Gunakan mask (penutup hidung dan mulut) bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain.
5) Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul.
6) Elakkan berhubung rapat dengan orang lain.
7) Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/ sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
1) Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini.
2) Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam.
3) Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?
1) Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1).
2) Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A (H1N1).

Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?
Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.

Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1)?
Tidak. 
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.

Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?
Tidak. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?
Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)?
Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti.

Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? 
Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.

Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?
Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimia pemusnah kuman, termasuk klorin, hidrogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah
berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.

Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?
1) Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. 
2) Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. 
3) Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum
membasuh tangan.

Sekarang ibu2 dah tahu kan serba sedikit berkaitan virus H1N1, jadi ibu2 jangan terlalu panik ye..insyaAllah semua baik2 aje:)).

Klik untuk order: Performance Drink & Nutriferon.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis