Friday, July 24, 2015

Syukur Selalu

Musim raya nie selalu sangat tengok iklan "syukur selalu" kat TV. Yang paling terkesan dihati iklan satu keluarga pulang kekampung dengan menaiki kereta. Sepanjang perjalanan mereka berjumpa insan-insan yang boleh dikatakan 'kurang' daripada mereka. Kekurangan pada insan lain menjadi mereka lebih bersyukur dengan apa yang mereka miliki.

Bagus jugak kan iklan2 macam nie. Tapi iklan tu macam fokus kepada 'orang2 biasa' yang perlu 'syukur selalu'. Ditambah lagi dizaman GST, harga barang semua naik..minyak naik..kos balik kampung naik..nilai RM pun makin menjunam. Sebab itulah sifat "syukur selalu" perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Bukan hanya menyalahkan kerajaan yang tak habis2 membebankan rakyat. Opsss !!!

Tapi "orang2 BUKAN biasa" tu tak tahu la ambik kesah ke tak dengan iklan "syukur selalu" tu. Harapnya mereka juga terkesan dengan iklan tu kan..

Teringat kat seorang makcik nie..

Selepas selesai urusan mengambil ubat di kaunter farmasi, makcik hulurkan tangan beliau untuk bersalam sebagai tanda terima kasih.Terkejut bila makcik tu tunduk cium tangan saya sambil menangis-nangis  ucap terima kasih. Saya pun apa lagi kan, jenis yang lembut hati senang jugak menangis bila lihat orang lain menangis.

"Terima kasih nak sebab tolong makcik sampai macam nie sekali..tak pernah ade orang tolong makcik sampai macam nie.." ucap makcik sambil mengesat airmatanya.

"Saya tolong sikit je makcik..kalau orang lain kat tempat saya, diorang pun akan tolong makcik.." balas saya dengan terharu.

Setelah makcik tu berlalu pergi dari kaunter saya teruskan kerja macam biasa walaupun dalam hati masih terbayang wajah tua makcik tu. Saya curi2 tengok kelibat makcik tu sampai dia hilang dari pandangan. Melihat gerak gerinya saya tahu dia bukan orang senang. Datang hospital sorang2 tanpa ditemani anak2 macam pesakit lain. Terus teringatkan mak saya kat kampung. Macam mana la kalau mak pergi hospital sorang2 dalam keadaan mak tak tahu membaca. Berlinang air mata nie bila teringatkan mak sendiri.

Saya taknak bercerita lanjut tentang apa yang saya dah tolong makcik tu, cuma saya nak kongsikan betapa kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Lihat orang lebih susah daripada kita nescaya kita akan lebih menghargai apa yang kita ada. Agar kita lebih bersyukur dengan nikmat pemberian Ilahi.

RM15 mungkin sedikit pada kita tapi ternilai pada sesetengah orang. Mungkin dengan RM15 boleh belanja makan untuk 3 hari untuk mereka. Siapa tahu? Letakkan diri kita dalam kehidupan orang susah agar kita lebih bersyukur dan lebih senang untuk memberi apa yang kita ada.

Memberi bukan sahaja dengan duit yang kita ada, tapi dalam pelbagai bentuk.

Bagi yang bekerja dikaunter apa yang boleh anda dan saya buat untuk lebih 'memberi' adalah:
1) Memberi layanan yang baik kepada pelanggan
2) memberi senyuman ikhlas yang menenangkan orang lain.
3)MMemberi pertolongan selagi mampu dan tidak bertentangan dengan etika kerja.
4) Menunjukkan 'empathy' kepada pelanggan.
5) Memudahkan urusan pelanggan di kaunter.

Pertolongan yang mungkin kecik dimata kita, tapi besar dimata orang lain. Tidak salah untuk melihat orang lain yang lebih senang dan berjaya kerana itu boleh membakar semangat kita untuk sama2 kaya dan berjaya dalam membangunkan ummah sebagai bekalan untuk akhirat nanti. Tetapi jangan sesekali kita lupa untuk lihat orang dibawah kerana itu akan membuatkan kita lebih bersyukur.

Syukur selalu :))

No comments:

Post a Comment

AddThis