Thursday, July 16, 2015

Tingkatkan Penghasilan Susu Sejurus Selepas Bersalin

Hari nie nak kongsi kemusykilan seorang ibu yang berniat untuk menyusukan anak ke 3 dengan susu ibu secara eksklusif sehingga 2 tahun:

Ibu: 

Saya bakal bersalin anak ketiga. 2 anak sebelum boleh dikatakan tidak berjaya menyusu penuh. 
> Anak pertama hanya dpt 1 minggu je. 
> Anak kedua 4 bulan..Berhenti menyusu disebabkan hamil.

Soalan 1: 
Bagaimana cara nak tingkatkan pengeluaran susu sejak hari pertama bersalin? Saya jenis ibu yang memang kurang susu or mentaliti saya saje yang negatif.


Soalan 2:
Bila boleh mula pam untuk kumpul stok sebab semamsa dalam pantang baby selalu direct feeding (DF). Bila DF , hasil pam akan jadi sedikit sahaja.

Perkongsian daripada Puan Aznati yang juga merupakan ahli group pumponthego breastfeeding community.


Jawapan Soalan 1:

First: skin to skin
Pastikan buat skin to skin seawal mungkin. Selalunya jururawat atau doktor memang akan letak baby kat dada ibu sejurus selepas bersalin..paling kurang pun sekejap sebelum bayi diambil untuk dibersihkan dan diperiksa apa yang patut.

Second: Awal/Early
Mulakan penyusuan yang pertama seawal mungkin untuk merangsang penghasilan susu ibu dan membantu penyusuan susu ibu pada masa akan datang. Jadi, sebelum bersalin bagitau doktor atau jururawat yang ibu2 nak breastfeed selepas bersalin seawal mungkin...seeloknya seawal sejam pertama selepas bersalin.

Third: Kerap/Often
Susukan bayi dengan kerap atau bila2 sahaja bayi nak menyusu. Sama ada susukan bayi setiap jam sekali atau 2jam sekali

3 hari yang pertama memang kuantiti susu sedikit kerana yang terhasil pada awalnya adalah kolostrum yang berwarna kuning pekat yang sangat bagus untuk bayi. Dan perlu diingat, saiz perut bayi semasa lahir hanya sebesar buah ceri. Jadi, kolostrum yang sedikit dan pekat itu cukup unutk mengenyangkan bayi.
Selain itu juga, ibu2 boleh membuat urutan membulat di sekeliling payudara untuk merangsang penghasilan susu ibu, dan melonggarkan saluran susu yang tersumbat.

Yang paling penting kerapkan menyusu dan menyusu on demand.

Jawapan Soalan 2:

Boleh mula pam untuk kumpul stok seawal 2minggu selepas bersalin.  Selain itu juga boleh buat tandem nursing (Sebelah menyusu baby sebelah lagi pam). Pam seawal 2 minggu selepas kelahiran dapat memastikan rangsang yang cukup untuk menghasilkan lebih banyak susu pada masa akan datang.

Baca lanjut: Bagaimana Memastikan Permulaan Yang Baik

Semoga bermanfaat.


Klik untuk order: Set Menyusu lengkap


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA

Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis