Tuesday, March 3, 2015

Cara-cara Memindahkan Stok EBM



Hari nie nak berkongsi pulak cara-cara memindahkan stok EBM (susu beku atau susu di bahagian chiller). 

Maklumat ini bukan sahaja penting untuk memindahkan stok dari sesuatu tempat tetapi juga penting untuk mengendalikan stok EBM semasa elektrik terputus. 

Perlu diingat, susu beku yang dah mencair perlu dihabiskan dalam maa 24 jam. Oleh itu, langkah2 untuk memastikan susu kekal beku adalah amat penting.

Apa yang diperlukan:
1. Cooler box (kotak polistren pun boleh)
2. Garam kasar (banyak)
3. Tuala/ kain lembap
4. Ketulan ais yang banyak

Cara-caranya:
1. Lapiskan ketulan ais pada dasar cooler box.
2. Kemudian taburkan garam kasar (untuk melambatkan ais mencair dengan munurunkan takat beku ais, seterusnya dapat mengekal suhu stok EBM))
3. Masukkan stok EBM pada lapaisan ais yang pertama.
4. Lapiskan dengan tuala/kain lembap.
5. Ulang langkah 1 hingga 4.

Jika susu yang ingin dipindahkan banyak, gunakan cooler box yang besar lebih besar.

Peringatan: Kurangkan kekerapan membuka penutup cooler box supaya suhu di dalamnya kekal lebih lama.
Klik Untuk Order : Set Lengkap Ibu Menyusu

~Sebarkan Kebaikan Susu Ibu ~


Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 
ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com
FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

1 comment:

  1. Terima kasih untuk tips admin...memang sangat bermanfaat.

    ReplyDelete

AddThis